Pejam celik pejam celik dah sampai hujung tahun 2020. Walaupun banyak dugaan menimpa di tahun 2020 ini terutama disebabkan pandemik COVID-19, itu tidak bermakna kita semua perlu berputus asa untuk meraikan sesuatu perayaan. Krismas di negara kita tidak lah semeriah di luar negara, itu sebabnya Hari Krismas di Malaysia sering dirayakan beramai-ramai bukan setakat warga Kristian, sebaliknya 1 Malaysia menyambutnya bersama. Pertukaran hadiah ibarat menjadi hobi tahunan yang sering dilakukan tidak kira bersama keluarga, sahabat, di tempat kerja juga di kolej.

Jadi walaupun tahun ini masih dengan pandemik COVID-19, itu tidak menghalang kita untuk terus bertukar hadiah dan menyambut hari Krismas bersama betul tak? Jadi kami di sini ingin mengongsikan antara hadiah yang anda boleh buat sebagai senarai pembelian tahun ini terutama kepada ahli keluarga atau sahabat kita yang kaki gamers! Tanpa melengahkan masa jom kita sama-sama hayati senarai kita~ Lepas tu dah boleh beli dan bersedia sebelum hari Krismas tahun ini menjelma.
Laptop
Laptop sekarang ini memang menjadi satu keperluan yang besar. Iyalah, jika nak membeli satu set PC mungkin agak remeh, kerana dengan pandemik sekarang, laptop juga senang untuk dibawa kemana-mana untuk bekerja dan bermain game. Jadi kat sini kami ada dua pilihan hebat untuk seorang gamers atau untuk seorang pencipta konten!
MSI GE66 Raider
Mempunyai prestasi yang luar biasa dengan teknologi canggih. Bersenjata dengan pemproses Intel Core i9 Gen ke-10 terkini dan grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER dengan Max-Q Design juga dengan pilihan Intel® Core™ i7 dan grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 . Seorang gamers pasti sukakan pilihan yang hebat ini! Dengan lampu RGB lid di bawah dan di keyboard, pula terkini dengan pilihan edisi terhad MSI GE66 Raider Dragonshield dan GE66 Raider Valhalla, sampai kami sendiri ingin memilikinya! Jom usha spesifikasinya dibawah:
Spesifikasi GE66 Raider 10SF-484 15.6” FHD 240Hz
Pemproses |
Intel® Core™ i7-10875H processor |
Paparan |
15.6″ FHD (1920×1080), 240Hz Thin Bezel, close to 100% sRGB |
Grafik |
NVIDIA® GeForce® RTX2070, GDDR6 8GB |
Memori |
16GB (2*8GB) DDR4 3200MHz Ram |
Storan |
1TB NVMe PCIe Gen3x4 SSD |
Komunikasi |
Killer LAN E3100 + Killer Wi-Fi 6 AX1650 |
Keyboard |
Per-key RGB keyboard by SteelSeries |
I/O port |
1 x Type-C USB3.2 Gen2 with DP1.4, 1 x Type-A USB3.2 Gen2, 2 x Type-A USB3.2 Gen1, 1 x HDMI 2.0, 1 x Mini Display 1.4, 1 x Audio combo, 1 x SD card reader, 1 x RJ45, 1 x Type-C USB3.2 Gen2x2 |
Audio |
Dynaudio Speaker with Passive Radiator, Hi-Res Audio Certified, Nahimic |
Bateri/Adapter |
280W(RTX 2070 Super) / 230W (RTX 2080 Super Max-Q/RTX 2070 / 2060) 4-cell, 99.9Whr battery |
Dimensi/ Berat |
358mm (W) x 267mm(D) x 23.4mm (H) / 2.38kg |
Harga |
RM8,989 |
Manakala untuk GE66 Raider 10SFS (RTX2070 SUPER, GDDR6 8GB) Dragonshield Edition
Spesifikasi GE66 Raider 10SFS (RTX2070 SUPER, GDDR6 8GB) Dragonshield Edition | |
Panel | 15.6″ FHD (1920*1080), 240Hz Thin Bezel, close to 100%sRGB |
Pemproses | Comet lake i9-10980HK+HM470 |
Grafik | RTX2070 SUPER, GDDR6 8GB |
Keyboard | Per key RGB steelseries KB |
Memori | DDR IV 16GB*2 (3200MHz) |
Storan | 1TB NVMe PCIe Gen3x4 SSD |
Communication | Killer Wi-Fi 6 AX1650i (2*2 ax) + BT5.1 |
Bateri | 4 cell , 99.9Whr |
OS | Windows 10 Home Advanced |
Waranti | 2 Year Warranty Term for Gaming |
Dalam bungkusan | GE Dragonshield Edition pack- Colie (mouse, mousepad, Spaceship) |
Harga | RM13,499.00 |
Dan GE66 Raider Valhalla pula;
Spesifikasi GE66 Valhalla 10SF-638 | |
Panel | 15.6″ FHD (1920*1080), 240Hz, close to 100%sRGB |
GPU | NVIDIA® Geforce® RTX2070 with 8GB GDDR6 |
Memori | 16GB (8GB*2) |
Storan | 1TB NVMe PCIe SSD |
Communication | Killer Gb LANKiller ax Wi-Fi + Bluetooth v5.1 |
I/O | 1x RJ451x SD (XC/HC)
1x (4K @ 60Hz) HDMI 1x Mini-DisplayPort 2x Type-A USB3.2 Gen1 1x Type-A USB3.2 Gen2 1x Type-C (USB3.2 Gen2 / DP) 1x Type-C USB3.2 Gen2x2 |
Dimensi | 358 x 267 x 23.4 mm |
Berat | 2.38 Kg |
Audio | 1x Mic-in/Headphone-out Combo Jack |
Keyboard | Per-Key RGB Backlight Keyboard |
Harga | RM9,999 |
MSI Modern 14/15
Komputer riba siri MSI Modern serba baru yang dikuasakan oleh pemproses mudah alih Intel generasi 11 tersedia untuk pembelian mulai 23 November lalu. Dengan reka bentuk serba baru yang menampilkan logo terbaru MSI dan pemproses terbaru dan terbaru Intel, Modern Series pasti akan memberikan nafas segar dan kegembiraan untuk keperluan pengkomputeran pemilik baru.
MSI Modern 14 dan 15 baru hadir dengan pelbagai warna dan juga dilengkapi CPU seni bina Tigerlake terbaru Intel yang akan memberikan peningkatan prestasi yang kuat dalam tugas pengkomputeran normal berbanding dengan CPU Intel generasi terakhir. Laptop siri Modern yang baru akan mengegarkan grafik Iris Xe terbaru Intel atau MV450 NVIDIA untuk memenuhi keperluan grafik aplikasi produktiviti. Sokongan PCI-E Gen 4 SSD dan Thunderbolt 4 juga tersedia untuk membawa aliran kerja produktiviti ke tahap seterusnya dengan chipset Intel yang baru.
Jom usha spesifikasinya di bawah ini;
Siri | Modern 14 | Modern 15 | Modern 15 |
Warna ID | Bluestone | Carbon Grey | Carbon Grey |
LCD | 14″ FHD (1920*1080), 60Hz 72%NTSC IPS-Level, close to 100%sRGB | 15.6″ FHD (1920*1080), 60Hz 45%NTSC IPS-Level | 15.6″ FHD (1920*1080), 60Hz 72%NTSC IPS-Level, close to 100%sRGB |
VGA,V-RAM | MX450, GDDR6 4GB | UMA | MX450, GDDR5 2GB |
CPU | Tiger lake i7-1165G7 | Tiger lake i7-1165G7 | Tiger lake i7-1165G7 |
Memori | DDR IV 16GB (3200MHz) | DDR IV 8GB (3200MHz) | DDR IV 8GB (3200MHz) |
Storan | 512GB NVMe PCIe Gen3x4 SSD | 512GB NVMe PCIe Gen3x4 SSD (new) | 512GB NVMe PCIe Gen3x4 SSD (new) |
OS | Windows® 10 Home | ||
SRP | RM4,499 | RM3,699 | RM4,399 |
Set PC Gaming

Haaa kali ini apa kata kita beralih pada set PC gaming. Bukan semestinya kena beli custom built PC 1 set, tetapi mesti ada kesayangan kita yang mencari barang sampingan seperti Headset gaming baru ataupun set Keyboard dan Mouse ke betul tak? Jom perhatikan pilihan kami kali ini untuk anda pertimbangkan dalam pembelian tu;
Headset – yang sesuai untuk gamers Lelaki & Perempuan~Pilihan kami adalah~
Steelseries Arctis 7
Memuaskan sangat-sangat! Siap wireless dan tak perlu risau dengan lebihan kabel yang meroyan-royan kat meja PC kita tu! Kalau nak dikatakan dari segi pakej, memang padu bunyinya gais! Anda boleh seimbangkan bunyi audio anda juga untuk keselesaan anda. Kalau ikut anggaran harga yang anda boleh dapatkan sekarang dalam RM759.00 tak semestinya sama mengikut kedai dan di dalam talian. Terdapat dua pilihan warna hitam atau putih memang nampak berkelas tinggi gitue!
Razer Kraken Kitty Edition
Razer Kraken Kitty kini pun dah ada edisi Bluetooth jadi anda tidak perlukan wayar lagi! Difokuskan dengan berwarna merah jambu, pasti awek anda rasa tidak keruan bila mendapatkannya lah! Kalau ada awek anda yang suka comel tetapi tidak suka warna ala-ala “girly” tu jangan risau, Razer turut sediakan yang warna hitam okay! Untuk Razer Kraken Kitty anda boleh mendapatkannya pada harga RM665.00 dan Razer Kraken BT Kitty Edition pula berharga RM549.00 sahaja.
MSI VIGOR GK50 ELITE
Untuk Keyboard pula pilihan kami kali ini adalah MSI Vigor, keyboard ini agak selesa dan harganya juga berpatutan. Keycap plat atas logam dan lapisan matte menjadikan VIGOR GK50 ELITE tahan lama dan tidak akan meninggalkan cap jari di permukaan papan kunci dengan mudah. Suis kotak putih menawarkan kestabilan yang lebih baik dan pengalaman menaip lebih tajam untuk pemain yang mencari papan kekunci mekanikal tepat yang memerlukan tekanan kekunci yang lebih ringan. Jadi pada anda yang ingin mendapatkan MSI VIGOR GK50 ELITE hanyalah berharga RM359.00 sahaja!
Konsol
Musim konsol Next-gen weh! Mesti ramai gamers yang menantikan si kesayangan membelikan mereka sama ada PS5 atau Xbox Series betul tidak? Tidak salah untuk menghabiskan lebih sedikit duit untuk kesayangan anda. Atau pun kalau susah sangat, beli sahaja gear baru untuk mereka seperti DualShock atau JoyStick yang baru. Atau lebih senang dan mudah dibawa kemana-mana anda beli sahaja Nintendo Switch baru! Semua ini anda boleh dapatkan bawah RM3000. Kalau setakat joystick tu baru berapa ratus je kan!
Bajet Bawah RM200
Baiklah, mesti ada antara kita yang bajet tidak lah berapa tinggi, lagi-lagi musim PKP ini kan. Tapi jangan asyik ddok fikir duit KWSP boleh keluarkan 10K tu! Habis terus pula nanti! Okay-okay, ada sahaja beberapa pilihan untuk anda yang berbajet rendah. Jadi antara pilihan kami, apa kata anda beli figurin contoh nya Figurin Chibi Ubisoft atau banyak lagi pilihan Funko Pop yang lain. Juga tidak terlupa, anda juga boleh membeli Gift Card game untuk sahabat anda senang beli atau topup permainan kegemaran mereka. Lagi satu, banyak kan game bawah RM200! Lagi-lagi sale hujung tahun ini~ Tambah sedikit je lagi boleh beli Cyberpunk 2077 pula! Haha!
Baiklah, itu antara pilihan yang ada di dalam kepala kami buat masa ini, mungkin banyak lagi pilihan yang lebih spesifik yang anda sukakan, atau anda dah boleh bagi hint dekat si kesayangan untuk membeli di antara pilihan senarai yang kami beri ini. Okay sehingga kita berjumpa lagi. Selamat berhujung tahun dan Hari Krismas!
@gamersantaimy
Discussion about this post