Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kos satu episod anime Attack on Titan mencecah jutaan ringgit!

Maira by Maira
April 18, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Kos satu episod anime Attack on Titan mencecah jutaan ringgit!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri manga dan anime popular, Attack on titan oleh Isayama Hajime merupakan salah satu siri yang diterima baik oleh ramai peminat anime. Lebih-lebih lagi semasa debut anime tersebut pada tahun 2013 yang dihasilkan oleh WIT Studio. Selepas tiga musim mengerjakan siri tersebut, fasa terakhir anime Attack on Titan telah diambil alih oleh MAPPA. Melihat daripada kualiti animasi dan CGI oleh MAPPA, pernah tidak anda terfikir berapa kos yang diperlukan untuk menghasilkan satu episod Attack on Titan? Jom, kami ceritakan sedikit mengenainya.

Jika dilihat pada tahun-tahun sebelumnya, WIT Studio tidaklah menggunakan bajet yang begitu banyak untuk animasi siri ini. Tetapi setelah studio MAPPA mengambil alihnya, bajet untuk keseluruhan produksi animasi nampaknya telah meningkat dua kali ganda. Walaupun studio itu tidak mendedahkan secara rasmi bajet mereka untuk animasi Attack on Titan, tetapi lihat pada kualiti sahaja kita sudah boleh mengetahuinya. Lebih-lebih lagi untuk musim terakhir ini.

Menurut data, satu episod Attack on Titan memakan kos sebanyak $300,000 sehingga $350,000 untuk satu episod. Kalau dalam duit malaysia pula, ia hampir mencecah RM 1.5 juta. Banyak betul! Jadi, bayangkan 12 episod yang dihasilkan untuk bahagian 2 anime tersebut. Ia mencecah jutaan ringgit berbanding siri anime lain yang ditayangkan pada musim yang sama. Boleh kalah Demon Slayer kalau begitu. Nasib baik hanya ada 8 episod sahaja yang dihasilkan untuk Entertainment District arc untuk Demon Slayer.

Jika dilihat daripada sudut produksi, memang akan banyak kos yang digunakan untuk satu episod, lebih-lebih lagi untuk membayar staf, pelakon suara dan juruanimasi. Dengan grafik CGI yang digunakan serta aksi hebat yang padat dalam siri Attack on Titan, memang tidak peliklah mengapa bajet yang digunakan lebih tinggi berbanding musim yang lalu. Peminat juga rata-rata suka pada grafik CGI yang dikemas kini dalam musim terbaru.

Dengan sambutan hangat yang diberikan peminat, sudah pasti studio-studio animasi tidak segan silu untuk menggunakan bajet yang tinggi untuk memuaskan penonton mereka. Sebab itu jugalah kita juga perlu menyokong mereka dengan menonton anime melalui platform rasmi. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime, sila klik pautan ini.

Sumber: AnimeGalaxy

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeAttack on Titan
Previous Post

Naruto: Ultimate Ninja Storm 5 dalam pembangunan menurut kata orang dalam

Next Post

Preview GUNDAM EVOLUTION – Overwatch dalam bentuk Gundam

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Preview GUNDAM EVOLUTION – Overwatch dalam bentuk Gundam

Preview GUNDAM EVOLUTION - Overwatch dalam bentuk Gundam

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd