Pemaju terkenal miHoYo untuk permainan Genshin Impact dan Honkai Impact 3rd nampaknya telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 22 April, meminta maaf dan membatalkan acara ulang tahun disebabkan kontroversi video “Bunny Girl” dalam permainan Global Honkai Impact 3rd mereka, tetapi apa yang sebenarnya berlaku sehingga menjadi toxic dan treding ini?
Baiklah, pada awalnya miHoYo telah mengongsikan video istimewa memaparkan beberapa watak Honkai Impact 3rd menari dalam pakaian “Bunny”. Ia serupa dengan video Miku Miku Dance yang biasa, tetapi dalam kualiti yang jauh lebih tinggi.
Ianya sempena menyambut ulangtahun ke-3 permainan ini dalam versi Global. Lagu khas ulantahun “Brilliant Bright” juga dihasilkan bersama kolaborasi Myth & Roid (Band dari Jepun yang popular dalam anime). Jadi memang ketara miHoYo ingin memberi sesuatu yang terbaik kepada pemain. Selepas video rasmi watak memakai baju “Bunny” tersebut disiarkan di YouTube, kekecohan pun bermula dari toxic oleh pemain China Honkai sehingga video tersebut diturunkan miHoYo. Dan kenyataan rasmi menyatakan acara tersebut Dibatalkan untuk server Global. Mana yang tidak sempat menonton video tersebut, boleh lihat dibawah dari perkongsian YouTuber Whize Rezhaenk;
https://www.youtube.com/watch?v=Ce9Awb3dbx4
Seperti yang dikongsikan Dual Shockers, pengguna Reddit Amped-Up-Archos mrnyatakan sebahagian dari pangkalan pemain China merasa cemburu bahawa mereka tidak mendapat acara yang sama seperti di Global. Juga ada yang menyatakan, video Bunny Girl ini nampak melampau dan tidak sesuai dengan watak asal. Peminat yang marah ini mula membuat toxic pada laman sosial Honkai di Bilibili, dan membanjiri miHoYo dengan keluhan, malah mengirim ancaman.
Bukan itu sahaja, kedua-dua pengasas miHoYo melarikan diri dari tragedi apabila seorang peminat yang amarah cuba masuk ke studio miHoYo untuk menyerang mereka dengan pisau, berikutan kontroversi mengenai acara ulang tahun ke-3 Honkai Impact. Menurut Red Star News, polis belum secara rasmi mengumumkan kejadian itu kepada orang ramai, dan semua maklumat terkini mengenai kejadian itu berasal dari netizen yang mengetahui laporan di daerah itu.
Penyerang tersebut dilaporkan mengancam studio itu bahawa dia akan datang untuk membunuh pengasasnya dengan pisau sebelum bunuh diri, namun dia ditangkap di tempat ketika dia sampai di studio. Nasiblah serangan yang berkaitan dengan Honkai dihentikan awal, dan tidak ada yang cedera.
Official Statement pic.twitter.com/AsAnabEJGm
— Honkai Impact 3rd (@HonkaiImpact3rd) April 22, 2021
Sebagai permintaan maaf, kedua versi Global dan versi Cina dari Honkai akan mengedarkan gacha roll percuma kepada pemain mereka. Walau bagaimanapun, server China akan diberi setara dengan 2800 Crystals / 10 rolls kepada semua pemain. Sementara itu pemain server Global hanya akan mendapat 500 Crystals.
Bukan hanya pemain global yang kehilangan acara mereka secara tidak adil, mereka juga tidak mendapat pampasan sebanyak pemain China. Jadi jangan tanya kenapa api pemain makin membaralah~
Jadi apa pendapat anda dalam situasi Kontroversi Video “Bunny Girl” ini? Sebenarnya ianya benda kecil, yang melibatkan berat sebelah, kemudian apabila cuba diselesaikan juga menjadi berat sebelah. Pihak miHoYo seharusnya memberi sama rata kepada semua pemain termasuk Global dan China. Pada yang menyerang tu pula, mungkin kenalah tahan diri tu dari terlalu obses ye dak? Harap miHoYo dapat menyelesaikan segala masalah mereka secepat mungkin, jika tidak, lingkuplah Honkai Impact 3rd~

@gamersantaimy
Discussion about this post