Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Konami mengumumkan 3 game baru Yu-Gi-Oh! dan Master Duel bakal tersedia untuk semua platform!

Amir Haziq by Amir Haziq
July 21, 2021
in Android, Artikel, Berita, Fighting, Genre, iOS, Kad Strategi, Mobile, Nintendo Switch, PC, Platform, PS4, PS5, Real time strategy, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Konami mengumumkan 3 game baru Yu-Gi-Oh! dan Master Duel bakal tersedia untuk semua platform!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Konami Digital Entertainment Limited telah mendedahkan tiga tajuk digital baru Yu-Gi-OH! menarik dan sebuah dunia baru untuk Yu-Gi-Oh! LINK DUEL! Dalam strim khas langsung acara digital, Konami telah melancarkan Yu-Gi-Oh! MASTER DUEL dan Yu-Gi-Oh! CROSS DUEL ketika ia diumumkan pertama kali. Malah, mereka turut mengumumkan mengenai  Yu-Gi-Oh! RUSH DUEL yang sedang dalam pembangunan dan akan dilancarkan di Amerika serta Eropah pada musim luruh untuk pengguna Nintendo Switch.

Yu-Gi-Oh! MASTER DUEL membolehkan pemain lama dan baru menikmati dunia Yu-Gi-Oh! dalam bentuk digital dan mereka dapat bersaing dalam Duel yang menyeronokkan. Tidak seperti tajuk Yu-Gi-Oh! lain, yang pernah ditampilkan dalam manga dan anime, game ini diletakkan sepenuhnya di sekitar Yu-Gi-Oh! OCG, serta menjadi versi Yu-Gi-Oh! paling lengkap.

Game ini bakal dilancarkan secara global untuk platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, Steam, iOS dan Android. Malah, buat pertama kali dalam francais Yu-Gi-Oh!, game ini menampilkan ciri grafik 4K yang hebat pada peranti yang disokong. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi game ini.

Selain itu, Konami turut menyatakan Yu-Gi-Oh! CROSS DUEL bakal mengubah permainan ini dengan aksi Dueling empat pemain. Mereka akan memberikan lebih banyak maklumat mengenai game yang dirancang untuk pemain mobile akan datang.

Tambahan pula, mereka mengumumkan bahawa game Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS yang tersedia di PC dan mobile telah berjaya mencapai 140 juta muat turun dari seluruh dunia. Mengikut rekod juga, pemain Duelist mereka telah mengumpul lebih dari 65 bilion kad dan sebanyak 6 bilion pertempuran Duel telah berlangsung. Malah, Konami menyatakan bahawa pemain bakal menerima mod Yu-Gi-Oh! ARC-V World yang akan tiba tidak lama lagi.

Hari ini, Yu-Gi-Oh! OFFICIAL CARD GAME telah tersedia di seluruh dunia, bersama produk yang diedarkan pada lebih 80 negara dan 9 bahasa untuk dinikmati oleh peminat dari semua peringkat umur. Untuk mengikuti segala maklumat terkini produk Yu-Gi-Oh, anda boleh layari laman rasmi, Facebook dan Youtube mereka di pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DuelkonamiTrading Card GameYu-Gi-Oh!
Previous Post

Final Fantasy XIV akan ditambah ciri auto-logout di Patch 5.58 bagi mengatasi kesesakan server

Next Post

KONAMI mendedahkan eFootball™, game free-to-play bola sepak baru untuk konsol, PC & mobile!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
KONAMI mendedahkan eFootball™, game free-to-play bola sepak baru untuk konsol, PC & mobile!

KONAMI mendedahkan eFootball™, game free-to-play bola sepak baru untuk konsol, PC & mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd