Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Konami menerima ancaman bom! Pelajar sekolah merupakan dalang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 2, 2020
in Artikel, Berita
0 0
0
Konami menerima ancaman bom! Pelajar sekolah merupakan dalang!
Share on FacebookShare on Twitter

Polis di Tokyo telah menangkap seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun yang dituduh membuat ancaman bom kepada syarikat Konami, dan mengancam akan membunuh semua pekerja. Pelbagai ancaman dibuat dalam tempoh tiga hari pada bulan lepas, di mana suspek mendakwa bahawa dia akan “meletupkan ibu pejabat Konami.” Ancaman tersebut ditemui di bahagian ulasan untuk permainan video mudah alih PES 2020, ansuran terbaru dalam siri Pro Evolution Soccer milik Konami. Menurut laman Jepun, Yomiuri (diterjemahkan oleh Kotaku), pelajar tersebut telah mengaku membuat ancaman itu, kerana dia kecewa dengan bug dalam permainan.

Ini bukan kali pertama Konami menerima ancaman bom. Pada tahun 2017, ancaman diterima melalui pos di ibu pejabat syarikat, yang memberitahu bahawa banyak bom telah ditanam pada lokasi-lokasi di Kelab Sukan Konami. Selepas polis menyiasat, ancaman tersebut rupanya palsu.

Ibu pejabat Konami terletak di daerah Ginza, Tokyo. Ditubuhkan pada tahun 1969, syarikat ini adalah salah satu syarikat permainan video terbesar di dunia, dan bertanggungjawab untuk banyak francais terkenal. Selain daripada Pro Evolution Soccer, Konami bertanggungjawab untuk Silent Hill, Metal Gear Solid, Bomberman, Castlevania, dan lain-lain. Syarikat ini juga telah menghasilkan sejumlah permainan berlesen popular, termasuk permainan arcade berdasarkan X-Men, The Simpsons, dan Teenage Mutant Ninja Turtles.

Sejak kebelakangan ini, Konami memberi fokus pada pasaran mudah alih, termasuk Castlevania Anniversary Collection dan Contra Anniversary Collection. Baru-baru ini, watak dan elemen daripada francais Silent Hill terlibat dalam satu kolaborasi besar bersama Dead by Daylight. Ramai  yang berharap Konami akan menghasilkan permainan video baru, tetapi tiada berita atau projek diumumkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ancaman bomkonamipro evolution soccer
Previous Post

Resident Evil 8 hampir 60% siap! Info baru tentang perkembangan semasa!

Next Post

Season Pass 3 untuk Naruto to Boruto: Shinobi Striker disahkan! Bakal keluar tahun ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Season Pass 3 untuk Naruto to Boruto: Shinobi Striker disahkan! Bakal keluar tahun ini!

Season Pass 3 untuk Naruto to Boruto: Shinobi Striker disahkan! Bakal keluar tahun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd