Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Konami membuat tanda dagangan rasmi untuk game mecha klasik Zone of the Enders!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 8, 2020
in Artikel, Berita, Fighting
0 0
0
Konami membuat tanda dagangan rasmi untuk game mecha klasik Zone of the Enders!
Share on FacebookShare on Twitter

Zone of the Enders adalah siri dengan banyak potensi, tetapi tidak pernah mencapai tahap kejayaan francais Hideo Kojima yang lain seperti Metal Gear Solid. Daripada menggunakan unsur stealth, Zone of the Enders mempunyai fokus yang lebih tinggi pada aksi kerana pemain akan mengendalikan sebuah pasukan yang terdiri daripada robot besar untuk melawan di angkasa.

Siri ini berlangsung pada era masa depan, ketika umat manusia menetap di planet-planet berbeza, dengan koloni sejauh planet Musytari. Malangnya, manusia mula memandang rendah pada bangsa-bangsa lain di angkasa lepas, lalu menyebabkan ketegangan, pemberontakan dan akhir sekali, perang besar-besaran.

Permainan video ke-3 dalam siri ini sudah lama dalam pembangunan tetapi, seperti Silent Hills, ia dibatalkan ketika Hideo Kojima memutuskan hubungan dengan Konami. Sejak pelancaran permainan video ke-2, sudah tiada lagi permainan baru dalam siri ini, selain daripada versi remaster dan VR, sejak 2012. Tetapi nampaknya francais akan dihidupkan semula, kerana Konami telah mendaftarkan tanda dagangan Zone of the Enders baru di Eropah dan Jepun.

Adakah kita akan melihat jalan cerita baru untuk Zone of the Enders? Itu belum dipastikan pada masa ini tetapi tarikh Tokyo Game Show sudahpun dekat, dan kemungkinan kita akan mendengar pengumuman tentang permainan semasa panel Konami. Mereka mungkin memperbaharui cap dagang kerana mempunyai rancangan masa depan untuk francais, jadi jangan lah terlalu berharap ia keluar dalam masa terdekat.

Adakah anda peminat Zone of the Enders? Jangan hilang semangat! Kita pasti akan dapat berita baik tentang permainan ini dalam bulan-bulan akan datang!

Sumber – Gematsu

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: konamitokyo game showZone of the Enders
Previous Post

Macam-macam boleh di kustom dalam Project Cars 3~ Peghh macam kereta betul dah!

Next Post

Alunan muzik tanpa henti~ Butiran lanjut Kingdom Hearts Melody of Memory

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

“Pure Cinema Dalam Bentuk Game” – Zhafvlog, Najmi The Kampung Nerd & Maxhaze Berkongsi Pengalaman Death Stranding 2
Tempatan

“Pure Cinema Dalam Bentuk Game” – Zhafvlog, Najmi The Kampung Nerd & Maxhaze Berkongsi Pengalaman Death Stranding 2

June 27, 2025
Kunitsu-Gami: Path of the Goddess Raikan Anniversary Pertama dengan Update Percuma ‘Yashichi Waves’
Berita

Kunitsu-Gami: Path of the Goddess Raikan Anniversary Pertama dengan Update Percuma ‘Yashichi Waves’

June 27, 2025
Gameplay Baharu PRAGMATA – Hack Musuh Untuk Menyerang!
Berita

Gameplay Baharu PRAGMATA – Hack Musuh Untuk Menyerang!

June 27, 2025
Next Post
Alunan muzik tanpa henti~ Butiran lanjut Kingdom Hearts Melody of Memory

Alunan muzik tanpa henti~ Butiran lanjut Kingdom Hearts Melody of Memory

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd