Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Komik BOBOIBOY GALAXY MUSIM 2 akan tersedia secara DIGITAL di pelbagai platform!

Maira by Maira
March 28, 2022
in Artikel, Berita, Komik
0 0
0
Komik BOBOIBOY GALAXY MUSIM 2 akan tersedia secara DIGITAL di pelbagai platform!
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa tak kenal Boboiboy (BBB) memang pelik. Ia antara salah satu animasi Malaysia yang popular malah ia juga mencipta nama yang hebat di beberapa negara lain. Melalui akaun Twitter, komik Boboiboy Galaxy Musim 2 yang selama ini dikeluarkan secara fizikal akhirnya akan mendapat versi digital di pelbagai platform seperti Webtoon, Comixology, Google Play dan Youtube yang hadir sebagai “motion comic”. Berikut adalah video pengumuman yang telah dikeluarkan di Youtube oleh Monsta.

Untuk anda yang tidak tahu, komik Boboiboy Galaxy Musim 2 ini adalah sambungan daripada filem BBB Movie 2 yang dikeluarkan pada tahun 2019. Jadi, memang komik ini sahaja yang boleh memberikan anda pengembaraan seterusnya untuk Boboiboy dan kawan-kawannya. Memandangkan ia juga popular di peringkat antarabangsa, inisiatif Monsta untuk membuatkan komik ini tersedia untuk peminat luar negara sangat bagus. Ramai yang memberikan reaksi positif terhadapnya.

Kalau anda ingin membaca versi digital untuk komik ini, ianya sudah tersedia di Google Play Book dan aplikasi Comixology. Webtoon BBB Galaxy Musim 2 ini juga akan tersedia pada bulan Julai ini. Kalau anda lebih menggemari “motion comic”, ianya akan tersedia di Youtube Monsta pada Mei 2022.

Tentang Boboiboy

BoBoiBoy ialah siri televisyen animasi Malaysia dan francais yang diterbitkan oleh Animonsta Studios. Dalam cerita ini, seorang budak lelaki mempunyai kuasa elemental. Bukan setakat itu, dia juga boleh pisahkan dirinya kepada tiga berkat jam tangan kuasa itu. Bersama rakan-rakannya, Yaya, Ying, Gopal dan Fang, mereka membentuk satu pasukan dan berjuang untuk melindungi Bumi daripada ancaman makhluk asing yang bertujuan untuk menakluki Bumi demi koko.

Selain itu, siri Mechamato yang kini ditayangkan di saluran Cartoon Network juga telah mendapat sambutan hebat oleh peminat BBB. Ia merupakan kisah mengenai bapa BBB, Amato yang juga bertemu dengan bola kuasa sfera, mengembangkan lagi kisah universe BBB. Ia juga baru sahaja ditayangkan di Jepun dengan barisan pelakon suara hebat!

Jadi, anda tidak perlu lagi bersusah payah pergi ke kedai untuk mendapatkan salinan komik BBB ini. Semuanya kini dihujung jari sahaja. Untuk mendapatkan liputan komik lain daripada kami, sila klik pautan ini.

Sumber: Twitter Boboiboy

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Boboiboy Galaxy Musim 2Digitalkomik
Previous Post

CRIMESIGHT, game terbaru KONAMI akan mengadakan DEMO April ini!

Next Post

Rockstar umumkan langganan eksklusif GTA+, netizen terus mengamuk

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Next Post
Rockstar umumkan langganan eksklusif GTA+, netizen terus mengamuk

Rockstar umumkan langganan eksklusif GTA+, netizen terus mengamuk

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd