Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kitamen, Visi Dan Misi Yang Besar Di Dukung Oleh Mereka

Silver Shroud by Silver Shroud
August 13, 2018
in Artikel, Berita, Esports, Mobile, PC, PS4, Temuramah
0 0
0
Kitamen, Visi Dan Misi Yang Besar Di Dukung Oleh Mereka
Share on FacebookShare on Twitter

Yassss! Dah berapa lama aku takde buat interview. Sebenarnya, banyak je interview, memandangkan aku busy dan Alhamdulillah, akhirnya Gamer Santai membesar dengan mempunyai seorang ahli baru, MrFroggy, jadi, aku nak mula kembali dengan content eksklusif. Hari ini, aku nak bercerita tentang Kitamen. Korang tahu tak tentang Kitamen ni? Mereka merupakan salah satu organisasi yang menjayakan e-sukan dalam Malaysia ni. Mesti korang nak tahu apa yang diorang ni buat kan? Jom, teruskan bacaan korang untuk temuramah aku kali ini. Di bawah merupakan ringkasan soal jawab antara aku dan juga Hazman Hassan , CEO Kitamen dan KenJin, CMO Kitamen.

Asal Usul Nama “Kitamen”

Nama menarik kan? Kitamen, kalau sebut, rasa macam perkataan itu berasal dari Jepun, tetapi, pertanyaan ini di jawab oleh Hazman, CEO Kitamen. Ianya merupakan perkataan bahasa Melayu yang bermaksud Kita Main. Jadi, mereka nak bagi nampak ianya cool, dan stailo di sebut, jadi mereka pendek kan dan jadilah Kitamen. Menarik kan? dan bagi aku, ianya sungguh kreatif.

Servis Kaunseling E-Sports

Pertama kali, bila aku nampak ada Servis Kaunseling E-Sports dalam servis yang diberikan oleh Kitamen, aku terbayangkan yang mereka akan memberi kaunseling kepada mereka, team E-Sports, tapi, sebenarnya, salah. Servis E-Sports Kaunseling sebenarnya merupakan salah satu cabang bisnes Kitamen untuk syarikat-syarikat yang ingin mencuba dalam dunia E-Sports. 

Jadi, Kitamen sebagai pihak konsultan, akan menasihatkan dan menunjukkan cara yang betul dalam melakukan acara ataupun pertandingan E-Sport di Malaysia. Hazman dan juga KenJin pernah berjumpa dengan klien, di mana, mereka meletakkan semua duit mereka untuk satu hari acara dan sebagai prizepool. Dari penenrangan Hazman, ianya bukan cara yang betul dan kerana itulah, mereka melakukan Servis Kaunseling E-Sports, untuk menunjukkan mereka, korporat-korporat yang ingin menjadikan E-Sukan sebagai platform untuk mengwar-warkan brand korang kepada anak muda.

Ianya merupakan satu servis, yang bagi aku, hanya Kitamen je yang lakukan pada masa ini. Pada Pandangan aku, dengan servis ini, E-Sports dalam Malaysia akan terus menerus berkembang di dalam Malaysia. Kerana, akan banyak syarikat-syarikat yang besar di luar sana, akan cuba untuk menceburi dalam dunia E-Sports di Malaysia.

Pandangan Kitamen Tentang Apa Kekurangan Industri E-Sports Dalam Malaysia

Hazman dan juga KenJin setuju akan satu permasalahan yang berlaku dalam mereka yang ingin menceburkan diri dalam dunia E-Sports. Ianya bukan datang dari pemain atau komuniti itu sendiri, tetapi, mereka yang cuba untuk menjadi starter, mereka yang cuba untuk melakukan acara, ataupun pertandingan E-Sports.

Mereka berkata yang selama mereka beroperasi 3 tahun, kebanyakan orang yang mereka jumpa adalah orang yang datang, membawa satu amaun yang sangat besar, dan ingin melakukan acara atapun pertandingan E-Sports. Berdasarkan kenyataan KenJin:

“Why don’t you test the market first like a weekly event or a monthly event just to grow the name so that people know you?” Instead of dumping all your money on one big event and say, “Okay, we’ve done our job already, see you next year.”

Jadi, di sini, kita nampak akan perlunya sustainability in a long run dalam melakukan acara E-Sports. Bagi KenJin, E-Sports merupakan satu acara sosial yang besar, dan untuk mengumpul satu komuniti bersatu, bukannya senang dan ianya mengambil masa dan banyak try and error perlu di lakukan untuk memastikan kelangsungan seuatu acara E-Sports di dalam Malaysia sendiri.

Adakah Kitamen Bakal Mempunyai Pasukan E-Sports Sendiri?

Kata Hazman, mereka pernah terfikir untuk menubuhkan pasukan E-Sports sendiri tetapi, ianya akan menjadi model business yang baru untuk mereka fikirkan. Buat masa sekarang, mereka hanya ingin menjadi platform untuk pemain E-Sports dari menubuhkan pasukan E-Sports sendiri. Ianya bukan fokus Kitamen.

Kitamen Adalah Game Store Sebelum Bertukar Menjadi Game Hub

Pada mulanya, Hazman bermula dengan melakukan Dojo di sebuah service apartment, tingkat 15. Dengan kelengkapan hanya 4 buah PlayStation 4, dan voila. Tapi, mereka merasakan ianya bukan passion mereka, bukan apa yang mereka ingin lakukan. Mereka juga pernah cuba jadikan Kitamen sebagai retail store, di mana, korang boleh menjual, membeli dan sudah semestinya bermain.

Kata KenJin, setiap pekerja baru yang masuk, mempunyai different set of skills, dan dari situ, mereka akan mencuba perkara baru dan akan sentiasa berkembang. Kalau korang nak tahu, Hazman pada mulanya merupakan arkitek, dan salah seorang dari mereka, Fahmi, merupakan Event Specialist.

KenJin pada mulanya merupakan seorang Content Creator, jadi, sebagai seorang Content Creator, ianya akan memandang ke arah Streaming. Kata KenJin lagi, apa yang ingin dilakukan pada hari esok sangat tertakluk kepada siapa yang kita berjumpa kerana kami, di Kitamen, sangat rapat dan melayan semua bagaikan ahli keluarga sendiri.

Acara Yang Pernah Menggunakan Game Rental Services Dari Kitamen

Kitamen pernah menyewakan 40 Unit PlayStation 4 dan termasuk 4 unit Racing Simulation semasa acara Malaysia Cybergame 2018 berlangsung. Kitamen juga pernah memberikan service mereka kepada brand-brand yang besar, seperti Amazon Web Service, Mercedes, Hi-Rev, dan juga Red Bull. 

Dan sekarang merupakan musim FIFA, ianya merupakan musim yang bagus untuk sewaan. Sehinggakan mereka pernah melakukan sewaan 5 tempat pada satu masa. Korang rasa?

Halangan Yang Di Hadapi Semasa Membangunkan Kitamen

Hazman mengimbas kembali semasa mereka pertama kali membangunkan Kitamen. Semasa di service apartment tersebut. Ia cuma bertahan selama 9 bulan sahaja kerana mempunyai isu logistik. Masa tu, mereka tidak mempunyai apa-apa kecuali nama Kitamen sahaja. Tiba-tiba, muncul seseorang yang berminat dan bertanya kepada mereka untuk menggunakan nama dia dan dari situ, terhasillah Dojo yang berlesen.

Dari situlah, Hazman dan rakan-rakan, bangkit kembali. Di dalam bisnes, kalau takde halangan, bukan bisnes namanya. Dan di dalam bisnes, ianya bukan tentang berputus asa, tetapi, Hazman merasakan dia telah memulakan sesuatu, kenapa tak teruskan? Aku petik kata-kata Hazman:

Don’t stop, you’re going to suffer anyway. But suffer in a good way.

Bagi KenJin pula, persepsi dan juga stigma rakyat Malaysia terhadap E-Sport merupakan halangan yang di hadapi. Ini kerana, rakyat yang berfikiran negatif memandang E-Sport susah untuk kami memberitahu, apa E-Sport yang sebenar. Langkah yang kami ambil, setiap orang yang kami jumpa, kami akan bersembang dan mengatakan, ianya E-Sports.

Kenapa PlayStation 4 Dan Adakah Kitamen Akan Menceburkan Diri dalam Mobile E-Sports Satu Hari Nanti?

Hazman menerangkan kenapa mereka memilih PlayStation 4, kerana, secara personal, Hazman dibesarkan dalam persekitaran bermain dengan permainan konsol. Bila melihat budak-budak yang tak merasa bermain konsol, terdetik dalam hati Hazman untuk menjadikan ianya accesible untuk semua orang bermain. Selain itu, terang Hazman lagi, sebenarnya, Kitamen sekarang telah menceburkan diri dalam Mobile E-Sports, terutama, Mobile Legends. Mereka telah melakukan lebih dari 5 acara untuk Mobile Legends.

Bagi KenJin pula, dia memilih PlayStation 4 kerana ianya tidak ditonjolkan di dalam arena E-Sports di dalam Malaysia terutama, FIFA 18. Juga, mereka turut tertarik dengan game Mobile Onmyoji Arena, merupakan game MOBA untuk mobile yang underrated. Mereka merasakan untuk membuat satu pertandingan untuk game ini untuk melihat jika komuniti menyukainya.

Perkembangan E-Sports Untuk PlayStation 4 di Malaysia

Semasa Kitamen memulakan bisnes mereka, Hazman berkata yang dia nampak 2-4 pertandingan PlayStation 4, setahun. Tetapi, sekarang, kita boleh melihat pertandingan PlayStation 4 setiap minggu, dan kadang-kadang, 4-6 pertandingan dalam sehari. Bagi Hazman, ianya sangat berkembang di dalam Malaysia.

Kejayaan Kitamen

Bagi Hazman, setiap kejayaan kecil, dianggap sebagai kejayaan yang besar, dan ianya harus diraikan. Berjumpa dan mengadakan temuramah dengan Gamer Santai pon, merupakan satu kejayaan bagi Kitamen (Hazman cakap tau, bukan aku). Dan, Hazman merasakan yang acara di Sabah merupakan kejaayan yang dibanggakan kerana mereka dapat kesana dan juga mendapat klien sebegitu.

Langkah Seterusnya Untuk Kitamen

Buat masa sekarang, Kitamen ingin melebarkan sayap dalam pasaran SEA. Dan mungkin, kami akan menceburkan diri dalam Blockchain. Tetapi, kami masih lagi membuat kajian dan belajar untuk melakukan Blockchain ni. Kami juga ada kenalan dari dan cuba untuk merancang untuk melebarkan sayap ke luar negara.

Pesanan Dan Juga Nasihat 

Kebenarannya, Hazman berkata bahawa dunia ini sangat kejam. Nasihat untuk tidak berputus asa, boleh di guna pakai dalam apa keadaan sekali pun. Hazman berkata yang dalam dunia ni, macam kita bermain game RPG, akan ada boss, grind yang perlu dilakukan, untuk kita mencapai kejayaan dan tawan boss tu. Hazman memetik kata-kata Jack Ma:

“Never give up. Today is hard, tomorrow will be worse, but the day after tomorrow will be sunshine.”

Jadi, ini sahaja perbualan di antara kami, terima kasih kepada Hazman Hassan dan juga KenJin kerana sudi ditemuramah oleh aku, Gamer Santai. Kalau ikutkan, banyak lagi yang aku nak tanya, tetapi, masa mencemburui kami. Korang boleh follow Kitamen di Facebook rasmi mereka, dan untuk video interview penuh, korang boleh lihat di bawah:

 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Hazman HassanKenJiKitamenPlayStation 4
Previous Post

Sedikit Sebanyak Berkenaan Monster Hunter: World PC Edition

Next Post

Bandai Namco Tease Website ‘Summer Horror Project’ Dilancarkan!!!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Bandai Namco Tease Website ‘Summer Horror Project’ Dilancarkan!!!

Bandai Namco Tease Website 'Summer Horror Project' Dilancarkan!!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd