Walaupun One Piece tidak asing dengan kisah-kisah yang tragis, bab terbaharu akhirnya mendedahkan kisah silam Bartholomew Kuma, yang bagi saya adalah kisah paling tragis setakat ini dalam siri ini. Khususnya, bab #1095 (dan kemudian) mula memberi pencerahan tentang kaum Kuma, dan turut menceritakan sejarahnya yang menyedihkan, sehinggalah saat dia menyertai Revolutionary Army.

Sebelum saya menceritakan latar belakangnya, rasanya lebih elok jika saya menerangkan tentang watak Bartholomew Kuma.
Bartholomew Kuma adalah bekas Shichibukai, bekas raja kepada Sorbet Kingdom, dan salah satu pengasas Revolutionary Army dengan bounty sekurang-kurangnya 296,000,000 berry. Dia juga merupakan bapa kepada Jewelry Bonney (salah satu Worst Generation). Asalnya, Kuma ialah keturunan kaum istimewa bernama buccaneers yang kini hampir pupus.

Pernah digeruni sebagai lanun yang sangat ganas, sehingga mendapat gelaran Bōkun (Tyrant), Kuma kini menjadi senjata manusia dipanggil “Pacifista”, yang dibangunkan oleh saintis Vegapunk. Setelah selesai bereksperimen, Kuma telah ditukar menjadi cyborg Pacifista pertama, tetapi malangnya mentalnya telah hilang (teori mengatakan “mati”) dalam proses.
Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah kisah tragis Bartholomew Kuma daripada kecil sehingga dia menyertai Revolutionary Army:
AMARAN! SPOILER BERMULA DI SINI!

Bartholomew Kuma dilahirkan 47 tahun yang lalu di Sorbet Kingdom di South Blue, kepada Clapp dan seorang ibu manusia yang tidak dinamakan, lalu menjadikannya sebahagian daripada kaum Buccaneer. Empat tahun selepas dilahirkan, ejen World Government telah menangkap keluarga Kuma, dan memperhambakan mereka kepada para Celestial Dragon.

Semasa Kuma membesar, dia dan keluarganya didera dengan teruk sehingga ibunya meninggal dunia. Kuma juga ingin mati, tetapi bapanya merayu agar dia bertahan. Untuk menggembirakan Kuma, Clapp menceritakan tentang warrior of liberation – Sun God Nika – kepada Kuma. Pada suatu hari, Clapp sedang menyanyikan lagu Nika untuk Kuma tetapi tiba-tiba ditembak dan dibunuh oleh seorang Celestial Dragon.

Beberapa tahun kemudian semasa “pertandingan memburu hamba” di God Valley, Kuma cuba melarikan diri. Kumpulan hamba lain cuba mengejarnya Kuma tetapi hamba lain memukulnya dengan kau, dan mengheret badannya ke tempat perburuan. Akhirnya, dia bertemu dengan sepasang kanak-kanak, Emporio Ivankov dan Ginny.
Ivankov menerangkan rancangan supaya mereka semua dapat melarikan diri, di mana mereka perlu mencuri 2 Devil Fruit yang sepatutnya dijadikan sebagai hadiah untuk peserta: Uo Uo no Mi, Model: Seiryu dan Nikyu Nikyu no Mi. Tiada siapa yang berani untuk melaksanakan rancangan ini kecuali Kuma, yang tanpa rasa takut menawarkan dirinya.

Disebabkan ketibaan mengejut Rocks Pirates, Roger Pirates, dan askar Marine, seluruh pulau itu dilanda huru-hara, yang memberi peluang kepada Kuma dan Ivankov untuk mencuri kedua-dua buah. Charlotte Linlin (Big Mom) muncul, dan menghalang Ivankov daripada memakan buah itu, sebaliknya memberi peluang kepada Kuma untuk memakan buahnya sendiri.

Walau bagaimanapun, beberapa saat selepas memakan buah itu, Jaygarcia Saturn (salah satu Gorōsei) muncul dan menangkap Kuma. Saturn memberitahu bahawa kaum Buccaneers dilahirkan untuk menjadi hamba, dan kehidupannya tidak bermakna. Kuma membalas dengan menyatakan bahawa dia akan menyelamatkan seberapa ramai orang yang dia boleh, seperti Nika, yang menyebabkan Saturn menjadi marah.
Entah bagaimana, Kuma berjaya melepaskan diri dan menyelamatkan lebih 500 orang di God Valley, sebelum dirinya melarikan diri bersama Ginny dan Ivankov ke kerajaan asalnya di Sorbet. Kuma memutuskan untuk menjadikan sebuah gereja sebagai rumahnya, dan tinggal bersama Ginny manakala Ivankov berlayar di laut.

Untuk menyara hidup, Kuma dan Ginny menjual kayu balak untuk membeli makanan. Tidak semuanya inda, kerana beberapa kanak-kanak lokal enggan mempercayai Kuma (yang badannya besar) baru berusia 9 tahun, sehingga membuatkan Ginny marah.
Ginny terus memukul kumpulan kanak-kanak itu, tetapi Kuma menggunakan kuasa Devil Fruit-nya untuk merawat luka dan sakit yang mereka alami. Pada malam itu, Ginny dan Kuma menangis kegembiraan kerana akhirnya dapat makan besar serta menikmati kebebasan mereka.

Pada usia 17 tahun, Kuma menjadi paderi, dan menghabiskan setiap hari Ahad membantu penduduk tua yang mengalami sakit di badan. Apa yang mereka tidak tahu adalah Kuma terpaksa menanggung segala kesakitan itu selepas mereka balik (jika tidak, sakit itu akan pulang ke tuan asal). Dalam keadaan tenat seperti itu, Ginny yang akan menjaganya setiap kali.

Setelah sekian lama, Ginny mengajak Kuma untuk berkahwin, tetapi sayangnya ditolak. Itu kerana Kuma takut Ginny akan mengalami nasib yang sama dengan ibunya, yang juga mempunyai suami buccaneer lalu menjadi hamba. Pada masa inilah, Kuma sedar akan kewujudan Monkey D. Dragon dan kumpulan Freedom Fighters.

Tidak lama selepas itu, Sorbet Kingdom melaksana perintah baru yang mengasingkan kerajaan kepada dua wilayah: utara yang kaya-raya dan selatan yang penuh dengan orang tua dan miskin. Dalam keadaan tidak puas hati, Kuma pergi ke istana untuk memprotes tetapi dipenjarakan atas tuduhan pengkhianatan. Ginny dan beberapa rakan lain turut memulakan rusuhan dan kemudian dihantar ke penjara yang sama.
Mereka akhirnya terselamat apabila, Dragon dan Ivankov menyerang negara itu dan berjaya menggulingkan rajanya dalam proses. Kuma dan Ginny serta-merta kenal rakan lama mereka, Ivankov, dan dibebaskan dari penjara.

Kemudian, mereka memutuskan untuk menyertai kumpulan Freedom Fighters, yang lambat-laun berkembang menjadi Revolutionary Army, di mana Kuma dianggap sebagai salah satu pengasas penting dan antara ahlinya yang paling terkemuka.
Dapatkan segala berita kami tentang One Piece di SINI!
(Sumber – Manga Plus)
@gamersantaimy
Discussion about this post