Peminat God of War sudah tentu ternanti-nantikan khabar berita mengenai tarikh pelancaran game God of War: Ragnarok teaser yang ditayangkan pada tahun lepas. Tetapi setelah lama sepi, ramai yang menganggap game tersebut mungkin ditunda pelepasannya. Baru-baru ini keluar satu lagi khabar angin mengatakan God of War: Ragnarok mungkin dilepaskan pada bulan September ini. Mari kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.
Melalui Twitter, pengguna @the_marmolade telah melepaskan beberapa gambar merchandise rasmi yang berkaitan dengan God of War: Ragnarok. Kesemua merch tersebut dirancang untuk dijual pada bulan September ini. Jadi, berkemungkinan besar game itu juga akan dilancarkan pada bulan yang sama bersama-sama merch tersebut. Buat masa sekarang, masih tiada komen yang diberikan oleh pihak pembangun ataupun PlayStation mengenai perkara ini. Pautan untuk merch itu juga sudah memadam segala produk yang ditunjukkan oleh pengguna Twitter tersebut. Apa yang anda perlu tahu hanyalah, God of War: Ragnarok akan tetap dilancarkan pada 2022.
Tetapi bulan September agak logik juga kalau game tersebut mahu dilancarkan. Tidak begitu banyak game hebat yang dikeluarkan pada waktu itu. Memandangkan Play of State juga akan berlangsung pada minggu ini, mungkin kita boleh mendapat kemas kini terbaru mengenainya ataupun tarikh pelepasan game sekuel God of War ini. Seperti yang diumumkan, game itu akan tersedia di konsol PS4 dan PS5. Harap-harap ia juga akan tersedia di PC, kerana langkah PlayStation baru yang ingin berkembang dalam pasaran tersebut.

Apa pula pendapat anda mengenai khabar angin ini? Adakah Play of State minggu ini akan dedahkan sesuatu yang baru mengenainya? Kita nantikannya beramai-ramai. Untuk dapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post