Beberapa orang dalam Xbox telah mengkhabarkan bahawa game PS4 terkenal, God of War akan dikeluarkan di pelantar PC. Ini berlaku selepas Horizon Zero Dawn berpindah daripada menjadi PlayStation Exclusive untuk memanfaatkan kekuataan perkakasan yang lebih berkuasa tinggi.
Dalam sebuah podcast baru-baru ini, content creator Rand Al Thor berbual dengan orang dalam Xbox Jez Corden, yang sudah tentu mempunyai maklumat orang dalam. Jez terbatuk, dan Rand Al Thor bergurau seperti Jez ingin memberitahu sesuatu semasa batuk:
“God of War di PC pada bulan Ogos?” -pada minit 2:06:40
Sebuah tweet oleh Jez semasa pendedahan Horizon Zero Dawn di PC seolah-olah menyokong ‘gurauan’ ini, di mana dia memberitahu:
“Itu bukan PlayStation eksklusif untuk keluar di PC! Hebat untuk lihat.”
That won't be the last PlayStation exclusive hitting PC either! Awesome to see. https://t.co/CMzLr4dqyj
— Jez (@JezCorden) July 3, 2020
Dikeluarkan pada tahun 2018 untuk PlayStation 4, God of War dipuji oleh seluruh dunia untuk jalan cerita, reka bentuk dunia, grafik, dan wataknya serta memenangi pelbagai anugerah, termasuk gelaran Game of the Year di Game Awards. Sejak itu, peminat berharap studio Santa Monica dapat membawa game ini ke PC. Walaupun khabar angin ini berasal daripada orang dalam, berita ini masih belum disahkan oleh Sony atau pemaju permainan tetapi dengan keluaran Death Stranding dan Horizon Zero Dawn di PC, khabar angin ini mungkin jadi realiti.
@gamersantaimy
Discussion about this post