Rupa-rupanya Fallout 76 yang diumumkan baru baru ini dari Bethesda Softworks, merupakan game online survival RPG yang diinspirasikan dari game seperti DayZ dan juga Rust. Pada asalnya, Fallout 76 merupakan prototype bagi multiplayer versi Fallout 4, tetapi, nampaknya telah berubah. Nak tahu lebih lanjut tentang Fallout 76? Jom, baca apa yang aku nak ceritakan di bawah.
Dikatakan Fallout 76 ni akan ada Story, Quest, Base Building dan mechanic survival-based multiplayer yang lain. Ada khabar angin mengatakan yang gameplay asyik berubaha, tetapi apa yang dinyatakan adalah teras gameplay kepada Fallout 76.
Nama Fallout 76 diambil dari Vault 76, dimana, mengikut lore Fallout, Vault 76 dijanji untuk dibuka 20 tahun selepas Perang Nuklear. Fallout 3 dan Fallout 4 pula menceritakan 200 tahun selepas Perang Nuklear. Secara amnya, Fallout 76 berlaku sebelum Fallout 3 dan juga Fallout 4.
Pada pandangan aku, bunyi macam menarik (memandangkan aku peminat tegar game Fallout, mungkin aku bias, kalau siapa main Fallout 4, mesti korang kenal Silver Shroud). Dan ini merupakan game siri Fallout pertama yang dijadikan sebagai online dan multiplayer. Bagi aku, ianya lain dari game yang lain, kerana survival-based multiplayer yang lain, kurang dari segi story dan juga quest. Lebih kepada base building dan juga untuk survive.
@gamersantaimy
Discussion about this post