Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar angin] Bungie bangunkan Destiny versi mobile bersama NetEase Game

safwan by safwan
July 4, 2022
in Android, Artikel, Berita, Game Baru, iOS, Mobile, Mobile Game
0 0
0
[Khabar angin] Bungie bangunkan Destiny versi mobile bersama NetEase Game
Share on FacebookShare on Twitter

Bungie Inc yang membangunkan Destiny 2 dilaporkan sedang mengusahakan game untuk membawa ke platform baru. Sejak Destiny 2 dilancarkan pada 2017, mereka tidak henti untuk memberikan kandungan baru kepada game ini melalui expansion. Tanpa kita sedar, Bungie terus berkembang untuk membawa dunia Destiny kepada platform baru iaitu mobile dengan bergabung tenaga bersama studio lain.

Menurut laporan daripada The Game Post, Bungie sedang mencari jalan untuk bekerjasama dengan NetEase Game untuk mencipta game FPS baru untuk platform mobile. Hubungan antara kedua syarikat ditemui melalui profile LinkedIn seorang artis di NetEase yang dikatakan membantu Bungie dalam “game mobile FPS yang belum diumumkan.”

Berdasarkan sumber tanpa nama, game mobile ini sememangnya berlaku di dunia Destiny dan telah dibangunkan selama lebih daripada dua tahun. Walaupun ia berlaku pada dunia Destiny, game ini bukanlah Destiny 2 versi mobile dan tidak mempunyai kaitan dengan Destiny 2 di PC serta konsol.

Pada Januari 2022, Bungie Inc telah diambil alih oleh Sony Interactive Entertaiment sebagai sebahagian daripada keluarga studio mereka. Namun, syarikat ini masih kekal sebagai studio dan penerbit yang bebas. Walaupun begitu, game ini telah dibangunkan sebelum pengambilalihan itu berlaku. Jadi, kami tidak pasti sama ada Sony akan memainkan peranan dalam mengumumkan dan melancarkan game ini atau tidak.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, Destiny 2 adalah game FPS percuma yang telah dilancarkan pada 2017 di PS4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di Xbox Series X|S dan PlayStation selepas dilancarkan pada bulan Disember 2020. Banyak yang telah dikemas kini dan diberikan kandungan tambahan yang boleh didapati daripada expansion termasuk Destiny 2: New Light dan banyak lagi.

Walaupun telah diusahakan sejak 2 tahun lalu, ia masih tidak banyak maklumat yang didedahkan oleh Bungie berkenaan game Destiny yang dibangunkan untuk mobile. Harap-harap ianya bukan sekadar khabar angin dan akan diumumkan tidak lama lagi.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bungie IncDestiny Mobilenetease games
Previous Post

Diablo Immortal: Roadmap untuk pelancaran game pada 8 Julai di Malaysia! Siap sedia semua!

Next Post

Anime Mashle: Magic and Muscles akan ditayangkan 2023! Gabungan hebat antara sihir dan kuasa otot!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Anime Mashle: Magic and Muscles akan ditayangkan 2023! Gabungan hebat antara sihir dan kuasa otot!

Anime Mashle: Magic and Muscles akan ditayangkan 2023! Gabungan hebat antara sihir dan kuasa otot!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd