Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar angin] Ben Affleck kembali sebagai Batman dalam Aquaman 2

safwan by safwan
July 29, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
[Khabar angin] Ben Affleck kembali sebagai Batman dalam Aquaman 2
Share on FacebookShare on Twitter

Pelakon utama filem Aquaman and the Lost Kingdom, Jason Momoa mendedahkan yang Ben Affleck akan muncul dalam filem tersebut sebagai Batman.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Jason Momoa (@prideofgypsies)

Dia membuat pendedahan tersebut di akuan Instagram rasminya dengan satu post yang mengandungi 2 gambar dan 1 video pendek. Jason membuat caption dengan mengatakan “BERSATU kembali Bruce dan Arthur. Sayang dan rindu awak Ben lawatan studio WB baru sahaja menerokai backlot. Melihat pada set dan semuanya perkara hebat datang pada Aquaman 2.”

Sumber: Instagram @prideofgypsies

Gambar pertama menunjukkan potongan rambut Ben Affleck yang digunakannya seperti Bruce Wayne. Tambah-tambah lagi, dia memakai sut hitam yang kelihatan sama seperti kostum lamanya. Dengan potongan rambut dan sut hitam, ia menunjukkan yang Ben Affleck akan kembali dalam DCEU dalam sekuel Aquaman.

Jika melihat videonya pula, Jason Momoa mengatakan yang “ia bukan rahsia lagi” semasa berinteraksi dengan peminat yang membuat lawatan di sana. Dia kemudian menunjukkan trailer di mana Ben Affleck berada dan kita dapat lihat wajah pelakon Batman hanya sekilas pandang sahaja.

Ben Affleck membuat penampilan kali pertama sebagai Bruce Wayne dan juga Batman dalam filem Batman v Superman: Dawn of Justice pada tahun 2016. Pelakon lain yang turut bersama dalam filem sekuel Aquaman adalah Dolp Lundgren, Temura Morrison, Patrick Wilson Amber Heard, Yahya Abdul-Mateen II dan Pilou Asbaek.

Selain itu, James Wan yang merupakan pengarah filem pertama Aquaman turut kembali untuk mengarahkan sekuel kali ini. David Leslie Johnson-McGoldrick sebagai penulis skrip bersama Jason Momoa sebagai pembantunya.

Buat masa sekarang, ia masih tidak diketahui bagaimana Batman akan dimasukkan ke dalam sekuel ini tetapi dengan kemusnahan yang telah berlaku kepada Atlantean Empire, Arthur mungkin meminta bantuan daripada Batman. Aquaman and the Lost Kingdom dijadualkan akan tayang pada 17 Mac 2023. Ini bermaksud mereka mempunyai banyak masa lagi untuk menyiapkan filem tersebut supaya hasil yang dikeluarkan nanti menjadi lebih epik.

Apa pendapat korang tentang Ben Affleck yang akan kembali sebagai Batman dalam filem Aquaman and the Lost Kingdom? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai filem, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AquamanAquaman and the Lost KingdombatmanBen AffleckJason Momoa
Previous Post

The Lost Wild – Apabila Green Hell bertemu Dinosaur! Game survival terbaru daripada penerbit Stray!

Next Post

Game soulslike Wo Long: Fallen Dynasty tumpu pada era ‘ Three Kingdoms’, demo sedang bikin

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works
Berita

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works

June 5, 2025
Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!
Berita

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!

June 5, 2025
Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026
Berita

Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026

June 5, 2025
Next Post
Game soulslike Wo Long: Fallen Dynasty tumpu pada era ‘ Three Kingdoms’, demo sedang bikin

Game soulslike Wo Long: Fallen Dynasty tumpu pada era ' Three Kingdoms', demo sedang bikin

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd