Hari ini, Razer mengumumkan produk terbaru mereka iaitu Ornata V3, sebuah keyboard gaming berprofil rendah dengan Switch Mecha-membrane eksklusif Razer. Dengan reka bentuk tapak yang lebih kecil dan keycap yang langsing, Ornata V3 memenuhi keperluan gamer moden yang mencari keyboard gaming bersaiz penuh pada nilai harga mampu milik.

Selain reka bentuknya yang lebih moden dan padat, Ornata V3 dilengkapi dengan teknologi Mecha-membrane Switch yang menggabungkan kedua-dua teknologi ‘mechanical’ dan ‘membrane’. Switch ini memberikan sentuhan lembut untuk keselesaan semasa gaming, bersama dengan sentuhan tajam untuk bunyi klik yang memuaskan.

Untuk daya ketahanan maksimum, keycap Ornata V3 dibuat oleh ABS dan bersalut UV untuk meningkatkan daya ketahan kepada isu luntur dan calar. Gaming keyboard ini mempunyai 10 zon pencahayaan yang menyokong Razer Chroma RGB, media key khusus dan ‘wrist-rest’ yang magnetik dan ergonomik untuk kita bermain berjam-jam tanpa merasa letih.
Boleh didapati sekarang di laman web rasmi, RazerStore dan di lokasi terpilih, Ornata V3 kini dijual pada nilai harga RM329.00.

Selain itu, Razer turut mengumumkan Ornata V3 X, yang merupakan versi lebih ‘bajet’. Menawarkan reka bentuk padat yang sama tetapi bersaiz penuh, keyboard ini masih datang dengan keycap ABS bersalut UV untuk daya ketahanan yang lama. Bezanya, Ornata V3 X hanya mempunyai switch membran yang senyap, cahaya Chroma RGB dengan 1 zon pencahayaan, dan wrist-rest magnetik.
Jika korang inginkan keyboard gaming yang lebih murah, Razer Ornata V3 X boleh didapati pada nilai harga RM195.00.
Untuk segala liputan kami tentang Razer, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post