Selepas trailer She-Hulk pertama kali dikeluarkan di internet, ramai netizen mula mengadu dan melontarkan komen negatif tentang CGI She-Hulk yang dilakonkan oleh Tatiana Maslany. Sebelum tayangan rasminya di platform Disney+ pada 17 Ogos nanti, beberapa pihak yang berkait rapat dengan produksi rancangan ini (termasuk pelakon utama) telah membalas kritikan dan komen negatif berpunca daripada trailer.
Kritikan berterusan terhadap efek CGI dalam trailer pertama She-Hulk cukup banyak sehingga Marvel Studios membuat keputusan untuk “mencantikkan” rupa She-Hulk. Walau bagaimanapun, masih ramai orang yang menganggap dia kelihatan “pelik” dan tidak begitu sesuai dengan efek CGI lain yang telah dipuji pada masa lalu.
Kini bintang utama dan beberapa orang besar dalam produksi cuba menjelaskan keadaan semasa dan kesan daripada pengaruh negatif netizen.
Pelakon utama Tatiana Maslany, penulis Jessica Gao, dan pengarah Kat Coiro muncul di panel akhbar Television Critics Association di mana Coiro tidak teragak untuk membalas kritikan itu.

“Saya rasa ia ada kaitan dengan kepercayaan budaya terhadap tubuh badan wanita,” jelasnya.
Coiro kemudian menambah bahawa orang yang selalu mengadu sebenarnya ingin merasa lebih “hebat” kerana memburukkan tubuh wanita. Dia juga berkata terdapat sedikit kontroversi tentang jenis badan She-Hulk memandangkan mereka membuat keputusan berdasarkan tubuh atlet wanita Olimpik dan bukannya atlet bina badan (bodybuilder).
Gao pula berkata bahawa artis CG mereka kini menerima sejumlah tuntutan melampau akibat daripada kritikan. Keadaan bertambah teruk sehingga sesetengah artis kini mengalami tekanan. Maslany setuju dengan pernyataan Gao lalu menceritakan pendapatnya berkenaan topik yang sama di mana artis CG perlu bekerja dengan cepat memandangkan tarikh tayangan semakin hampir. Jadual semasa artis-artis CG untuk mengeluarkan sesuatu produk terlalu mendesak dan bukanlah sesuatu yang mereka perlu hadapi.

Walau bagaimanapun, Maslany kata dia cukup bersyukur dan bangga melihat kerja yang mereka lakukan.
She-Hulk secara rasmi akan ditayangkan di Disney+ Hotstar Malaysia pada 17 Ogos 2022.
Sumber – The Hollywood Reporter
@gamersantaimy
Discussion about this post