Bercerita tentang CGI dalam anime, pasti ada sahaja peminat yang tidak begitu gemar dengan penggunaannya dalam animasi. Sudah tentu ada sahaja penonton anime lain yang suka mulakan “perang” dengan peminat siri lain apabila kualiti sesuatu anime itu kurang memuaskan. Sebagai contoh, episod terbaharu Demon Slayer: Swordsmith Village Arc.
Episod 7 Demon Slayer telah memaparkan CGI pokok berupa naga, yang diseru oleh Demon keenam. Melihat CGI tersebut, ada pula peminat One Piece di Twitter yang memperlekehkan kualiti CGI tersebut sampai membandingkannya dengan kualiti anime Seven Deadly Sins.

Begitu sahaja posting tersebut menarik perhatian peminat Demon Slayer sehingga salah seorang daripada mereka mula mengongsikan CGI naga Kaido pula. Kadang-kadang kelakar juga melihat dua fandom hebat bergaduh sebegini.

Penonton anime yang lain turut terhibur dengan karenah mereka, malah ramai juga yang bersetuju bahawa penonton One Piece dan Demon Slayer tidak pernah melihat CGI yang paling teruk seperti dalam siri Berserk mahupun Ex-Arm. Sabar sahajalah melihatnya.

Mengikut pandangan kami, kedua-dua siri mempunyai CGI yang cukup mantap. Kalau mahu dibandingkan dengan siri Kamikatsu yang sedang ditayangkan, kualitinya memang seperti langit dan bumi.
Apa pula pendapat anda mengenai kualiti CGI pada siri Demon Slayer dan One Piece sekarang? Boleh berikan pendapat anda di ruang komen di bawah! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post