Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kengan Omega menampilkan aksi Silat di dalam manga terkininya!

Dalam chapter 79 oleh Misasa yang terbaru!

Nyny.A by Nyny.A
October 2, 2020
in Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Kengan Omega menampilkan aksi Silat di dalam manga terkininya!
Share on FacebookShare on Twitter

Secara rasmi bab ke-79 siri Kengan Omega hadir 1 Oktober 2020 di Jepun. Pada yang masih tidak tahu Kengan Omega adalah sekuel manga Kengan Ashura yang ditulis oleh Sandrovich Yabako dan ilustrasi oleh Daromeon dengan menampilkan pelbagai aksi seni mempertahankan diri yang mengagumkan!

Dalam bab sebelum ini, Misasa telah bermula bertempur dengan Yumigahama Hikaru. Misasa agak kecundang didalam episod ini, hingga dia melihatnya satu ketika Hikaru terlalu terbuka dan pada masa itu dia sepatutnya dapat menyerangnya tetapi rancangannya tidak berjaya. Misasa dilihat hanya bertahan dengan Hikaru sehingga wajah kirinya terkoyak. Misasa tidak menolong dirinya sendiri dan lemah bertoleransi dalam segala hal. Hikaru mula “menganjing” tentang kekalahannya sementara Misasa menganggapnya sebagai orang bodoh yang kejam.

Tetapi, Misasa tidak cepat mengalah! Dalam bab terbaru ini pula menampilkan latar belakang Misasa dan kekuatannya yang sebenar! Dimana pertempuran makin gempak kerana Misasa telah menampilkan seni mempertahankan diri yang tersangat popular di Asia Tenggara terutama Malaysia dan negara jiran kita Indonesia iaitu SILAT!

Menampilkan pertempuran silatnya menentang Hikaru, walaupun di hujung bab masih belum habis pertempuran ini, Misasa memberi serangan bertubi-tubi sehingga cincin arena perlawanan mereka berdua semakin kecil! Silat yang ditampilkan seperti serangan siku yang sangat padu sehingga Hikaru terkejut dengan kehebatan sebenar Misasa.

Pada anda yang masih tidak tahu siapa sebenarnya Misasa di dalam Kengan Omega, dia sebenarnya adalah kepten skuad ke-5 “Bodyguards“. Misasa sertai “Ectermination Forces” atas permintaan Katahara Retsudo.

Kengan Ashura

Misasa menyokong Katahara Retsudo sebagai anggota “Bodyguards’ Extermination Force” terhadap tentera upahan yang dipanggil “The Black Messengers”. Mereka juga berperang melawan “Hayami’s Guardians”, yang bersekongkol melawan Katahara Metsudo.

Kengan Omega

Setelah dua tahun telah berlalu, Misasa berjaya menjadi “Eighth Fang of Metsudo”. Dia pertama kali muncul dalam penerbangan ke pulau di mana “Kengan Association VS Purgatory Tournament” diadakan, sebagai salah satu daripada 13 pejuang yang dipilih untuk mewakili Kengan Association.

Maka disini lah dia memasuki arena, bersama dengan peraturan baru yang diperkenalkan di gelanggang dan memprovokasi Hikaru ke pertarungan untuk akhirnya menghadap The Traitor Fang. Ketika perlawanan dimulakan, Misasa pada mulanya dikagumi oleh kekuatan unggul Hikaru yang mendorongnya ke tepi gelanggang. Semasa dia melawan dengan membelakangi lawannya dan serangan dia dihalang oleh Hikaru yang kemudian mendarat salah satu pukulan Skewernya. Ketika pertarungan sedang berlangsung, Misasa ditolak sekali lagi oleh serangan seperti tombak Hikaru hingga dia memutuskan untuk serius dan melakukan serangan yang menurunkan Traitor Fang, bersedia untuk mengakhiri pertempuran.

Maka ketika inilah dia melepaskan teknik Silatnya dan menyerang Hikaru, Misasa menyebut Yasunaga, rakan pengawal yang dibunuh oleh Hikaru ketika melarikan diri dari Katahara Metsudo.

Kekuatan & Keupayaan Misasa

Misasa adalah seorang pengamal Silat seperti yang kini semua sudah tahu dia mengamalkan seni mempertahankan di dari Asia tenggara yang unik terutama dalam serangan sikunya. Serangan sikunya bukan bertujuan untuk menyerang tetapi untuk menangksi dan menyekat serangan musuh sambil menjatuhka mereka.

Bagi melawan serangan keras dari musuh, Misasa menggunakan parry yang “lembut” agar tidak terluka jika dalam serangan yang terburu-buru. Dia sangat mahir dengan silat sehingga dapat menyerang Hikaru dengan mudah dan itu menampakkan Misasa sangat kuat dari segi fizikal.

Kehebatan fizikalnya berasal dari kemampuannya menggunakan kekuatan yang ada pada tahap maksimum. Sebagai pemegang gelaran Fang of Metsudo, Misasa adalah pejuang yang sangat kuat seperti yang diperhatikan oleh Lolong Donaire dan Wakatsuki Takeshi. Jadi 3 teknik utama dalam penggerakan silatnya adalah “Spinning Elbow”, “12-6 Elbow” dan “Uppercut Elbow”.

Teruja pula tengok Misasa menggunakan seni mempertahankan diri yang popular ini, lagi-lagi dalam manga kan! Ini lagi membuatkan saya sendiri rasa tidak sabar untuk baca bab seterusnya apa jadi dengan perlawanan Misasa dan Hikaru! Apa-apa pun minta-minta Silat yang hebat dari Misasa berjayalah menewaskan Hikaru kan!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DaromeonKengan AshuraKengan OmegaMisasaSandrovich YabakoSILATYumigahama Hikaru
Previous Post

Penjelasan ringkas tentang bentuk Bankai Zanpakuto di Bleach!

Next Post

Suit dah sedia, tembakan tanpa henti…Wing of Darkness akan datang 25 Februari 2021!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Suit dah sedia, tembakan tanpa henti…Wing of Darkness akan datang 25 Februari 2021!

Suit dah sedia, tembakan tanpa henti...Wing of Darkness akan datang 25 Februari 2021!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd