Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kenapa Batman tidak membunuh musuhnya? Rupanya Dark Knight ada 2 personaliti!

Alan Fikri by Alan Fikri
November 24, 2022
in Artikel, Berita, Komik
0 0
0
Kenapa Batman tidak membunuh musuhnya? Rupanya Dark Knight ada 2 personaliti!
Share on FacebookShare on Twitter

Semua orang tahu bahawa Batman mempunyai satu prinsip iaitu tidak melepasi garisan dan membunuh, tetapi DC telah mendedahkan sebab sebenar mengapa dia mempunyai prinsip seperti itu. Prinsip “tidak boleh membunuh” Batman sangat terkenal sehingga penjenayah pun tahu mengenainya. Ia adalah salah satu ciri yang menentukan watak Bruce Wayne, tetapi DC Comics baru-baru ini telah memberikan jawapan yang sangat menarik tentang mengapa Dark Knight tidak akan membunuh.

Membunuh tidak pernah menjadi tujuan utama Batman sejak awal lagi pada tahun 1940 semasa dia membuat debut pertamanya. Kita sendiri boleh lihat yang dia memang jarang membunuh dan hanya melakukannya apabila ia perlu.

Selama 80 tahun kewujudan Batman, dia mempunyai prinsip yang tegas terhadap pembunuhan. Antara teori yang popular ialah berkenaan nilai yang diterapkan oleh bapanya yang merupakan seorang doktor. Ada juga yang fikir bahawa Batman tidak percaya bahawa dengan membunuh, ia boleh membina satu masyarakat yang lebih baik. Nampaknya teori ini boleh simpan kerana DC sendiri memberikan info terbaru yang berkaitan dengan prinsip tersebut.

Personaliti ke-2 Batman

Personaliti kedua Batman, Zur-En-Arrh, telah mencipta personalitinya sendiri, iaitu android Failsafe. Ia diprogramkan untuk menghalang Batman daripada membuat pilihan drastik iaitu membunuh. Jika perkara tersebut berlaku, Failsafe akan memburu Batman dan menangkapnya.

Walaupun Zur-En-Arrh ialah personaliti keduanya, Bruce tidak sedar tentang kewujudan Failsafe. Rasanya kita semua tahu yang Batman ini memang pakar dalam merancang segala benda. Jadi Bruce sudah mempunyai rancangan untuk menghentikan dirinya sendiri jika suatu hari nanti dia melanggar prinsipnya itu.

Senang cerita, Bruce sudah ada rancangan untuk hentikan dirinya sendiri jika suatu hari nanti dia melanggar prinsipnya. Lebih-lebih lagi apabila dia telah “melihat” dunia, di mana Batman menjadi jahat.

Jadi apa pendapat anda tentang pendedahan terbaru ini? Adakah itu sebab mengapa Batman memegang prinsip untuk tidak membunuh? Agaknya berjayakah rancangan Batman untuk menghalang dirinya daripada menjadi jahat? Boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: batmanBruce Waynedc
Previous Post

Bleach: Aizen menyelamatkan Soul Society daripada Quincy, geng Shinigami tertewas

Next Post

Postknight 2 tambah update “Ann1versary”, kini tersedia untuk Android & iOS!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!
Berita

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!

June 5, 2025
Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026
Berita

Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026

June 5, 2025
Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai
Berita

Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai

June 5, 2025
Next Post
Postknight 2 tambah update “Ann1versary”, kini tersedia untuk Android & iOS!

Postknight 2 tambah update "Ann1versary", kini tersedia untuk Android & iOS!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd