Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kemaskini terbaru Q2 2021 Diablo IV bakal menampilkan ciri penyesuaian watak untuk nampak lagi gempak!

Pemain boleh mengakses Lair untuk menggunakan sistem wardrobe bagi membuat penyesuaian pada watak

Amir Haziq by Amir Haziq
July 1, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Fighting, Genre, MMO, PC, Platform, PS4, PS5, Real time strategy, Survival, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Kemaskini terbaru Q2 2021 Diablo IV bakal menampilkan ciri penyesuaian watak untuk nampak lagi gempak!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Diablo IV telah mendapat kemaskini pembangunan terbaru mereka untuk sesi Q2 2021 yang lebih tertumpu kepada seni watak in-game. Blizzard telah memuat naik catatan di blog mereka dan menjelaskan bahawa kemaskini ini merangkumi kelas-kelas yang akan dimainkan oleh pemain seperti Rogue dan bos serta musuh-musuh baru untuk dilawan.

Dalam kemaskini Q2 Diablo IV yang diterbitkan oleh Blizzard, beberapa ahli pasukan mereka telah berkongsi maklumat yang telah dihasilkan. Antara maklumat dalam kemaskini baru ini seperti ciri penyesuaian watak, kerana mengikut maklum balas dari pemain, mereka tidak mempunyai banyak pilihan watak. Kini pemain Diablo IV akan membenarkan pemain untuk melakukan penyesuaian seperti RPG.

Artis Watak Utama untuk Diablo IV, iaitu Arnaud Kotelnikoff menyatakan pemain akan dapat mengubah wajah watak seperti gaya rambut, bulu muka, perhiasan, alat solek dan tanda pada badan seperti tatu atau cat badan. Mereka juga boleh mengubah warna kulit, mata, rambut, bulu muka dan tanda badan pada watak. Malah beberapa elemen akan tertumpu pada kelas khusus, bagi menyokong keunikan latar belakang kelas. Namun banyak yang akan dikongsi antara setiap kelas untuk ciri penyesuaian ini.

Contoh penyesuaian watak untuk kelas Sorcerer

1 of 3
- +

Selain itu, Kotelnikoff turut menyatakan item untuk armor juga akan menjadi sebahagian besar dari penampilan watak pemain, dan Diablo IV menawarkan sistem dye lebih maju berbanding dari Diablo III. Pemain boleh menukar warna armor seperti helmet, chest, glove, leg, dan boot mengikut pilihan atau menerapkan kesemuanya dalam satu palet. Sistem dye ini boleh diakses di Lair, dimana pemain menggunakan sistem Wardrobe untuk melakukan penyesuaian pada komponen armor serta warna palet.

Blizzard turut menyatakan beberapa kemajuan telah dibuat dalam reka bentuk teknologi dan seni yang ada dalam siri Diablo. Pengarah Seni Diablo IV, iaitu John Mueller menjelaskan bahawa game ini akan kembali dengan suasana lebih suram dan titik sentuh untuk gaya visualnya adalah sinematik pra-render. Ini menampakkan Diablo IV secara keseluruhan jauh lebih realistik dari segi grafik game dan bergaya. Penampilan ini telah dicapai melalui teknik baru, tetapi masih mengekalkan rupa seperti game Blizzard yang lain.

Tambahan pula, kebaikkan menggunakan alat dan teknik terkini berfungsi sebagai bahagian dalam render menjadikan penceritaannya lebih kuat di dunia in-game. Sebahagian besar cutscene cerita dibuat menggunakan model game, dan di Diablo IV akan memiliki momen sinematik yang menakjubkan dari Blizzard Animation. Namun, buat masa ini mereka masih menggunakan momen sinematik yang menampilkan watak pemain dari jarak dekat yang di render melalui enjin game.

Contoh sinematik enjin in-game ini boleh dilihat dari trailer pengumuman kelas Rogue yang dilancarkan pada awal tahun 2021. Walaupun tidak sama seperti kualiti filem kerana ia ada sinematik pra-render, namun ia masih kelihatan berkualiti tinggi dan lebih hebat dari penampilan in-game Diablo III.

Dengan penambahan baru untuk Q2 2021 Diablo IV ini, pastinya pemain dapat merasai pengalaman yang lebih hebat semasa bermain, kerana ia bakal memiliki ciri penyesuaian watak. Untuk membaca lebih banyak lagi liputan kami mengenai Diablo IV, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Blizzard EntertainmentDiablo IVQ2 2021
Previous Post

Review Omnidesk Pro 2020: Meja istimewa untuk mereka yang bekerja di rumah!

Next Post

Peraturan ketat “Platform X” memaksa pemaju menghadapi pelbagai rintangan untuk promosikan permainan!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Peraturan ketat “Platform X” memaksa pemaju menghadapi pelbagai rintangan untuk promosikan permainan!

Peraturan ketat "Platform X" memaksa pemaju menghadapi pelbagai rintangan untuk promosikan permainan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd