Adakah korang masih ingat akan Happy Tree Friends – kartun tentang haiwan-haiwan comel yang terlampau ganas, kejam, dan brutal? Nampaknya kartun itu akan dibawa ke dunia game menerusi The Crackpet Show: Happy Tree Friends Edition – yang bakal dilancarkan pada 27 September!
Berikut adalah video trailer rasmi:
Dicipta oleh Ravenage dan Vixa Games, The Crackpet Show: Happy Tree Friends Edition adalah game roguelite twin-stick shooter yang dibikin untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam, Epic Games Store dan GOG. Namun untuk Switch dan PC (Steam, GOG), ia akan tersedia sebagai bentuk DLC (downloadable content) dalam The Crackpet Show, yang sudah boleh dimainkan di kedua-dua platform yang disebutkan tadi.
Gameplay

Daripada segi gameplay, The Crackpet Show ialah game “action-packed rogue-lite shoot’em-up” tentang haiwan bermutasi gila yang bertarung sehingga mati dalam rancangan TV pelik, semata-mata untuk menjadi “femes”. Secara am, pilih haiwan kegemaran, siapkan diri, dan bunuh musuh tanpa belas kasihan.
Dalam perjalanan, pemain akan menghadapi pelbagai musuh kuat yang membunuh kita dalam sekelip mata, Jangan risau kerana pelbagai abiliti dan senjata terbaik boleh dikutip untuk membantu anda.
Sebagai contoh, satu pistol akan menembak lava cair ke lantai, satu lagi abiliti boleh membuatkan kita menjadi gila kekuatan dan kebal, dan satu lagi abiliti akan membuatkan peluru melantun di antara musuh! Semua perkara ini boleh ditambah pada watak kita sekaligus, jadi anda mempunyai banyak peluang untuk bereksperimen.

Jika mati, ulang semula! Tetapi jangan lupa untuk meningkatkan setiap item dan setiap abiliti untuk menangani lebih banyak damage pada pusingan seterusnya. Setiap level (episod rancangan) juga adalah rawak jadi pemain tidak akan menghadapi perkara yang sama dua kali berturut-turut.
Selain itu, jemput rakan-rakan untuk bermain bersama dalam mode co-op. Sehingga empat pemain boleh ikut serta, jadi bermain dengan bijak dan bersinergi dengan pasukan atau membuat dajal dengan mencuri kuasa anda.


Happy Tree Friends merupakan rancangan animasi dewasa yang menyamar sebagai rancangan kanak-kanak, dan menampilkan haiwan comel berbentuk kartun.
Terkenal kerana tahap keganasannya yang melampau, setiap episod bermula secara aman di mana haiwan-haiwan tersebut menjalani kehidupan seperti biasa, tetapi keadaan akan cepat berubah sehingga haiwan comel itu terpaksa mengalami situasi yang kejam dan ganas melampau lalu mati dalam cara yang brutal dan menyedihkan.
Terkenal di seluruh dunia termasuk Malaysia, siri ini menjadi sungguh popular di YouTube sehingga meraih berjuta-juta tontonan. Jika anda pun pernah tengok Happy Tree Friends, apa kata korang cuba game-nya nanti apabila ia dikeluarkan pada 27 September nanti.
Untuk baca segala liputan kami tentang game, anime, dan teknologi, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post