Kebocoran baru tentang Resident Evil 8 sedang menular, dan ia mendedahkan tajuk, latar belakang, dan lebih banyak lagi untuk sekuel RE8. Info ini datang selepas kebocoran RE8 pada beberapa hari lepas, yang mendedahkan tarikh pelancaran, platform, dan maklumat bahawa RE8 adalah dalam mode First-Person seperti Resident Evil 7. Menurut khabar angin terbaru, tajuk Resident Evil 8 akan mempunyai perkataan “Village“, yang akan menggunakan imbuhan “ViLL” untuk menyerlahkan angka roman 8. Selain itu, satu lagi maklumat tambahan mengatakan bahawa Ethan Winters daripada Resident Evil 7 akan kembali sebagai protagonis di Resident Evil 8, yang berlangsung di Eropah.
Bersama Ethan, Chris Redfield dilaporkan akan muncul, dan nampaknya akan memainkan peranan penting dalam permainan ini. Selain daripada butiran ini, sumber juga menyatakan bahawa RE8 akan menggunakan UI yang sama seperti Resident Evil 7 bersama sistem inventori berdasarkan Resident Evil 4.

Akhir sekali, terdapat musuh baru yang digelar The Witch. Dia mungkin akan menyerupai Marguerite Baker dari Resident Evil 7, dan akan menghantui pemain sepanjang permainan. Sudah tentu, jangan percaya maklumat ini 100%. Walaupun segala-galanya di sini betul, ia juga tertakluk kepada perubahan.
Menurut khabar angin, Resident Evil 8 dijangka akan dikeluarkan di seluruh dunia pada tahun 2021 di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X, dan PC. Untuk lebih banyak berita, tentang Resident Evil 8, klik di sini.
Sumber – biohazardcast
@gamersantaimy
Discussion about this post