Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kanak 11 tahun tercedera bersama adiknya kerana cuba meniru aksi PUBG Mobile!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 18, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan
0 0
0
Kanak 11 tahun tercedera bersama adiknya kerana cuba meniru aksi PUBG Mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang budak lelaki berusia 11 tahun dari Handan, sebuah bandar di utara China, telah melompat daripada bangunan setinggi 5 tingkat/5 meter bersama dengan adik perempuannya yang berusia 9 tahun agar mereka dapat “hidup semula” seperti permainan PUBG Mobile.

Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh ibu bapa, kedua-duan kanak-kanak ini telah kemaruk bermain permainan mudah alih sejak seluruh bandar dikuarantinkan kerana koronavirus. Permainan yang mereka bermain adalah Game for Peace (PUBG Mobile versi China, dengan kandungan yang lebih “friendly” berbanding versi asli) dan Mini World, permainan kreatif open-world yang menyerupai Minecraft.

Kanak 11 tahun itu mengatakan alasannya untuk melompat daripada bangunan adalah untuk menguji jika mereka boleh terbang atau kembali hidup seperti watak dalam kedua-dua permainan itu. Berkemungkinan besar dia merujuk kepada saat payung terjun dibuka dalam PUBG Mobile, yang sebenarnya agak ganjil kerana kanak-kanak tersebut melompat tanpa memegang apa-apa yang serupa dengan payung terjun. Seterusnya, dia menyatakan bahawa “tidak kira berapa kali anda jatuh di Mini World, anda akan dihidupkan semula“.

Lorong di mana mereka melompat – tanah yang tidak konkrit menyebabkan kecederaan yang lebih ringan.

Kisah ini berakhir dengan ibu bapa menemui anak-anak yang tercedera di lorong jalan. Kedua-duanya selamat tetapi mengalami kecederaan tulang patah. Pembedahan mereka kemudian dibiayai oleh wang yang dipinjam daripada saudara-mara dan “crowdfunding” di atas talian. Alasan mengapa mereka berbuat aksi kemudian didedahkan semasa di hospital dan keluarga itu sedang berusaha untuk menuntut ganti rugi daripada pemaju permainan.

Bapa mereka, En. Shen, mengatakan bahawa anak-anaknya telah bermain permainan tersebut lebih dari 8 jam setiap hari sebelum kejadian. Menurut doktor, beberapa kecederaan mereka kekal dan tidak akan pulih sepenuhnya. Secara keseluruhan, kisah ini boleh berlaku kepada hampir semua orang. Untuk mengelak perkara ini daripada terjadi, anda harus membataskan masa permainan kanak-kanak kerana mereka sangat mudah dipengaruhi. Kekal selamat!

Muat turun di sini
PUBG Mobile
Publisher: Tencent Games
Developer: Lightspeed & Quantum
Release Date: 2018-02-09
Android, iOS
PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS yang direka khas untuk mudah alih! Bermain secara percuma di mana sahaja, bila-bila masa. PUBG MOBILE menyampaikan tindakan berbilang pemain yang paling sengit di telefon bimbit. Jatuhkan, gearkan, dan bersaing. Pertahankan pertempuran klasik epik 100-pemain, mod muatan dan pasukan peminat pasukan 4v4 dan mod zombie yang pantas. Paling penting Winner Winner Chicken Dinner!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: chinaKanak-kanakPayung terjunpubg mobileTragedi
Previous Post

Bab terakhir Kimetsu no Yaiba sudah keluar! Baca kesimpulan gembira Tanjiro sekarang!

Next Post

Untungnya kami! Koleksi game percuma Epic Games Store sebenarnya bernilai hampir RM10,000!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Untungnya kami! Koleksi game percuma Epic Games Store sebenarnya bernilai hampir RM10,000!

Untungnya kami! Koleksi game percuma Epic Games Store sebenarnya bernilai hampir RM10,000!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd