Memandangkan Dragon Ball dan One Piece adalah dua francais anime yang sangat popular, pertengkaran antara peminat tentang siapa lagi hebat – Luffy atau Goku – tidak boleh dielakkan. Kini, timbulnya topik kontroversi baru di mana seorang peminat “yakin” bahawa skil Red Roc milik Luffy lebih ikonik daripada Kamehameha milik Goku. Secara tidak langsung, seluruh fandom anime mula kecoh!
Kisah ini berlaku apabila seorang user Twitter bernama Doffyglasses (@doffyglasses) menulis tweet bahawa skil Red Roc – Luffy daripada One Piece lebih ikonik daripada Kamehameha – Goku, daripada francais Dragon Ball. Tweet itu kemudian viral dalam talian, di mana ramai peminat anime mula memberi pendapat masing-masing termasuk Mario Castaneda yang merupakan pelakon suara Goku dalam versi Sepanyol.

Walaupun skil Red Roc milik Luffy amat mengagumkan semasa pertarungannya bersama Kaido di Wano, memang tidak boleh menafika bahawa teknik itu tidak boleh menandingi sejarah Kamehameha Goku. Sejak mula diperkenalkan, Dragon Ball amat sinonim dengan serangan Kamehameha, malah mereka yang tidak minat anime pun tahu tentang serangan itu.

Malangnya, Red Roc baru sahaja diperkenalkan dan hakikatnya, tidak memegang pengaruh yang sama seperti Kamehameha. Bukan itu sahaja, beberapa peminat One Piece pun tahu tentang fakta itu dan tidak ingin berdebat sekali.
Berikut adalah antara komen netizen:
Apakah yang diilhamkan oleh Red Roc? Untuk sesuatu menjadi IKONIK, ia perlu mempunyai peniru atau dirujuk. Disebabkan posting ini, anda hanya membuktikan bahawa Red Roc tidak perlu dibandingkan dengan Kamehameha, menjadikannya sekali lagi skil istimewa PALING ikonik dalam sejarah shounen.
What did Red Roc inspire? For Something to be ICONIC is has to have imitators or be referenced. Because of this post itself, you only proved that Red Roc need to be compared to Kamehameha, making it again THE MOST iconic special move from shounen history. pic.twitter.com/inYNWYYvSU
— AER| KuroRaiden #PlaySMS (@NC_KuroRaiden) July 10, 2022
Saya peminat One Piece tetapi saya pun tahu ada kanak-kanak di taman permainan yang menjerit Kamehameha dan Rasengan. Tidak pernah dalam 21 tahun [hidup] pernah saya dengar orang kata “Gum Gum Red Roc”.
Apa pendapat korang tentang topik ini, mana satu lagi ikonik atau popular antara peminat anime? Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.
Sumber – Twitter
@gamersantaimy
Discussion about this post