Limited Run Games hari ini mengumumkan bahawa Jurassic Park Classic Games Collection akan dilancarkan pada PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.
Berikutan dengan pengumuman tersebut, mereka juga akan membuka pra-tempah untuk edisi fizikal bermula pada 1 September sehingga 15 Oktober 2023 melalui laman web rasmi Limited Run Games.
Koleksi ini akan mengandungi sebanyak 2 game iaitu Jurassic Park dan juga Jurassic Park Part2: The Chaos Continues. Mereka juga akan menambah beberapa ciri-ciri baharu kepada game ini termasuk “state save” untuk setiap game, peta dalam game baharu dan pelbagai pembetulan kualiti grafik yang membawa tajuk ini ke dalam era game moden.

Jom kita lihat apa yang akan mereka berikan di dalam Physical Edition & Retro Edition:
Standard Edition – PS, Xbox & Switch
- Salinan fizikal Jurassic Park Classic Game Collection
Classic Edition – PS, Xbox & Switch
- Salinan fizikal Jurassic Park Classic Game Collection
- Steelbook
- Pembungkusan yang diinspirasikan oleh Jurassic Park VHS case original
Prehistoric Edition – PS, Xbox & Switch
- Salinan fizikal Jurassic Park Classic Game Collection
- Steelbook
- Pembungkusan yang diinspirasikan oleh Jurassic Park VHS case original
- Replika ID Dr. Alan Grant yang diinspirasikan oleh game Jurassic Park
- Lagu CD fizikal yang menampilkan muzik original daripada Jurassic Park Classic Game Collection
- Replika cartridges game Jurassic Park NES, Game Boy dan SNES original
- Pembungkusan yang diinspirasikan oleh game Jurassic Park klasik
Standard Edition (Retro Edition) – NES, Game Boy, SNES
- Salinan fizikal sama ada Jurassic Park atau Jurassic Park Part 2: The Chaos Continues (Amber Retro Cartridge)
- Replika manual game original
Collector’s Edition (Retro Edition) – NES, Game Boy, SNES
- Salinan fizikal sama ada Jurassic Park atau Jurassic Park Part 2: The Chaos Continues (amber light-up retro cartridge)
- Slipcover yang bernombor
- Replika manual permainan original
- Poster bermuka dua yang diilhamkan oleh Jurassic Park Classic Games Collection
Pra-tempah salinan fizikal Jurassic Park Classic Game Collection akan dibuka bermula 1 September sehingga 15 Oktober melalui Limited Run Games.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post