Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

JUMP ASSEMBLE – Game MOBA rasmi dengan semua hero Shonen Jump! Bakal keluar di Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 8, 2023
in Android, Anime, Artikel, Berita, Manga, MOBA, Mobile
0 0
0
JUMP ASSEMBLE – Game MOBA rasmi dengan semua hero Shonen Jump! Bakal keluar di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, kita dapat pengesahan bahawa syarikat gaming besar DeNA bakal mengeluarkan JUMP ASSEMBLE, game MOBA 5v5 baru yang menampilkan siri ikonik daripada majalah Shonen Jump termasuk Dragon Ball, One Piece, Naruto dan banyak lagi!

Kredit: DeNA

Ya benar wahai penggemar anime sekalian, Shonen Jump akhirnya akan mengeluarkan game MOBA sendiri untuk platform mobile yang menghimpunkan pelbagai watak ikonik dalam “Weekly Shonen Jump” dengan kebenaran dan pengawasan penuh daripada Shueisha. Seperti saya kata tadi, macam-macam francais popular akan muncul termasuk BLEACH, Demon Slayer, Jujutsu Kaisen (selain daripada yang saya sebutkan di atas) dan banyak lagi.

Senarai watak penuh belum didedahkan secara rasmi tetapi menurut imej, berikut adalah watak yang akan tampil:

  • One Piece
    • Monkey D. Luffy
    • Tony Tony Chopper
  • Dragon Ball
    • Son Goku (Base)
    • Son Goku (Super Saiyan)
    • Frieza
    • Majin Buu
  • Jujutsu Kaisen
    • Fushiguro Megumi
    • Kugisaki Nobara
  • Demon Slayer
    • Kamado Tanjiro
    • Nezuko
    • Kocho Shinobu
  • Naruto
    • Uzumaki Naruto
    • Uchiha Sasuke
    • Namikaze Minato
    • Gaara
  • Bleach
    • Inoue Orihime
    • Ishida Uryu
  • Undead Unluck
    • Andy 
Kredit: DeNA

Daripada segi gameplay, JUMP ASSEMBLE menyerupai mana-mana game 5v5 MOBA moden seperti Mobile Legends: Bang Bang dan League of Legends: Wild Rift – yang terbukti sangat popular sekarang. Perbezaannya adalah kali ini, pemain dapat mengawal watak daripada anime/manga kegemaran. Gameplay penuh pun tidak dijelaskan secara terperinci tetapi jika mengikut formula MOBA biasa, fokus utama adalah untuk menjatuh tower milik pihak lawan secara total.

Setiap watak juga mungkin akan dibahagikan kepada kelas masing-masing seperti Marksman, Tank, Mage, Assassin dan lain-lain. Oleh itu, setiap watak pasti ada kelebihan dan kelemahan masing-masing jadi ia terpulang kepada pemain untuk menentukan mana satu yang menepati playstyle mereka.

Kredit: DeNA

Tidak lama lagi, JUMP ASSEMBLE akan melancarkan ujian beta tertutup di Filipina melalui Google Play Store pada 26 September. Beta tertutup eksklusif ini terhad dalam kapasiti, tetapi peluang pendaftaran tambahan akan diumumkan di Discord rasmi pada setiap hari.

Malangnya untuk pemain Malaysia, ujian beta ini hanya tersedia di Filipina sahaja buat masa ini tetapi kami mendapat pengesahan oleh DeNA bahawa game ini akan dilancarkan di China, Taiwan, Hong Kong, Macau, South Korea, Indonesia, Singapore, Thailand, dan negara kita, Malaysia.

Kredit: DeNA

Untuk maklumat lanjut tentang JUMP ASSEMBLE, sila layari halaman Facebook rasmi mereka di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeJUMP ASSEMBLEMOBAshonen jump
ShareTweetSend
Previous Post

Skrip Netflix One Piece Season 2 sudah siap, mungkin keluar 2025-2026!

Next Post

Isu Booth Cosplay Percuma di Nijiket, Komuniti ACG Tidak Puas Hati Dengan Nijigen Expo!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE
Berita

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE

June 2, 2025
SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol
Berita

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

June 2, 2025
Jualan Elden Ring Nightreign Cecah Lebih 2 Juta Unit Pada Hari Pertama Pelancaran
Berita

Jualan Elden Ring Nightreign Cecah Lebih 2 Juta Unit Pada Hari Pertama Pelancaran

June 2, 2025
Next Post
Isu Booth Cosplay Percuma di Nijiket, Komuniti ACG Tidak Puas Hati Dengan Nijigen Expo!

Isu Booth Cosplay Percuma di Nijiket, Komuniti ACG Tidak Puas Hati Dengan Nijigen Expo!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd