Sejak manga mula diterbitkan secara rasmi ke luar negara, industri itu semakin berkembang. Dengan pelbagai genre seperti shonen dan shojo, ia sudah pasti menarik perhatian ramai pembaca. Melalui laman web Oricon, senarai siri manga yang terlaris sepanjang 2022 setakat bulan Mei 2022. Kalau anda ingin tahu, bulan Mei dianggap sebagai pertengahan tahun untuk laman web tersebut.
Jika tahun lepas, kita melihat Demon Slayer yang mendominasi carta, tahun ini Jujutsu Kaisen pula yang berada di atas. Ingin tahu siri manga lain yang turut ada dalam senarai Oricon? Boleh lihat senarai di bawah:
1. Jujutsu Kaisen (9 juta salinan)

2. Tokyo Revengers (7 juta salinan)

3. SPY x FAMILY (4 juta salinan)

4. ONE PIECE (4 juta salinan)

5. My Hero Academia (2 juta salinan)

Siri manga lain yang turut tersenarai ialah seperti berikut:
- Mystery to Iu Nakare
- Demon Slayer
- Kaiju No.8
- My Dress-Up Darling
- Blue Lock
- That Time I Got Reincarnated as a Slime
- Kingdom
- Haikyuu!!
- World Trigger
- Dr Stone
- Golden Kamuy
- Record of Ragnarok
- Ao Ashi
- One-Punch Man
- Uma Musume Cinderella Gray
Walaupun telah tamat, siri seperti Demon Slayer, Haikyuu!! dan Dr Stone masih lagi berada di tangga 15 teratas. Lebih menarik lagi apabila manga Uma Musume Cinderella Gray berjaya masuk dalam senarai. Tidak dinafikan bahawa ia antara francais media yang mendapat sambutan hebat daripada peminat Jepun dan luar negara.

Kita tunggu pula penghujung tahun nanti, agaknya siri manga mana yang terlaris untuk tahun 2022. Adakah Jujutsu Kaisen akan kekal di atas atau siri lain pula yang akan memotongnya? Untuk mendapatkan liputan lain mengenai manga daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post