Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen: Siapa Ryomen Sukuna? Jom Kenali Raja Sumpahan Ini!

Maira by Maira
March 22, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Jujutsu Kaisen: Siapa Ryomen Sukuna? Jom Kenali Raja Sumpahan Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam dunia Jujutsu Kaisen, selain daripada Kenjaku, terdapat satu lagi entiti yang turut membuat huru-hara. Watak yang kami maksudkan ialah Ryomen Sukuna. Siapa sebenarnya Sukuna, dan mengapa dia susah untuk dihapuskan? Kalau anda penonton anime, artikel ini mempunyai spoiler. Jadi fikir dulu masak-masak sebelum membaca. Tanpa membuang masa, jom kita lihat serba sedikit mengenai “King of Curses” ini.

Sukuna merupakan salah seorang antagonis dalam siri Jujutsu Kaisen dan terperangkap dalam badan Yuji Itadori setelah dia menelan jarinya. Sejak dari itu, dia berusaha untuk mengawal badan remaja itu.

Kalau anda ingin tahu, dia sebenarnya seorang manusia yang telah wujud pada beribu tahun yang lalu. Tetapi kekuatan serta masalah yang timbul membuatkan orang di sekelilingnya tidak menganggapnya seperti manusia malah ramai sorcerer telah berusaha untuk menumbangkannya. Sudah tentu usaha tersebut tidak berjaya. Sejak itu, dia mendapat gelaran “King of Curses.”

Tidak berputus asa untuk menundukkan Sukuna, sekumpulan sorcerer Jujutsu telah bergabung tenaga dan Sukuna akhirnya bertukar menjadi cursed spirit setelah kematiannya. Bukan setakat itu sahaja, dia turut penjarakan diri ke dalam 20 jarinya yang kini menjadi cursed object.

Walaupun begitu, dia masih mampu menakutkan minda sorcerer lain melalui objek tersebut. Lalu, kesemua jari itu dipelihara dan diklasifikasikan sebagai Special Grade. Malah, ia juga tidak dapat untuk dimusnahkan. Sebab itulah anda melihat jari Sukuna dibalut dengan talisman dalam episod pertama anime.

Walaupun terperangkap dalam badan Yuji, sempat lagi dia menghina protagonis itu serta mengingatkannya kepada kesilapan lampaunya. Memang tidak ada hati perut langsung dia ini.

Berkenaan rupa sebenarnya, dikhabarkan bahawa dia mempunyai empat tangan dan dua muka. Disebabkan dia berada dalam dalam Yuji, jadi rupanya hampir menyerupai Yuji tetapi dengan rambut berpacak serta mempunyai corak unik pada muka serta badannya. Dia juga mempunyai mata tambahan. Badan Megumi juga menerima rupa yang sama setelah Sukuna berjaya mengambil alih badannya setelah memaksa Megumi menelan jarinya. Bukan sebarangan orang yang boleh menjadi vessel kepada Sukuna. Kuasanya yang terlalu kuat itu boleh membunuh orang biasa jika mereka makan jarinya.

Ada banyak lagi perkara mengenai Sukuna yang belum didedahkan dalam siri. Teringin juga untuk mengetahui sebab dia inginkan badan baru. Nampaknya kenalah tunggu pendedahan lanjut dalam manga nanti.

Siri anime Jujutsu Kaisen tersedia di beberapa platform penstriman seperti Bilibili dan Netflix. Manga pula boleh dibaca melalui Mangaplus. Kami pasti anda juga tidak sabar untuk melihat musim kedua anime pada Julai nanti. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: JJKJujutsu KaisenRyomen SukunaSukuna
Previous Post

“Jutsu Kage Bunshin & jutsu api Naruto sebenarnya wujud” – Kata ninja sebenar dari Jepun!

Next Post

Two Point Campus School Spirits DLC (PC) Review — Belajar Menjadi Ghostbuster!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Two Point Campus School Spirits DLC (PC) Review — Belajar Menjadi Ghostbuster!

Two Point Campus School Spirits DLC (PC) Review -- Belajar Menjadi Ghostbuster!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd