Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen: Phantom Parade Akan Menemui Peminat pada 21 November di iOS & Android!

Maira by Maira
November 17, 2023
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile
0 0
0
Jujutsu Kaisen: Phantom Parade Akan Menemui Peminat pada 21 November di iOS & Android!

©Sumzap, Inc./TOHO CO., LTD.

Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya game mobile Jujutsu Kaisen: Phantom Parade sudah mendapat tarikh pelancaran rasminya! Diumumkan melalui akaun rasmi X game, Jujutsu Kaisen: Phantom Parade akan dilancarkan pada 21 November ini! Kurang seminggu daripada sekarang, anda bolehlah alami game adaptasi siri manga oleh Akutami Gege ini! Walaupun begitu, game ini hanya tersedia di Jepun untuk Android dan iOS. Jadi anda perlu menggunakan akaun Jepun ataupun menggunakan aplikasi third-party untuk bermainnya.

◤#呪術廻戦ファントムパレード◢

『#ファンパレ』リリース日は

\\\||||/// 
11月21日(火)に決定!
///||||\\\

事前登録をしてリリースをお待ちください!

▼事前登録はこちらからhttps://t.co/TBQrMHhjH9#呪術廻戦 pic.twitter.com/O8IUOBzEa7

— 『呪術廻戦 ファントムパレード(ファンパレ) 』公式 (@jujutsuphanpara) November 16, 2023

Tentang Jujutsu Kaisen: Phantom Parade

Ia merupakan game turn-based yang berdasarkan siri anime dan cerita Jujutsu Kaisen. Pemain akan alami semula penceritaan siri anime dengan lakonan suara penuh. Sebagai tambahan, cerita itu juga meberikan pelbagai perspektif watak, jadi anda boleh lihat perkara yang tidak pernah ditayangkan dalam anime.

Serangan dalam siri ini sudah tentu berdasarkan power system yang melibatkan sihir dan juga kekuatan fizikal. Terdapat skill, abiliti istimewa yang tersedia untuk anda gunakan untuk mengalahkan musuh. Tidak dilupakan juga Cursed Energy yang diperlukan untuk menggunakan abiliti tertentu. Setiap Ultimate watak juga berbeza antara satu sama lain, dan masing-masing mendapat animasi khas tersendiri.

©Sumzap, Inc./TOHO CO., LTD.

Seperti game anime lain, Phantom Parade turut hadir dengan sistem gacha untuk pemain dapatkan watak-watak yang diingin untuk parti mereka. Terdapat dua jenis item yang terdapat dalam banner gacha iaitu watak SSR dan memori. Jadi kalau anda ingin Gojo, Sukuna mahupun trio kesayangan siri ini, kenalah gacha apabila game ini keluar nanti. Jangan risau, kerana terdapat ganjaran yang menanti anda kerana kempen pra-daftar game sudah pun selesai dengan semua milestone kempen dicapai!

©Sumzap, Inc./TOHO CO., LTD.

Harap-harap sangat game ini mendapat pelepasan global nanti. Bolehlah kita main beramai-ramai nanti! Jujutsu Kaisen juga mempunyai satu lagi game yang akan keluar pada tahun depan, iaitu Jujutsu Kaisen Cursed Clash yang akan dikeluarkan untuk konsol dan PC. Jadi masih ada game lain yang peminat boleh nantikan!

Untuk mendapatkan berita lain mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: JJKJujutsu KaisenJujutsu Kaisen: Phantom ParadeJujutsu Phanpara
ShareTweetSend
Previous Post

Jewel Changi Airport Menyambut Musim Cuti Dengan kempen “Super Mario Pipe Around the World”

Next Post

Hitman: Blood Money — Reprisal Bakal Tiba ke iOS & Android pada 30 November Ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Hitman: Blood Money — Reprisal Bakal Tiba ke iOS & Android pada 30 November Ini!

Hitman: Blood Money — Reprisal Bakal Tiba ke iOS & Android pada 30 November Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd