Sejak debutnya, Jujutsu Kaisen menunjukkan keunikan dari manga/anime lain. Dari reka bentuk watak hingga ke naratif cerita, ia membawa perspektif yang baru pada genre shounen. Awal-awal lagi dalam siri, kita diperkenalkan kepada watak yang paling kuat iaitu Satoru Gojo. Tetapi apa yang membuat Satoru Gojo terlampau kuat? Biar saya jelaskan.
Kebolehan Satoru tidak harus dipandang rendah. Dia terkenal sebagai ahli sihir jujutsu yang paling kuat dalam siri ini. Bukan hanya pada masa ini, tetapi sepanjang sejarah. Kewujudan dia sahaja sudah menjadi penghalang kepada penjahat dan sehingga dia dihapuskan, rancangan jahat mereka tidak boleh dilaksanakan.
Mengapa dia ditakuti? Ini kerana dia mempunyai kemahiran yang luar biasa untuk mengawal “Juryoku” (cursed energy) dan memiliki dua teknik hebat dari puak Gojo iaitu: Mukagen (Limitless) dan Rikugan (Six Eyes). Pengguna teknik ini mampu mengawal keseluruhan ruang yang mereka ingin. Tahap kawalan ini membolehkan Satoru membuat Kekkai (barrier) antara dirinya dan pihak lawan. Sebarang serangan yang dilancarkan terhadapnya tidak akan terkena tetapi akan dihapuskan dahulu oleh Kekkai-nya.

Jutsushiki Junten: Ao (Cursed Technique Lapse: Blue) pula membolehkan Satoru menghasilkan sejenis vakum di mana sahaja dia memilih, lantas menarik setiap objek atau orang di sekitarnya untuk dihancurkan. Seterusnya, Jutsushiki Hanten: Aka (Cursed Technique Reversal: Red) mempunyai efek yang berbeza dari Ao. Ia menghasilkan pusaran tenaga kuat yang akan menolak mana-mana orang atau objek. Mengaktifkan kedua-dua teknik tersebut sekaligus akan melancarkan teknik Kyoshiki Murasaki (Hollow Purple), bebola gergasi yang langsung menghancurkan semua musuh, objek, dan sebagainya yang menghampiri. Paling dahsyat sekali ialah Satoru dapat melakukan semua teknik ini dengan mudah.

Rikugan (Six Eyes) adalah satu lagi teknik jujutsu istimewa yang diturunkan dalam puak Gojo. Hanya ahli sihir yang memahirkan Rikugan sahaja dapat menggunakan potensi penuh Mukagen, tetapi malangnya abiliti ini tidak akan hadir untuk setiap ahli puak Gojo. Dalam 100 tahun terakhir, Satoru adalah satu-satunya ahli yang berjaya menggunakan kedua-dua teknik. Ini juga menjelaskan anggota lain dalam puaknya tidak mempunyai kehandalan yang sama seperti Satoru.

Rikugan memberi visi tanpa had kepada Satoru, di mana dia mampu melihat pada jarak yang jauh dan melalui apa-apa rintangan. Matanya dapat menganalisis semua Jujutsushiki (Curse technique) supaya dia dapat mengkaji cara terbaik untuk menghadapinya. Rikuguan juga membolehkan Satoru untuk menggunakan jumlah minimum Juryoku yang diperlukan untuk mengaktifkan apa-apa tekniknya. Tambah pula dengan simpanan Juryoku-nya yang besar, ini bermaksud ia hampir mustahil untuk musuh melawan Satoru dalam pertarungan jangka panjang.

Satoru menyembunyikan matanya untuk mengelakkan diri daripada menyerap semua maklumat visual di sekeliling. Ketika berhadapan dengan musuh yang lemah, mata Rikugan ini dikaburkan oleh penutup mata tersebut, tetapi Satoru tidak mempunyai masalah kerana sudah mahir bertarung tanpa melihat. Kehandalan dia untuk mengawal Juryoku juga bermaksud Satoru dapat menggunakan Domain Expansion miliknya, Muryōkūsho, sebanyak mungkin. Ia memaksa siapa saja yang terperangkap di dalam untuk menerima jumlah rangsangan yang besar di seluruh deria lantas melemahkan musuh dan buat membuat mereka tidak boleh bergerak. Ahli sihir Jujutsu biasa hanya boleh menggunakan teknik Domain Expansion sekali sehari.

Mukagen dan Rikugan sudah cukup untuk membuatkan Satoru Gojo lebih kuat daripada ahli sihir biasa di Jujutsu Kaisen, tetapi kekuatan fizikalnya yang sangat tinggi juga membolehkan dia untuk bertarung secara jarak dekat dengan mana-mana Noroi (Cursed Spirit) kelas tinggi, dengan pukulan dan tendangan biasa. Dikombinasikan dengan kepakaran taktikal, teknik dan kekuatannya, ini membuktikan Satoru Gojo memang terlampau kuat sebagai ahli sihir jujutsu yang paling handal.
Sumber – Jujutsu Kaisen Fandom
@gamersantaimy
Discussion about this post