Pada beberapa bulan lepas, Jujutsu Kaisen mengadakan Undian Populariti besar-besaran untuk menentukan “siapakan watak kegemaran di kalangan peminat Jepun“, dan akhirnya keputusan penuh telah didedahkan dalam isu terbaru Weekly Shonen Jump. Merupakan Undian Populariti ke-4 untuk siri ini, peminat boleh mengundi mana-mana watak dalam manga, di mana hasil keputusan lebih mengejutkan daripada yang disangka!
Walaupun Undian ini memilih sehingga 200 watak Jujutsu Kaisen paling popular, saya hanya akan menyenaraikan Top 10 sahaja. Seperti biasa, tiga watak paling popular dalam Jujutsu Kaisen masih konsisten, daripada undian populariti pertama hinggalah paling terkini.
Tidak mengejutkan, watak yang mengambil tempat pertama ialah Gojo Satoru dengan jumlah undian sebanyak 113392. Boleh dianggap sebagai “muka depan” francais sejak sekian lama, tidak kira di Jepun atau antarabangsa, Gojo sentiasa akan menduduki nombor satu.
Malah, jumlah undiannya jauh berbeza dengan tempat ke-2. Apapun, Gojo sememangnya layak untuk posisi nombor 1 memandangkan dia adalah watak paling hebat dalam francais setakat ini.

Protagonis, Itadori Yuji, menduduki tempat ke-2 dalam Undian Populariti. Walaupun tidak sepopular Gojo, dia masih sangat disayangi oleh peminat. Yuji memperoleh sebanyak 48,131 undian, yang agak bagus, namun jarak antara dia dan Gojo benar-benar jauh berbeza.
Fushiguro Megumi kini jatuh ke tempat ke-3, dan ini mengejutkan ramai orang. Dahulu, Megumi sentiasa menduduki tempat teratas dalam Undian Populariti JJK, tetapi kini, posisinya telah jatuh.

Kini kita ke bahagian lebih menarik, posisi 4 hingga 10 dipenuhi oleh wajah-wajah yang saya tidak sangka sangat popular di Jepun. Walaupun ada beberapa wajah yang layak seperti Okkotsu Yuta dan Nanami Kento, majoriti watak ini sebenarnya adalah antagonis dan orang jahat tanpa niat yang mulia.
Malah, ada yang belum muncul di anime manakala beberapa watak lain masih belum mengalami perkembangan plot yang besar di anime.
Hal ini menunjukkan bahawa populariti dan karisma masing-masing dapat dirasai daripada muka surat manga, dan tidak memerlukan platform lain seperti anime atau game untuk menunjukkan personaliti masing-masing.

Saya tidak akan menyediakan sinopsis tentang mereka (kerana isu spoiler besar) tetapi berikut adalah senarai Top 10 Watak Jujutsu Kaisen Kegemaran Ramai di Jepun:
- Gojo Satoru – 11,3392 undian
- Itadori Yuji – 48,131 undian
- Fushiguro Megumi – 28,502 undian
- Geto Suguru – 19,156 undian
- Zenin Naoya – 11,731 undian
- Choso – 6247 undian
- Okkotsu Yuta – 5991 undian
- Nanami Kento – 4162 undian
- Sukuna – 4077 undian
- Fushiguro Toji – 3218 undian
Jika berminat, anda boleh membaca bab terkini Jujutsu Kaisen melalui laman web rasmi atau aplikasi Manga Plus.
@gamersantaimy
Discussion about this post