Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom Sertai Pokémon Festival & Pokémon Run Di Bukit Jalil Pada November Ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 14, 2024
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Game, Tempatan
0 0
0
Jom Sertai Pokémon Festival & Pokémon Run Di Bukit Jalil Pada November Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak boleh dipertikaikan, Pokémon adalah antara francais paling besar di dunia, termasuk dalam dunia game, anime, mainan, dan banyak lagi. Kini, kami mendapat berita bahawa francais itu akan mengadakan acara istimewa di Malaysia. Khususnya, Pokémon Festival dan Pokémon Run bakal diadakan di Pavilion Bukit Jalil pada bulan November tahun ini.

Kredit: Pokémon Run Malaysia

Ditaja oleh Julie’s, Pokémon Festival akan berlangsung dari 7 hingga 10 November, manakala Pokémon Run 4KM akan berlangsung pada hari terakhir iaitu 10 November — kedua-duanya di lokasi yang sama iaitu Pavilion Bukit Jalil. Walaupun festival ini percuma untuk masuk, anda perlu membayar pendaftaran untuk sertai larian.

Menurut laman web rasmi, tawaran masa terhad bernilai sebanyak RM120 di mana harga akan meningkat ke RM140 selepas tamatnya tempoh promosi.

Pokémon Run direka bentuk supaya mesra keluarga, di mana kanak-kanak seawal 4 tahun dibenarkan untuk menyertai, tetapi mereka yang berumur di bawah 14 tahun harus ditemani oleh penjaga. Pendaftaran dibuka sekarang, dan jika berminat, anda boleh melihat peraturan penuh serta mendaftar di SINI.

Kredit: Pokémon Run Malaysia

Mungkin ada yang akan mengadu harga pendaftaran Pokémon Run terlalu mahal, sedangkan larian ini hanya 4KM, tetapi berita baiknya peserta akan menerima beberapa ganjaran istimewa yang tidak boleh didapati atau dibeli di tempat lain. Barang-barang ini terdiri daripada:

  • Baju kemeja-T dengan rekaan eksklusif Pokémon Run
  • Medal eksklusif selepas menamatkan larian
  • Tuala khas Pokémon Run
  • Topi visor Pokémon Run
  • Tote bag dengan rekaan eksklusif Pokémon Run

Butiran tentang Pokémon Festival tidak didedahkan buat masa ini, tetapi saya yakin lebih banyak maklumat akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Pokémon FestivalPokémon Run
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Dead Rising Deluxe Remaster – Bunuh Zombie Kini Lagi Seronok!

Next Post

Selami Android Saga Dalam Gameplay Baru DRAGON BALL: Sparking ZERO!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Selami Android Saga Dalam Gameplay Baru DRAGON BALL: Sparking ZERO!

Selami Android Saga Dalam Gameplay Baru DRAGON BALL: Sparking ZERO!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd