Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom sertai CAPCOM Pro Tour 2023 Offline Premiere Singapore – akan ada di Gamescom Asia pada Oktober 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 11, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Fighting, Kejohanan esports
0 0
0
Jom sertai CAPCOM Pro Tour 2023 Offline Premiere Singapore – akan ada di Gamescom Asia pada Oktober 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa Evolution Championship Series 2023 pada 5 Ogos, Capcom telah mengesahkan bahawa CAPCOM Pro Tour 2023 (CPT 2023) Offline Premiere Singapore akan diadakan di Gamescom Asia 2023 di Singapura, bermula 20 hingga 22 Oktober 2023. Bagi mereka yang berminat, pendaftaran untuk menyertai kini dibuka!

Butiran:

  • Tarikh: 20-22 Oktober
  • Lokasi: Singapura/Gamescom Asia (Suntec Convention Center & Exhibition Centre Level 4)
  • Had penyertaan: 1,024 pemain

Pemenang CAPCOM Pro Tour 2023 (CPT 2023) Offline Premiere Singapore akan menerima hadiah wang sebanyak USD $15,000 (anggaran sekitar RM 68,754) dan melayakkan diri ke Capcom Cup X, kejohanan dunia rasmi Capcom untuk menentukan pemain terkuat dunia bagi Street Fighter 6!

Secara am, CAPCOM Pro Tour (CPT) adalah destinasi utama untuk kejohanan kompetitif Street Fighter 6 di mana ia mengumpulkan pemain dan penonton dari seluruh dunia untuk berkongsi minat mereka terhadap game. Sebagai johan Street Fighter ke-10 yang ditaja secara rasmi oleh Capcom, CPT 2023 akan terdiri daripada 18 online premier, 3 offline premier dan World Warrior.

Pemenang offline premier secara automatik akan melayakkan diri untuk salah satu daripada 48 kekosongan di Capcom Cup X. Selain itu, lapan finalis terbaik bagi setiap offline premier akan membahagikan prize pool sebanyak $37,000.

Jika anda terbukti adalah pemain SF6 terbaik di dunia, anda akan memenangi $1,000,000 – jumlah wang terbesar pernah dianugerahkan dalam sejarah pelancaran SF6!

Anda boleh menyemak maklumat dan peraturan penuh CAPCOM Pro Tour 2023 Offline Premiere Singapore di laman web rasmi.


Disebabkan Capcom akan mengambil bahagian dalam Entertainment Zone di Gamescom Asia 2023, peserta juga mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan di hari acara/ekspo. Gamescom Asia 2023 Entertainment Zone akan mempamerkan game trending terkini, pelbagai hiburan interaktif dan kawasan utama seperti indie, e-sukan, cosplay, permainan papan, zon game berkumpulan dan banyak lagi.

Anda boleh baca segala liputan kami tentang Gamescom Asia 2023 dengan menekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CAPCOM Pro Tour 2023CAPCOM Pro Tour 2023 Offline Premiere SingaporesingapuraStreet Fighter 6
ShareTweetSend
Previous Post

Deadpool 3 Mungkin Ditunda sehingga Hujung 2024, Siri Marvel Lain Turut Ditunda!

Next Post

Pendaftaran Ujian Beta Tertutup Ghostrunner 2 Sudah Dibuka! Daftar Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pendaftaran Ujian Beta Tertutup Ghostrunner 2 Sudah Dibuka! Daftar Sekarang!

Pendaftaran Ujian Beta Tertutup Ghostrunner 2 Sudah Dibuka! Daftar Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd