Khas buat pemain dan penggemar game mobile kasual popular Eggy Party, nampaknya game ini akan mengadakan acara offline khas di Malaysia tidak lama lagi! Di sini, korang berpeluang untuk menyertai aktiviti menarik, bertemu bersama pemain-pemain lain, dan memenangi ganjaran eksklusif!

Bermula 15 Disember hingga 17 Disember, Eggy Party akan mengadakan acara offline pertama di Malaysia, khususnya di Vanity Atrium, Sunway Velocity, Kuala Lumpur. Acara ini bernama Eggy’s Town Takeover dan akan berlangsung selama 3 hari pada pukul 10.30 pagi sehingga 9.30 malam. Lokasi acara ditanda oleh belon Eggy Party yang besar, jadi anda pasti tidak akan terlepas pandang!

Apakah yang bakal berlaku di acara Eggy Party ini? Pertama sekali, pengunjung dijemput untuk menyertai pertandingan Eggy Party bersama para KOL/influencer hebat; Findy Yong pada hari pertama, Siowei pada hari kedua, dan Alyssa Dezek pada hari ketiga. Dalam peristiwa ini , pengunjung juga boleh menghasilkan seni pasir, aktiviti Bubble House, dan permainan “bola keranjang”. Kumpulkan mata untuk memenangi merchandise eksklusif Eggy Party!
Seterusnya, korang juga dapat membuka kotak misteri yang mengandungi hadiah-hadiah unik. Terdapat juga peluang untuk memperoleh sehingga 30x Shiny Coin dalam kotak kotak misteri, jadi jangan mensia-siakan peluang ini.

Acara turut menyediakan gula-gula kapas dan popcorn Eggy Party secara percuma untuk semua pengunjung.
Butiran Acara
- Lokasi: Vanity Atrium, Sunway Velocity
- Tarikh: 15 Disember 2023 – 17 Disember 2023
- Waktu: 10:30 am – 9:30 pm
Tentang Eggy Party & Kandungan Musim Baru

Sebagai pengenalan, Eggy Party ialah game kompetitif multiplayer yang tersedia untuk peranti Android dan iOS. Eggies comel ini mendiami dunia Eggy Party, dan anda akan mendapat Eggy sendiri, yang boleh dihias dengan pakaian unik sambil mengambil bahagian dalam event bersama pemain lain.

Dalam Eggy Party, objektif permainan ialah untuk bertahan hidup melalui beberapa minigame (ala kompetitif multiplayer), di mana bilangan pemain dikurangkan setiap pusingan. Setiap pemain mesti menyasar diri sebagai Eggy terakhir untuk hidup. Terdapat juga mode Creator untuk anda bermain, seperti Eggy Workshop yang membolehkan anda mencipta level sendiri, yang kemudian boleh dikongsi dengan pemain di seluruh dunia.
Untuk kandungan baharu, musim “Jelajah Pulau Telur Dino“ telah pun bermula sekarang dan akan berlangsung hingga 5 Januari. Bertemakan dinosaur, pelbagai barangan prasejarah boleh diperoleh untuk menghiasi eggy anda.
Musim ini akan memperkenalkan 8 peringkat baharu kepada game, termasuk Just Super Splash, Hunting Practice, Lava Crisis dan banyak lagi.

Acara ini akan dijalankan bersama dengan “Season Activity Task”, di mana menyelesaikan misi akan memberi ganjaran Outfit dan Accessory baharu kepada pemain untuk Eggy mereka, termasuk Dinosaur Fan, Round Stone Glasses, dan lain-lain. Bukan itu sahaja, musim ini juga membawa kotak misteri baharu yang mengandungi ganjaran bagi trio comel – Rexie, Crystal, dan Sarre.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Eggy Party, korang boleh layari pautan berikut:
Untuk muat turun game Eggy Party, sila tekan SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post