Korang semua, mood flashback Digimon korang ada lagi dalam hati dan jiwa raga tak selepas pengumuman permainan terbaru Digimon Story Cyber Sleuth: Complete Edition dan Digimon Survive serta filem terbaru akan datang Digimon Adventure Last Evolution Kizuna. Okay kali ni korang ingat lagi tak kesemua “kanak-kanak terpilih” dalam Digimon Adventure yang pertama? Jom kita imbas kembali Hero kanak-kanak ini dengan Digimon mereka!
Pada yang tidak tahu, Digimon Adventure pertama kali disiarkan pada tahun 1999 tapi kalau tak silap hadir di kaca TV Malaysia dalam tahun 2000 (mesti ingat masa tu darjah tuuuttt lagi!). Ia melibatkan sekumpulan kanak-kanak terpilih yang diserap masuk dalam Dunia Digital yang digelar “DigiWorld” ketika mereka di kem musim panas. Mereka terpilih dan menerima rakan kongsi Digimon yang telah diprogramkan untuk disatukan kepada mereka serta peranti mini yang dipanggil “Digivices”. Jadi siapa kanak-kanak terpilih itu dan Digimon itu dan apakah Digivolution Stages mereka? Jom lihat sini;
Taichi Yagami & Agumon
“Taichi” ~ Masih terngiang-ngiang suara Agumon memanggil Taichi. Pemimpin pengembaraan DigiDestined dan abang kepada Hikari. Wataknya yang keras kepala tetapi berani, lucu, penyayang dan sangat melindungi adik serta sahabatnya.
Agumon merupakan seekor Digimon Reptilia, sangat baik dan berbelas kasihan, tetapi dia lebih serius daripada Taichi. Mempunyai beberapa Digivolve sepanjang perjalanannya bersama Taichi di Digimon Adventure. Digivolve yang paling gempak bila dia bergabung dengan MetalGarurumon untuk menjadi Omnimon. Dia adalah seorang Warrior Digimon dan salah satu daripada” Royal Knights “, ia disatu daripada Virus Busters WarGreymon dan MetalGarurumon kerana kehendak yang kuat untuk semua orang yang ingin kebaikan. Ia adalah Digimon yang telah menggabungkan sifat-sifat istimewa dua badan, jadi ia adalah pahlawan multitaspe yang dapat menunjukkan kebolehan itu dengan sepenuhnya, untuk setiap situasi yang diberikan.
Yamato Ishida & Gabumon
Boleh dikatakan sebagai hero kedua untuk Digimon Adventure. Hensem tapi baran serta mengangap Taichi terlalu berperangai melulu. Lebih suka menyendiri, tetapi sentiasa ada untuk sahabat-sahabat nya.
Gabumon agak pemalu dan sangat taat, tidak sanggup membantu secara terbuka melainkan jika orang-orang yang berharga kepadanya telah disakiti. Dia benar-benar menumpukan perhatian kepada Yamato hampir setiap masa! Tetapi perangainya agak berubah ketika menjad Garurumon dan WereGarurumon.
Sora Takenouchi & Piyomon
Sora, awek kepada Taichi ehhh! Sora sering menyokong kawan-kawannya, baik dan bertindak sebagai ibu kepada kumpulan. Dia agak berperangai tomboy.
Dalam versi anime Jepun, Piyomon sering bercakap dalam orang ke-3. Mengucapkan “Sora adalah” di mana seseorang biasanya akan berkata “Anda”, dan juga merujuk kepada dirinya dalam orang ketiga. Digivolve nya menjadi Birdramon adalah yang paling jarang terjadi, pertama kali dilihat ketika kampung Yokomon diserang oleh Meramon.
Koshiro Izumi & Tentomon
Koshiro adalah seorang pakar komputer dan membelanjakan sejumlah besar masa untuk cuba mencari barangan di komputer riba “PiBook”. Dia sangat pintar dan berpengetahuan, dan sering hilang dalam pemikiran sambil cuba memikirkan sesuatu yang baru.
Tentomon mendapat keupayaan untuk digivolve ke dalam beberapa bentuk yang lebih kuat, masing-masing dengan nama yang berbeza dan serangan khas. Walau bagaimanapun, tahap Rookie adalah satu pilihan dan yang dia menghabiskan sebahagian besar waktunya, kerana jumlah tenaga yang diperlukan untuk kekal dalam bentuk yang lebih tinggi.
Mimi Tachikawa & Palmon
Mimi keluar sebagai mengada-ngada, manja dan mementingkan diri sendiri. Tetapi dia sebenarnya seorang yang sangat manis dan penyayang serta sensitif terhadap perasaan orang lain dan tidak suka berperang. Tak terlupa dia jugak awek Joe eh eh eh ~
Palmon merupakan Digimon yang sangat riuh dan comel! Yang paling comel apabila dia Digivolve sebagai Togemon kemudian berubah pula pada Lilymon, itulah saat paling comel dalam siri-siri Digimon! Sebab alahhh memang comel lah bila tiba-tiba ada pari-pari keluar dari kepala Togemon si kaktus yang besar tu!
Joe Kido & Gomamon
Joe memang nampak macam budak nerd dan macam tak kena je dengan Gomamon sebab Gomamon comel sangat! Joe boleh dipercayai dan bijak, walaupun kadang-kadang ia menjadi masalah. Dia cuba bertindak sebagai suara sebab dalam kumpulan.
Matlamat Gomamon adalah untuk meringankan beban Joe dan menggalakkannya menjadi kurang serius, menggunakan watak penyendiri dan penyayang. Gomamon juga mampu bertukar sehingga ke tahap Mega!
Takeru Takaishi & Patamon
Takeru merupakan paling comel dalam Digimon, disertakan bersama Patamon sebagai penemanya. Takeru merupakan adik kepada Yamato dan membesar serta belajar dari bergantung terus dengan abangnya kerana ingin menjadi pejuang yang hebat.
Si kecil cili padi Patamon, walaupun suka bermain-main dan sentiasa gembira bersama Takeru, siapa sangka rupanya Patamon Digivolve menjadi antara Digimon yang terhebat apabila menjadi Angemon, MagnaAngemon dan Seraphimon.
Hikari Yagami & Tailmon
Hikari merupakan adik kepada Taichi, membesar bersama Takeru walaupun kehadiran nya agak lambat sedikit dari episod awal Digimon. Dia lembut dan baik, walaupun agak misteri.
Tailmon hadir agak lama dalam Digimon Adventure, dari tidak mempercayai kanak-kanak terpilih sehinggalah dia sendiri merupakan Digimon yang terpilih untuk bersama Hikari. Perubahan sehingga Angewomon sangat lah menunjukkan kehebatanya yang luar biasa.
Okay sampai kat sini sahaja kami berkongsi bagi menggamit memori Digimon Adventure. Ada masa kami kongsikan pula Digimon Adventure 2 dan permainan-permainan Digimon yang pernah ada selama 20 tahun ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post