John Wick: Chapter 4 telah mula ditayangkan di Malaysia sejak 23 Mac 2023 dan hampir sebulan ia ditayangkan di seluruh dunia. Nampaknya, ramai yang ingin melihat Keanu Reeves berlakon sebagai John Wick dan menjatuhkan High Table.
Menurut Collider, minggu ini adalah minggu ke-4 dan mereka telah mengutip keuntungan sebanyak $18.6 juta di 76 pasaran. Korea Selatan adalah penyumbang besar pada minggu ini dengan kutipan sebanyak $5.9juta kerana ia baru sahaja ditayangkan di sana.
Buat masa sekarang, minggu yang ke-4 adalah diantara yang terbaik kerana telah mendapat kutipan sehingga $189.6 juta dan menjadikan jumlah kutipan box office seluruh dunia adalah $349.7 juta.

Jika nak dibandingkan dengan 3 filem John Wick sebelum ini, John Wick: Chapter 4 adalah filem yang paling berjaya setakat ini. Filem pertama John Wick telah pun ditayangkan pada tahun 2014 dan mendapat kutipan sebanyakk $86 juta sahaja. Manakala untuk John Wick: Chapter 2 pula sebanyak $174 juta dan John Wick: Chapter 3 – Parabellum mendapat kutipan sebanyak $328 juta.
Dengan melihat statistik kutipan yang ada di Box Office Mojo, nampaknya filem yang ke-4 dapat menarik ramai orang untuk menonton filem ini. Bukan sahaja pada peminat yang setia malah dapat mencipta peminat baharu yang baru masuk ke dalam francais John Wick.
Tambah pula dengan rating di Rotten Tomatoes yang diberikan oleh pengkritik adalah sangat positif iaitu 94% (Certified Fresh), ia membuatkan ramai orang yakin untuk menonton filem ini dengan lebih semangat.

“John Wick (Keanu Reeves) mendedahkan jalan untuk mengalahkan High Table. Tetapi sebelum dia boleh mendapatkan kebebasannya, Wick mesti berhadapan dengan musuh baharu dengan pakatan kuat di seluruh dunia dan kuasa yang menukarkan kawan lama menjadi musuh.“
Filem ini akan dibintangi oleh Keanu Reeves sebagai John Wick, Donnie Yen sebagai Caine, Bill Skarsgard sebagai Marquis, Laurence Fishburne sebagai The Bowery King, Hiroyuki Sanada sebagai Shimazu, Shamier Anderson sebagai Tracker, Lance Reddick sebagai Charon, Rina Sawayama sebagai Akira, Scott Adkins sebagai Killa dan juga Ian McShane sebagai Winston Scott.

Saya ingin meningatkan anda bahawa John Wick: Chapter 4 masih ditayangkan di Malaysia. Jika sesiapa yang masih belum menonton, saya memang sarankan anda untuk layan John Wick: Chapter 4 di panggung. Tak percaya? Ini review kami mengenai John Wick: Chapter 4.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post