Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jemput Main Demo ‘CYGNI: All Guns Blazing’ Semasa Steam Next Fest pada 5 Februari Ini!

Maira by Maira
January 31, 2024
in Artikel, Berita, Demo, Game, PC, Steam
0 0
0
Jemput Main Demo ‘CYGNI: All Guns Blazing’ Semasa Steam Next Fest pada 5 Februari Ini!

Sumber: Konami

Share on FacebookShare on Twitter

Konami Digital Entertainment Limited dan studio KeelWorks Ltd telah mendedahkan bahawa game CYGNI: All Guns Blazing bakal tersedia sebagai demo semasa Steam Next Fest February 2024! Dalam demo ini pemain akan berpeluang mengalami gameplay yang memaparkan tutorial dan akses kepada level pertama game. Bukan itu sahaja, pemain juga boleh melihat sedikit sebanyak cerita game tersebut pada hujung demo tersebut!

Untuk pengetahuan anda, Steam Next Fest February 2024 akan berlangsung bermula 5 Februari sehinnga 12 Februari ini. Ini memberikan peluang kepada peemain untuk mengakses demo CYGNI: All Guns Blazing selama seminggu. Pra-tempah untuk versi fizikal game sudah pun tersedia. Kalau anda ingin mendapatkan versi digital game, pengumuman baharu akan diberitahu kelak termasuklah tarikh pelancarannya pada tahun ini.

Sumber: Konami

Game ini juga akan dipaparkan melalui livestream rasmi Steam Next Fest pada 5 Februari dan boleh ditonton melalui halaman acara Steam Next Fest, Twitch, Youtube dan Facebook. Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

Sumber: Konami

Tentang CYGNI: All Guns Blazing

CYGNI ialah space shooter yang meningkatkan genre kepada pengalaman next-gen yang sebenar. Bertempat di dalam tinggalan tamadun yang telah lama hilang di planet CYGNI, tentera Bumi dimusnahkan oleh serangan mengejut daripada bangsa asing yang berkuasa, biomekanikal. Sebagai salah seorang juruterbang terakhir pada kapal terakhir dalam armada, anda adalah satu-satunya barisan pertahanan terhadap pengeboman makhluk asing yang tidak mudah mengalah.

Sumber: Konami

CYGNI: All Guns Blazing akan dilancarkan pada 2024 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CYGNI: All Guns BlazingKonami Digital Entertainment Limited
ShareTweetSend
Previous Post

Siri dan Filem Menarik untuk Korang Layan di NETFLIX Sepanjang Februari 2024!

Next Post

Death Stranding Director’s Cut Kini Tersedia di App Store! Ada Diskaun 50% Sehingga 20 Februari!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Death Stranding Director’s Cut Kini Tersedia di App Store! Ada Diskaun 50% Sehingga 20 Februari!

Death Stranding Director's Cut Kini Tersedia di App Store! Ada Diskaun 50% Sehingga 20 Februari!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd