Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“JayH” Dituduh Match-Fixing Dalam Valorant Challengers MY/SG, Masih Digantung Walaupun Tiada Bukti

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 2, 2024
in Artikel, Berita, Esports
0 0
0
“JayH” Dituduh Match-Fixing Dalam Valorant Challengers MY/SG, Masih Digantung Walaupun Tiada Bukti
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 30 April 2024, Valorant Challengers Malaysia & Singapore (MY/SG) mengumumkan bahawa mereka telah menggantung pemain profesional JayH kerana disyaki “match-fixing” perlawanan.

Official Statement: Jayh from Disguised is receiving provisional suspension from VCT MYSG due to suspicion of match-fixing during the tournament. Fair play and integrity are paramount in our competitions. 📄 #VCTMYSG #VALORANTChallengers #MYSG #Valorant #VCT pic.twitter.com/hrryWPWjDX

— VALORANT Challengers Malaysia & Singapore (@valesports_mysg) April 30, 2024

Pemain itu berasal daripada Singapura dan telah bermain Valorant sejak 2022. Baru-baru ini, dia telah menandatangani kontrak dengan pasukan Disguised pada Januari 2024. Menurut pengumuman di atas, pihak Valorant Challengers masih belum menemui bukti yang mencukupi untuk membuat keputusan, dan siasatan sedang “menunggu semakan dan adjudikasi lanjut.”

Kredit: The Esports Advocate

JayH telah pun menjawab dakwaan daripada pihak organisasi, dan berkata dia tidak pernah match-fixing. Malah, dia juga tidak dimaklumkan tentang tuduhan ini sehinggalah ia diumumkan di media sosial.

“Dakwaan ini akan menjejaskan reputasi saya dengan teruk, terutamanya kerana tiada usaha wajar dilakukan termasuk tidak menghubungi saya untuk menyiasat terlebih dahulu,”

Hi, any VCL MYSG personnel, can contact me please, I don’t matchfix, never participated in any activity involving it.

Also, before putting this statement out, I wasn’t informed about any ongoing investigation, or verified anything on my end.

These allegations will hurt my… https://t.co/HaVHXtkQJd

— JayH ^-^ (@JayHVLRT) April 30, 2024

Dalam posting seterusnya, JayH menyatakan bahawa dia telah dihubungi dan akan membantu dalam siasatan.

Esports Advocate melaporkan bahawa penyiasatan itu berkemungkinan berkaitan dengan sesuatu yang JayH didakwa lakukan semasa bersama pasukan Ninjas in Pyjamas pada 2023.

Bukan match fixing, sebaliknya dia mungkin bertaruh pada dirinya sendiri (match-betting) untuk memenangi perlawanan semasa bersama NIP. Namun, match-betting masih melanggar undang-undang Tatakelakuan Esports Global oleh Riot Games dan dia masih boleh menerima hukuman gantung yang panjang.

It’s the end of the road for us at CN Ascension 2023

Matured a lot as a player in these 4 months.

Thank you everyone, I love you all!! @NIP @NIPVAL @SpringVLRT @SiuFat @YRSelect @FaydeVLR @Twis03519378

All the best for CN Franchise! ❤️❤️ pic.twitter.com/EKiV5ebxDb

— JayH ^-^ (@JayHVLRT) December 29, 2023

Pada masa yang sama, Valorant Challengers MY/SG juga menerima banyak kritikan oleh peminat dan komuniti profesional, yang menganggap keputusan mereka untuk menggantung JayH walaupun penyiasatan sedang dijalankan dan tiada bukti kukuh adalah sangat “tidak profesional dan tidak adil.”

Penganjur acara esports Malaysia, The Gaming Company dan Riot Games mengeluarkan kenyataan susulan untuk menjelaskan bahawa mereka “memahami kebimbangan dan kekecewaan” oleh komuniti dan bagaimana dakwaan itu boleh menjejaskan reputasi JayH.

pic.twitter.com/pqS5frrDR7

— VALORANT Challengers Malaysia & Singapore (@valesports_mysg) April 30, 2024

“Pertama sekali, kami ingin menekankan bahawa keputusan untuk mengeluarkan penggantungan sementara adalah berdasarkan maklumat yang diberikan kepada kami oleh Riot Games, badan induk yang menyelia arena pertandingan Valorant. Sebagai TGC, syarikat yang menganjurkan kejohanan itu bagi pihak Riot Games, kami komited untuk menegakkan integriti permainan kompetitif dan mengambil serius sebarang dakwaan salah laku”.

Buat masa ini, Riot dan pihak penganjur acara masih belum memberi keputusan rasmi tentang siasatan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: JayHVALORANTValorant Challengers Malaysia & Singapore
ShareTweetSend
Previous Post

Game PS Plus Mei 2024 – EA Sports FC 24, Ghostrunner 2, Destiny 2: Lightfall, Tunic

Next Post

Siri Fallout Raih Lebih 65 juta Penonton Di Prime Video Semasa 16 Hari Pertama – Fenomena Baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
Siri Fallout Raih Lebih 65 juta Penonton Di Prime Video Semasa 16 Hari Pertama – Fenomena Baru!

Siri Fallout Raih Lebih 65 juta Penonton Di Prime Video Semasa 16 Hari Pertama - Fenomena Baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd