Haritu kitorang ada kongsikan trivia menarik yang ada di Nuketown kan? Juga tips senjata untuk newbie yang baru berjinak-jinak dengan Call of Duty: Mobile (COD Mobile). Sekali lagi kami hadir untuk mengongsikan panduan permainan ini yang mungkin boleh membantu korang untuk tahu lebih mendalam mengenai perjalanan permainan dan fokus kali ini adalah peta Killhouse yang kecil dan lebih mengemparkan!
Dari mana pula datang peta Killhouse ni ye?
Killhouse adalah sebuah peta yang asalnya dari peringkat tutorial “F.N.G.” di Call of Duty 4: Modern Warfare. Gudang ini adalah satu tempat di United Kingdom yang kini menjadi kawasan halangan bagi latihan tentera dalam pangkalan tentera SAS. Sebab itulah korang semua boleh lihat pelbagai dinding kayu, kontena, beg pasir dan kereta rosak disitu.
Dengan peta yang kecil, mampu ke ke arah kemenangan?
Iya, peta Killhouse sememangnya kecil! Begerak sedikit sahaja dah nampak tanda di map kecil bahawa musuh telah berdekatan. Apatah lagi nak reload peluru, tengah-tengah reload tiba-tiba ada bom musuh depan muka! Kawasan spawn juga di bahagian terpencil hujung peta sehingga ke tangga kawasan base. Silap sedikit, mati terus sebab musuh dah sampai base!
Dalam mod Multiplayer setiap saat permainan adalah sangat penting. Andai kata anda pro, peluru dah habis spray kat enemy, tak sempat tukar senjata dari musuh, apa yang mampu ada menggunakan senjata pendua kita seperti pistol atau pisau. Tapi yang ini kami syorkan penggunaan pisau, anda akan rasa sendiri keseronokan menggunakan pisau di peta yang kecil! Tapi memang kena pandai mengelak dan bergerak lebih pantas untuk menggunakan teknik pisau ini. Tepat pada sasaran, satu serangan tikaman dah mematikan musuh.
Kegunaan menara pengawal!
Korang ada perasan kan ada menara pengawal kat tengah-tengah peta Killhouse ni? Kalau dapat peluang untuk lari dan naik kearahnya, pergi! Sebab dari atas menara itu, korang boleh nampak 360° keseluruhan peta! Ini memang peluang untuk korang mendominasi permainan untuk kemenangan! Tetapi nak sampai menara itu, selamat berjaya lah!
Kegunaan Scorestreak kesemuanya bemanfaat!
Seperti yang korang tahu, peta Killhouse ini merupakan gudang dan bumbungnya separuh terbuka. Kenapa pula ianya terbuka? Adakah ianya hanya hobi arkitek yang saja-saja membuatnya sebegitu? Sudah tentulah tidak, kita boleh gunakanya dengan bernas dari alatan Scorestreaks.
Kalau guna Stealh Chopper dan Hunter Killer Drone Ai memang paling senang untuk menyerang dari semua sudut. Bagaimana pula dengan al kisah bumbung ni? Jadi, gunakanlah Peluru Berpandu ‘Missile’ ataupun VTOL, tetapi pastikan mengawalnya kekawasan yang betul, kalau anda lepaskan dikawasan yang salah seperti bukan di kawasan berlubang dibumbung tersebut, maka membazirlah hasil anda tadi.
Selain itu, ia juga sedikit lebih sukar untuk menjatuhkan Airdrop ke dalam kawasan yang selamat di Killhouse berbanding dengan peta lain. Korang boleh menjatuhkannya di tengah peta, tetapi memandangkan jumlah silang yang mungkin berlaku di sini, mungkin lebih baik hanya menggunakan penempatan ini sebagai umpan meleka kepada pihak musuh dan menyerang mereka.
Manakala untuk Scorestreak bahagian bawah, seperti Sentry Gun, korang boleh letak dimana sahaja yang selesa untuk diri sendiri. Tetapi untuk peta Killhouse ini, korang mungkin akan mempertimbangkan untuk memanjat menara pengawal dan meletakkannya di atas. atau di bawah menara tersebut Di sini, ia dapat memanfaatkan perspektif luas peta ini kerana berada di bahagian tengah dan menyerang semua musuh di sekeliling kawasan!
Okay-okay, jom usha tips-tips selebihnya yang boleh korang guna didalam peta ini;
- Killhouse adalah salah satu peta paling menggila dalam Call of Duty: Mobile. Jadi, siapa yang suka ‘bar-bar’ inilah peta paling sesuai sekali untuk korang!
- Habis peluru? Jangan ambil masa dengan tukar peluru dan teruskanlah tukar kepada senjata pendua seperti pistol atau pisau, jadi korang boleh begerak dengan pantas.
- Selalu bantuan penumbuk atau senjata melee sangat penting untuk menggantikan senjata bila tiada peluru di permainan FPS atau Battle Royale yang lain kan? Jadi, kegunaan pisau memang paling menarik untuk digunakan dalam peta ini!
- Nak memanjat menara pengawal? Mungkin anda boleh cuba menggunakan stunt grenade untuk mengelirukan pihak lawan dan terus berlari memanjatnya!
- Dah dapat kedudukan kat atas tu, ini peluang korang untuk meletakkan Sistem Trophy untuk lawan mana-mana bom yang dibaling pada korang. Bukan itu sahaja, Sentry Gun tersangatlah berguna jika diatas menara itu!
- Nak guna Scorestreak bahagian udara, pastikan tanda di kawasan bumbung yang berlobang!
- Sama juga dengan Airdrop! Pastikan tanda dikawasan yang betul!
- Laju, cepat dan tangkas tersangatlah penting dalam peta ini!
- Dan yang terakhir, relaks lah, rakan-rakan kan ada, begerak dengan rakan untuk serangan yang lebih padu!

@gamersantaimy
Discussion about this post