Melihat betapa besarnya francais The Seven Deadly Sins, memang tidak menghairankan untuk melihat siri ini menerima adaptasi game mobile. Selepas kejayaan The Seven Deadly Sins: Grand Cross, kini datang sebuah game baharu oleh Netmarble; iaitu The Seven Deadly Sins: IDLE yang mempersembahkan gameplay idle.
Di sini, kami berpeluang menjalankan interviu dengan Eui-jong Lee yang berkhidmat sebagai Pengarah Projek Eksekutif untuk The Seven Deadly Sins: IDLE. Apakah kisah di sebalik tabir dan cabaran semasa membangunkan game itu?

Teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut.
Memandangkan The Seven Deadly Sins mempunyai naratif yang kaya dan barisan watak yang pelbagai, apakah strategi kreatif yang digunakan untuk memastikan abiliti unik setiap watak dan jalan cerita diadaptasikan dengan betul ke dalam mekanik dan struktur naratif?

Eui-jong Lee: Kebolehan unik setiap watak diterapkan ke dalam skil dan abiliti tersendiri dalam game. Ini memberikan gaya strategik yang unik kepada setiap watak, membolehkan pemain merasai dan memahami ciri-ciri individu masing-masing dengan jelas.
Selain itu, kisah setiap watak dimasukkan ke dalam dunia The Seven Deadly Sins: IDLE melalui penggunaan latar belakang in-game dan cutscene cerita, membolehkan pemain mengalami dan menikmati kisah dengan pemahaman yang mendalam.
Perubahan daripada pengalaman gameplay aktif kepada pengalaman lebih pasif dalam bentuk idle kadangkala menyukarkan pemain untuk menyesuaikan diri. Bagaimanakah anda menangani cabaran ini dalam The Seven Deadly Sins: IDLE, dan bolehkah anda berkongsi keputusan reka bentuk yang membantu memudahkan perubahan ini?
Eui-jong Lee: Pertama sekali, kami menggunakan pendekatan beransur-ansur untuk membuka kandungan supaya pengguna tidak berasa terkejut dengan limpahan maklumat dan sistem yang kompleks apabila mula-mula bermain.
Game ini direka untuk membuka elemen dan kandungan baharu semasa pemain berkembang, membolehkan mereka mengalami pelbagai aspek secara semula jadi. Selain itu, kami menyertakan tutorial langkah demi langkah untuk membantu pemain memahami mekanik teras dan ciri dalam game.
Tutorial ini membantu pemain mempelajari dan membiasakan diri dengan ciri utama permainan, yang membantu mereka membiasakan diri dengan gameplay idle. Saya percaya pendekatan ini membolehkan pengguna perlahan-lahan melibatkan diri dalam game dan mengalami sepenuhnya daya tarikan game idle.
Penglibatan pemain dalam game idle bergantung pada pengekalan jangka panjang dan bukannya aktiviti yang singkat. Bolehkah anda membincangkan mekanik atau sistem utama dalam The Seven Deadly Sins: IDLE yang direka khusus untuk mengekalkan minat pemain dalam tempoh masa panjang, serta apa-apa hasil mengejutkan daripada pilihan reka bentuk itu?

Eui-jong Lee: Kami reka bentuk agar menawarkan pelbagai kandungan sepanjang pengalaman gameplay untuk memastikan pengguna kembali untuk mendapatkan lebih banyak lagi. Misi dan quest mudah diberikan pada peringkat awal untuk membolehkan pemain membiasakan diri, dan kandungan yang lebih kompleks dan mencabar dibuka dari masa ke masa.
Kami juga memperkenalkan elemen kemajuan RPG, di mana pemain boleh menetapkan dan mencapai matlamat sendiri. Pemain akan menguatkan watak mereka dan berasa perasaan berjaya apabila mencapai matlamat ini.
Sistem One-Tap Draw dalam The Seven Deadly Sins: IDLE memperkenalkan mekanik gacha yang memberi ganjaran kepada pemain setiap hari. Bolehkah anda membincangkan inspirasi di sebalik sistem ini dan bagaimana ia meningkatkan pengalaman gameplay secara keseluruhan?

Eui-jong Lee: Sistem One-Tap Draw diilhamkan oleh sistem cabutan kad dalam game sebelum ini, The Seven Deadly Sins: Grand Cross. Kami melihat arah trend baru-baru ini dalam sistem kad, menambah baiknya kepada sistem One-Tap Draw yang dilihat oleh pemain dalam The Seven Deadly Sins: IDLE.
Sistem One-Tap Draw ialah bahagian yang sangat penting dalam game kerana ia berkait rapat dengan semua sistem kemajuan dalam The Seven Deadly Sins: IDLE. Ia mudah digunakan, membolehkan pemain menerima ganjaran dengan cepat tanpa melalui prosedur yang rumit.
Sistem yang mudah dan ringkas itu juga meningkatkan pengalaman gameplay keseluruhan. Pemain boleh menguatkan watak mereka dengan mudah dan berseronok mengumpul item baharu, dan ia akan membuatkan mereka berminat dan terlibat dalam game.
Gaya seni chibi dalam The Seven Deadly Sins: IDLE menawarkan pengalaman visual yang menawan dan unik. Apakah antara cabaran dan pertimbangan artistik yang terlibat semasa mengadapatasikan watak daripada reka bentuk original kepada format chibi?

Eui-jong Lee: Cabaran terbesar ialah memudahkan reka bentuk setiap watak kepada gaya chibi sambil mengekalkan ciri unik mereka.
Kami cuba mengekalkan reka bentuk keseluruhan watak daripada karya original dan menjadikannya lebih comel dengan menekankan elemen reka bentuk utama watak dan mengurangkan butiran yang tidak perlu. Kami juga memastikan animasi dan interaksi watak-watak itu ringkas dan meriah untuk menjadikannya kelihatan natural.
Ini memberikan visual yang unik dan menarik kepada game, menjadikan suasana keseluruhan kelihatan cerah dan mesra.
Semasa fasa open beta The Seven Deadly Sins: IDLE, apakah maklum balas yang paling mengejutkan dari pemain, dan bagaimanakah ia membawa kepada perubahan atau peningkatan yang ketara dalam reka bentuk atau ciri?
Eui-jong Lee: Saya akan katakan maklum balas pemain mengenai interface game adalah penting kerana ia membawa pasukan untuk merombak keseluruhan reka bentuk UI.
Kami menyusun semula menu dan ikon dan menjadikan ciri utama lebih mudah diakses untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Kami juga mempertingkatkan tutorial untuk memudahkan pengguna baharu membiasakan diri dengan game tersebut.
Monetization berkait rapat dengan pembangunan game, terutamanya dengan kemampanan jangka panjang. Selain itu, game Idle terkenal kerana monetization yang sukar. Bagaimanakah anda menangani kebimbangan pemain tentang mekanik pay-to-win sambil mencipta peluang monetization yang berkesan?

Eui-jong Lee: The Seven Deadly Sins: IDLE secara konsisten menyediakan item asas dan sumber yang diperlukan untuk menikmati game, yang membantu pengguna menikmati game sepenuhnya dengan atau tanpa membelanjakan wang.
Pelbagai ganjaran akan diberikan kepada pemain melalui ganjaran harian, event dan quest, memberikan mereka rasa pencapaian dalam game itu sendiri. Ganjaran ini akan membuatkan pemain kembali ke game untuk menikmati bermain tanpa perlu berbelanja banyak.

Bagi mereka yang berminat, The Seven Deadly Sins: Idle kini tersedia di Android melalui Google Play Store, dan bakal dikeluarkan ke iOS menerusi App Store dalam masa terdekat. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post