Baru-baru ini. Blizzard mengumumkan patch 10.1 baharu untuk World of Warcraft: Dragonflight yang bertajuk Embers of Neltharion. Untuk belajar serba sedikit tentang update ini, kami berpeluang untuk menemu bual dua pemaju di sebalik hal produksi yang diwakili oleh Patrick Dawson selaku Production Director dan Maria Hamilton sebagai Lead Quest Designer.
Ini adalah perbincangan yang agak panjang, jadi pemain veteran yang ingin mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang kandungan baharu boleh teruskan membaca interview eksklusif ini.

Walaupun 10.1 dilabel sebagai update yang besar, 10.0.7 juga merupakan update penting untuk World of Warcraft, terutamanya rework baharu untuk Paladin. Jadi bila anda sedar perubahan ini diperlukan untuk Dragonflight?
Patrick: Dari segi keseimbangan kelas, ini adalah sesuatu yang kami pantau sejak hari pertama. Kami melihat data, maklum balas komuniti, sentimen dan cuba mencari perkara yang boleh diperbaiki melalui hotfix – dan kemudian [melihat] apa yang memerlukan sesuatu lebih besar, sesuatu yang memerlukan lebih banyak penambahan kandungan. Jika perlu melakukan sesuatu yang transformatif, kami mungkin akan menyasarkan update semasa musim berubah.
Begitu juga dengan Ret Paladin. Ia bukan satu-satunya kelas yang telah mendapat perhatian dalam Return to the Forbidden Reach (update 10.0.7). Ini adalah peluang kerana kami memutuskan untuk melancarkan kandungan lebih awal dan melihat semula hal ini, bagi membuat beberapa perubahan pada kelas yang mungkin memerlukan sedikit bantuan dan kasih sayang.
Rasanya ini adalah masa yang sesuai untuk melakukannya dan nampaknya anda gembira dengan perubahan itu. Beri maklum balas dan kami akan terus berusaha untuk membuat semuanya menjadi lebih baik .
Bolehkah anda membincangkan tentang kelas lain yang juga dapat rework? Atau masih terlalu awal untuk berbincang?
Patrick: Saya rasa kebanyakannya mungkin berada dalam PTR (Public Test Realm). Saya rasa tidak ada rework besar-besaran. Malah, Ret Paladin pernah mengalami perubahan musim, tetapi ia bukan seolah-olah menyusun semula kelas. Ya, ini lebih kepada perubahan kecil dan lebih masuk akal untuk menggilapnya.
Memandangkan 10.1 ialah patch besar pertama untuk Dragonflight, pasti ada jangkaan tinggi. Apakah yang boleh anda banggakan tentang patch baharu ini yang mungkin akan disukai oleh pemain?
Maria: Ini sukar, kerana terdapat begitu banyak dalam 10.1. Daripada menumpukan usaha pada zon baharu Zaralek Cavern, kami juga mengusahakan Dragon Isles. Saya sangat berbangga dengan bagaimana kami menyusun musim baru. Ia besar – ada nine-boss raid seperti Aberrus, Shadowed Crucible – itu hebat! Saya juga amat bangga dengan kerja yang kami lakukan untuk meneruskan kisah Dragonflight, contohnya seperti Blue Dragon dan Tyr.
Saya tidak akan menjadi ketua Quest Designer jika tidak berbangga dengan kerja yang kami lakukan dalam quest Zaralek Cavern, khususnya salah satu aktiviti menyeronokkan memakai sistem Niffen. Ini membuatkan anda melakukan ‘Sniff n Seeking’ tetapi menggunakan ‘Mole Peoples Nose’ untuk mencari kawasan yang tidak dapat capai. Jika tiada bau yang menarik minat, mereka akan menggali ke dalam tanah untuk mencari gua dan objek yang mempunyai teka-teki, harta karun, dan seumpamanya.
Ini adalah peluang yang baik untuk keluar dan berseronok, belajar tentang budaya baharu. Saya tidak mahu bercakap untuk Patrick, apa pendapat awak?

Patrick: Bagi saya, saya sangat suka semua yang dibawa musim ini. Anda sudah menyebut beberapa contoh, seperti Raid. Tetapi menukar kolam dungeon Mythic+, itu pun baharu untuk kami. Kami tidak pernah melakukannya…
Kami melakukannya pada Shadowlands Season 4, tetapi dalam kes ini semasa awal pembangunan, ia adalah kali pertama kami melakukannya. Ia sesuatu yang kami rancang dari dulu lagi, lalu membuatkannya lebih mudah.
Selain daripada empat dungeon Dragonflight yang pada masa ini tiada dalam pool, anda juga boleh menjalankan Freehold, The Underrot, Neltharion’s Lair yang sesuai dengan update ini, serta Vortex Pinnacle, dungeon dari Cataclysm, yang merupakan kali pertama dungeon Mythic+ di luar Mists of Pandaria.
Pastinya sangat mencabar untuk menyediakan dungeon yang menyerlah dan sebahagian daripada kumpulan Mythic+ tetapi ia sangat menyeronokkan. Jadi berseronok lah dan nikmati Season 2.

Bercakap tentang Mythic+, saya ingin bertanya tentang rotasi terutamanya untuk dungeon menarik seperti Neltharion’s Lair. Apakah keputusan atau perbincangan penting sebelum memutuskan dungeon mana yang perlu diambil?
Patrick: Saya rasa beberapa perkara penting seperti variasi adalah salah satu daripadanya – untuk mendapatkan sesuatu yang jauh di Highmountain seperti Neltharion’s Lair kepada Vortex Pinnacle yang sangat terbuka dan luas . Variasi sedemikian amat bagus. Ia sama dengan Underrot dan Freehold, di mana Underrot lebih seperti gua dan busut, manakala Freehold lebih sifat lanun, pelik dan terbuka. Jadi ia bergantung kepada tema. Ini adalah sesuatu yang penting dan orang tidak mahu melalui perkara yang sama sepanjang masa.
Ini semua adalah dungeon Mythic+ kegemaran peminat daripada masa lalu (selain Vortex baharu). Orang ramai menikmatinya, jadi mengapa saya tidak kembali dan memberikan apa yang mereka mahu?

Saya sedar di akhir pembentangan sesuatu yang tidak banyak dibincangkan iaitu snail racing. Apakah yang boleh anda jelaskan lebih lanjut tentang ciri baharu ini?
Maria: Ya, ini memang ciri baharu yang menarik. Kami membawa kembali Drogbar. Jika anda masih ingat, Drogbar minat pada siput dan snail racing. Kami menyediakannya semula, tetapi melihatnya dalam cara lain supaya dapat menyerlahkan kecintaan mereka terhadap siput dan snail racing.
Salah satu perkara yang boleh anda lakukan adalah menyertai snail racing… Siput sukar untuk dilatih tetapi anda harus melatih siput untuk menjadi lebih pantas. Akhirnya, anda akan mempunyai snail mount sendiri, yang berupa siput batu kristal bergaya.
Kami juga mahu pemain menyertai snail racing, sama ada pertaruhan atau menyertai perlumbaan. Masalahnya ialah snail racing adalah sukan yang sangat perlahan jadi kami tidak pasti pemain akan menikmati perlumbaan sebagai joki, jadi mereka mungkin bertaruh dalam proses.

Dengan expansion kelas watak dalam 10.0.7, adakah beberapa misi diubahsuai mengikut pelarasan tersebut?
Patrick: Saya rasa matlamat adalah untuk menyediakan lebih banyak pilihan melalui customization, bukan naratif. Oleh itu, mungkin terdapat beberapa perkara yang tidak dimasukkan sepenuhnya akibat daripada perubahan ini. Akhirnya, idea itu dibuat supaya boleh nampak lebih cool jika anda menjadi Goblin atau Monk. Jadi ya, kami berpegang pada aspek customization dan membenarkan anda bermain dengan seberapa banyak kombinasi kelas puak yang anda suka.
Maria: Saya juga faham apa yang anda kata di sana. Seperti yang kami fikirkan, mungkin pada masa hadapan apabila kami mencipta kelas tertentu, kami akan memikirkan kemungkinan tentang komplikasi naratif. Jika anda memikirkan jumah kombinasi puak kelas, ia agak pelik. Benar-benar pelik, jauh lebih pelik daripada Troll dan Rogue. Jadi itu adalah contoh yang mungkin kita mahu lakukan lebih banyak. Dengan apa yang telah kami lakukan setakat ini, kami amat berbesar hati untuk menyediakan customization tambahan ini.

Terdapat beberapa kebimbangan dalam komuniti bahawa kami akan bersimpati dengan Neltharion selepas mendapat akses kepada makmal Deathwing dalam 10.1. Tanpa mengikut klise, bagaimanakah anda mencipta watak yang menarik dengan kisah tragis?
Maria: Oh, saya rasa sebenarnya anda akan mendapat jawapan kepada soalan itu dalam Embers of Neltharion (10.1). Kerana apabila kita masuk ke makmalnya, kita akan melihat apa yang dia lakukan, apa yang dia usahakan. Di Zaralek Cavern, kita akan melihat apa yang berlaku kepada eksperimen yang dianggap gagal. Perkara yang dia lakukan sangat-sangat mengerikan.
Anda boleh mengalaminya dari perspektif beberapa ahli Black Dragonflight, yang mempunyai pandangan berbeza tentang Neltharion. Sabelian dan Wrathion mempunyai pendapat, dan pengetahun yang mereka pelajari tentang Neltharion. Makmal ini adalah tempat dia menjadi gila. Apa yang berlaku dalam makmal ini yang membuatkan dia gila? Kita akan belajar tentang itu juga.
Jadi saya fikir… orang ramai boleh memahami ini adalah kisah yang tragis. Apabila anda melihat hasil tindakannya, dan renung apa yang dilakukannya, perasaannya, bagaimana watak bertindak balas terhadap pilihan yang dibuatnya, dan akhirnya korupsi dan kejatuhannya. Saya rasa ia menambah banyak pada jalan cerita, dan memberi lebih banyak pandangan tentang peristiwa itu.

Apakah pendapat anda tentang World of Warcraft setakat ini, terutamanya apabila melihat bahawa komuniti masih kuat dan meningkat secara konsisten setiap kali patch baharu dikeluarkan?
Maria: Oh, perasaan yang luar biasa. Saya masih ingat apabila mula dalam beta, betul-betul pada permulaan, betul-betul dalam vanila. Ia sebahagian besar dalam hidup saya untuk tempoh yang lama, dan dapat mengusahakan game ini dan melihat bagaimana ia berkembang -saya menyukainya. Ini hebat. Kerja terbaik pernah ada.
Patrick: Ya, ini adalah game besar. Saya juga menyukai cara komuniti bertindak balas terhadap Dragonflight. Saya gembira melihat betapa terujanya orang ramai dengan expansion ini. Saya telah bermain sejak dahulu lagi. Saya sebenarnya mempunyai salah satu mount old school yang dibuang dalam patch 1.4. Saya sudah bermain selama itu, dan masih bermain.
Saya mencapai Mythic+ terlebih dahulu, mempunyai lebih daripada 600 mount, 35k achievement point… Saya tidak bergurau. Saya suka mengumpul, ia menyeronokkan.. Malah bekerja di PvP sekarang, itu pun menyeronokkan.

Walaupun Forbidden Reach adalah kawasan untuk pemain level maksimum, bagaimana pula dengan Zaralek Cavern? Adakah terdapat beberapa keperluan khas untuk menerokainya untuk pemain yang belum maju jauh?
Maria: Saya tidak tahu skala yang kami ada sekarang, tetapi kami boleh mengesahkannya dan memberitahu anda.
Pelan halatuju untuk Dragonflight juga menerima banyak penghargaan daripada pemain, kerana mereka boleh menjangka kandungan baharu. Adakah terdapat update baharu lain yang anda tidak sabar untuk pemain merasa?
Patrick: Ya, semuanya menarik. Salah satu prinsip utama Dragonflight adalah untuk mendapatkan kandungan ke tangan pemain lebih cepat daripada yang kami lakukan pada masa lalu. Kami telah menambah lebih banyak pembaharuan pada jadual biasa. Merujuk kepada posting yang kami buat, kami komited untuk melancarkan enam update menjelang 2023. Ini akan menjadi update ketiga kami, jadi kami sedang bergerak ke arah yang betul.
Dan pelan yang kami bentangkan ialah perkara yang telah dirancang lebih awal. Terdapat juga banyak perkara lain yang kami belajar dalam perjalanan dan tambahkan.

Satu lagi bahagian menarik yang kami perhatikan ialah guild cross faction. Sebelum ini, adakah terdapat sebarang perbincangan tentang PvP antara guild selain daripada meletakkan pasukan di arena kecil?
Patrick: Itu idea yang cool. Saya tidak rasa kami ada… kami belum ada rancangan untuk idea itu. Cara saya melihat; beberapa guild sangat fokus pada PvP, jadi mereka akan melakukan apa yang anda cadangkan seperti menyertai battleground. Kemudian anda melihat guild, Alliance menentang Alliance atau Horde menentang Horde di medan perang. Sistem ‘Guild Raid’ seperti itu. Ini adalah tempat yang bagus untuk PvP antara satu sama lain.
Maria: Saya sebenarnya ada jawapan untuk awak. Saya ingin jawab tentang soalan skala tadu. Pada masa ini, ia ditetapkan pada level maksimum, jadi sangat sukar untuk memenuhi prasyarat quest.
Bercakap sekali lagi tentang Zaralek Cavern, saya suka bagaimana mekanisme Dragon Riding menjadikan penerokaan begitu menarik. Apabila sampai ke kawasan baharu, bolehkah pemain segera terbang melintasinya atau adakah mereka perlu menjalani quest untuk mengakses Dragon Riding?
Maria: Anda boleh terbang terus melaluinya dan akan menyelam ke dalam terowong ini lalu di bawah Dragon Isle. Tetapi, kami mungkin ada beberapa bahagian cerita yang anda tidak boleh terbang atas sebab-sebab tertentu.

Untuk acara Sniff n Seek, adakah event akan ditentukan secara? Bagaimana sistem berfungsi?
Maria: Cara ia berfungsi ialah anda mempunyai hubungan individu dengan Niffen tertentu. Apabila membina persahabatan dengannya, dia akan membawa anda ke tempat yang berbeza. Apa yang anda temui di tempat itu bergantung pada apa yang anda minta daripadanya.
Dia tidak dapat melihat dengan baik, dia hanya boleh berbau. Jadi anda perlu mencari cara untuk bertanya kepadanya perkara-perkara tertentu. Jika anda mencari jenis harta karun tertentu, anda harus tahu baunya, kemudian tanya kepadanya ‘Hei, bolehkah anda membawa saya ke tempat yang berbau seperti ini?’.
Apabila tiba di sana, anda mungkin akan menemui teka-teki, atau beberapa makhluk untuk bertarung. Jadi ia berdasarkan di mana dia membawa anda, dan juga berdasarkan apa yang anda telah lakukan sebelum ini.

Maka, tamatlah interview kami dengan Patrick Dawson dan Maria Hamilton tentang patch terbaru Embers of Neltharion untuk World of Warcraft: Dragonflight. Bagi mereka yang berminat, Dragonflight boleh didapati secara digital di PC melalui Battle.net dalam pelbagai edisi termasuk edisi Base, edisi Heroic dan edisi Epic.
Untuk membaca segala liputan kami tentang World of Warcraft, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post