Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[GameStart 2019] Interview Istimewa bersama Penganjur Sea Major, Koh Yung Tek dan penglibatannya dalam E-Sukan!

Bantu meningkatkan adegan E-Sukan di Asia Tenggara.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 14, 2019 - Updated on December 27, 2019
in Acara, Artikel, Berita, Temuramah
0 0
0
[GameStart 2019] Interview Istimewa bersama Penganjur Sea Major, Koh Yung Tek dan penglibatannya dalam E-Sukan!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan segala usaha diletakkan ke dalam pelbagai acara e-sukan, kami memperkenalkan individu yang hebat di belakang tabir, KOH YUNG TEK! Beliau adalah global business development untuk Eliphant serta co-creator untuk SEA Major.

Kami melakukan sesi temuramah kecil dengannya dan dia cukup santai untuk berkongsi ilmunya kepada kita semua.

Pada mulanya kita berbincang mengenai reka bentuk dan tarikan keseluruhan untuk acara itu dan Yung Tek kongsi bahawa kali ini mereka cuba untuk membuat tema gaya perayaan Jepun. Dia juga menambah bahawa mereka menambah permainan video yang lebih kompetitif seperti Brawlhalla dan Samurai Showdown untuk pertandingan permainan pertempuran mereka bagi membina lebih banyak hype untuk acara!

Rantau Asia Tenggara sangat proaktif dalam e-sukan sepanjang 10 tahun lalu, dan semasa kita bercakap tentang senario e-sukan, beliau menyebutkan bahawa e-sukan di rantau ini perlahan-lahan berkembang kerana terdapat perniagaan di situ. Yung Tek juga meletakkan rantau ini pada skala 1 dari 100 jika ia dalam skala perkembangan.

Dengan kejayaan besar untuk tahun ini, kami tertanya-tanya sama ada Asia boleh setanding dengan acara permainan antarabangsa, tetapi sebaliknya Tek menjawab. Beliau mengatakan bahawa Eropah mempunyai pasaran yang lebih matang tetapi Jepun mempunyai ekosistem yang terbaik untuk menyokong e-sukan. Negara-negara Asia Tenggara pula memerlukan lebih banyak sokongan daripada kerajaan dan persatuan lain.

Selepas itu kita bercakap tentang sejarah GameStart di Singapura. Kerana ini adalah tahun terakhir GameStart, Yung Tek senyum dan memberitahu kami untuk jangan bimbang. Beliau memberitahu kami untuk menyampaikan mesej kepada peminat bahawa mereka tidak akan hilang. Mereka akan cuba membuat acara di tempat lain, seperti di Malaysia untuk 2021. Gamescom Asia akan berlangsung tidak lama lagi dan sayaberharap dapat melihat mereka di sana, tetapi dia memotong kami dan mengatakan jawapan mereka menyertai Gamescom Asia masih tidak diketahui.

Di Asia Tenggara, pasaran untuk permainan mudah alih sangat berpengaruh. Kami bercakap bagaimana keadaan dapat bertambah baik untuk industri permainan mudah alih dan bagaimana ini akan mempengaruhi penonton untuk genre dan platform permainan lain. Yung Tek menekankan kepentingan permainan dan bukannya platform. Beliau menyebut situasi itu amat berbeza bagi setiap orang. Setiap platform, dan setiap genre tidak dapat mencapai tahap dua gergasi industri, League of Legends dan DOTA 2. Mobile Legend: Bang Bang boleh menjadi besar di rantau Asia Tenggara, tetapi tidak di seluruh dunia.

Dari segi genre permainan, Yung Tek mengatakan pasukan akan terus berusaha mengadakan kejohanan untuk permainan pertempuran. Ini kerana mereka percaya ia tidak adil bagi mereka untuk mendekati pasaran yang mereka tidak biasa. Bagi dirinya sendiri dan pasukan, keghairahan mereka hanya untuk permainan pertempuran sahaja dan tidak perlu untuk mengganggu pasaran genre lain.

Eliphant membuat acara hebat untuk kedua-dua SEA MAJOR dan GameStart. Kami membincangkan acara-acara di Singapura dan pertandingan-pertandingan pertempuran antarabangsa. Berita yang mengejutkan kami ialah bermula tahun 2011, Yung Tek dan pasukannya telah bekerjasama bersama CAPCOM dan Razer untuk mengadakan CAPCOM Pro Tour pada 2013! Mereka juga menolong membuat acara seperti Rev Major di Filipina, Tekken Tokyo Master di Jepun dan Korea Tekken Masters di Korea. Beliau dan pasukannya tidak akan berhenti dan terus menyokong industri e-sukan untuk kedua-dua rantau Asia dan Asia Tenggara.

E-sukan adalah pasaran utama untuk kebanyakkan orang dan ramai di luar sana mahu menjadi sebahagian dalam industri ini. Dari pengalaman, Yung Tek mengalu-alukan semua orang untuk menyertai industri ini dengan fikiran yang jelas bahawa duit mungkin ada atau tidak walaupun anda sebahagian di dalamnya. E-sukan mempunyai sejarah di mana acara diadakan dengan kekurangann modal atau hampir tiada langsung.

Beliau menunjukkan penghargaannya terhadap penerbit, kakitangan, krew, penaja, masyarakat, pemain pro dan semua orang yang menyokong mereka sama ada dalam siaran langsung, datang ke acara atau hanya menyebarkan acara tersebut.

Dengan itu, temuramah kami pun berakhir. Kami berharap Eliphant akan terus mencipta acara hebat pada masa akan datang. Pastikan anda menyemak liputan kami di GameStart Asia. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyampaikan setiap berita yang kami ada!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: acaraAsia TenggaraCapcomE-SukanEliphantGamescom AsiaGamestart 2019KOH YUNG TEKSEA Major
Previous Post

[GameStart 2019] “Membuat permainan pertempuran lebih menarik untuk pemain baru” – Temu Ramah bersama Minoru Kidooka & Yamanaka Takeshi, CEO Arc System Works!

Next Post

[GameStart 2019] Kami tidak sabar dan teruja dengan Gamescom Asia tahun depan!- Temuramah bersama Mr. Prakash Pengarah Division Koelnmesse

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[GameStart 2019] Kami tidak sabar dan teruja dengan Gamescom Asia tahun depan!- Temuramah bersama Mr. Prakash Pengarah Division Koelnmesse

[GameStart 2019] Kami tidak sabar dan teruja dengan Gamescom Asia tahun depan!- Temuramah bersama Mr. Prakash Pengarah Division Koelnmesse

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd