Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Interview Hearthstone: Voyage of the Sunken City – Bersama Chadd Nervig & Valerie Chu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 28, 2022
in Artikel, Berita, Kad Strategi, Temuramah
0 0
0
Interview Hearthstone: Voyage of the Sunken City – Bersama Chadd Nervig & Valerie Chu
Share on FacebookShare on Twitter

Bersiap sedia untuk menyelam ke expansion terbaru Hearthstone: Voyage to the Sunken City apabila ia tiba pada bulan April akan datang. Kami telah mengadakan sesi temu bual dengan Ketua Pasukan bagi Ciri-ciri – Chadd Nervig, dan Pereka Naratif Kanan – Valerie Chu, tentang set kad terbaru yang memperkenalkan keyword (Dredge, Colossal), jenis minion unik (Naga) dan inspirasi mereka di sebalik expansion kali ini. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita mulakan!

Berikut adalah isi kandungan untuk temu bual ini:

Bolehkah anda jelaskan lebih lagi tentang expansion ini?

Chadd: Voyage to the Sunken City ialah expansion seterusnya dalam Hearthstone, di mana pemain akan menerokai bandar tenggelam Zin-Azshari. Temanya adalah di bawah laut, “mencari” harta karun dan peninggalan tersembunyi serta menerokai bandar. “Dredge” mempunyai peranan penting, dan merupakan keyword terbaru untuk melihat kad paling bawah dalam dek, manakala Colossal merupakan raksasa gergasi, dan Naga adalah jenis minion baru.

Voyage to the Sunken City mungkin akan menjadi lebih menarik jika mempunyai Mercenaries. Bolehkah kita melihat kesinambungan antara PVP dan Mercs pada masa hadapan?

Chadd: Saya rasa ada banyak potensi menarik untuk hal itu. Tetapi kami belum bersedia untuk bercakap tentang kandungan Mercs dalam Voyage to the Sunken City, tetapi mempunyai banyak kandungan menarik tentang Mercs pada masa akan datang.

Bagaimanakah anda menyeimbangkan kaum/keyword supaya kad terkini masih meta tetapi dalam cara tidak keterlaluan?

Chadd: Mari kita bercakap tentang Naga sekejap. Naga ialah sejenis minion yang berfokus pada Spell. Sebagai contoh, Spellcoiler adalah Naga versi ‘basic’ dengan kuasa “Battlecry: If you cast a spell while holding this, discover a spell”. Anda akan melihat Naga dengan pelbagai kelas yang berbeza, anda juga boleh melihat pelbagai jenis dek yang dicipta untuk menyokongnya.

Bercakap tentang keseimbangan, ia merupakan sebahagian daripada standard rotation untuk tahun baru. Anda akan melihat banyak dek jenis baru dalam permainan. Kami melakukan banyak perkara untuk memastikan keseimbangan betul, dan pemain boleh mendapat macam-macam kad baru untuk menjadi meta.

Adakah expansion ini akan membuatkan kelas tertentu menjadi meta? Kelas mana yang anda rasa paling manfaat kali ini?

Chadd: Kami tidak mempunyai matlamat untuk meningkatkan kuasa atau populariti mana-mana kelas tertentu, sebaliknya ingin menawarkan gaya permainan yang berbeza. Saya fikir rotation sangat membantu dalam banyak cara dan memberi peluang untuk mencuba hal baru seperti kad Colossal dan juga jenis-jenis minion dalam game nanti.

Bolehkah anda menjelaskan cara-cara bermain keyword Colossal?

Chadd: Colossal ialah keyword dan merupakan makhluk yang terlalu besar untuk dimuatkan ke dalam satu kad. Ia bermula sebagai kad berasingan tetapi apabila anda mula – merekrut, menyalin, dan sebagainya. – bahagian badan lain akan mula muncul. Ia dibahagikan kepada badan utama, lengan, dan lain-lain. Badan utama dan bahagian lain mempunyai sinergi menarik antara satu sama lain dan boleh menyokong dek anda atau menjadi minion kuat secara keseluruhan. Sebagai contoh, Colaque atau Druid Colossal mempunyai fungsi serba boleh.

Valerie: Saya sangat suka Colossal kerana saya rasa mereka mempunyai keunikan sendiri apabila berlawan. Contohnya, anda boleh menukar tempo perlawanan secara drastik untuk mengatasi cabaran pihak lawan.

Adakah Naga akan tersedia di Battlegrounds? Adakah keyword terbaru hanya eksklusif untuk dek Naga atau bolehkah ia berada dalam archetype lain?

Chadd: Pertama sekali saya ingin beritahu adalah Naga dalam Battlegrounds nampak sangat ‘cool’ dan terdapat banyak potensi di situ. Tetapi buat masa ini, kami hanya menumpukan pada peringkat awal expansion, jadi tidak ada apa-apa lagi untuk diumumkan pada ketika ini.

Bagi keyword, Naga sebagai jenis minion baru akan sentiasa boleh digunakan sepanjang game, jadi kami akan mengemas kini minion sedia ada daripada set kad sebelum untuk mempunyai minion jenis Naga. Sesetengah dek mungkin akan menggunakan Naga, ada yang tidak. Dalam Voyage to the Sunken City, Colossal dan Dredge ialah keyword istimewa dalam expansion ini.

Berkenaan watak yang tidak sesuai dalam expansion ini, bolehkah anda mendedahkan sedikit tentang kandungan pada masa hadapan?

Valerie: Kami kini menuju ke dunia Azshara dan Naga, jadi ia menarik untuk melihat bagaimana keadaan mempengaruhi set kad itu… kami sentiasa melihat dari perspektif hero [watak baharu] yang ditambahkan pada Hearthstone. Kami sentiasa mendengar maklum balas daripada pemain tentang hero/ merc/mod lain yang boleh dimainkan dan kami sangat gembira tentangnya.

Untuk sinematik expansion ini, kami telah menunjukkan Ambassador Faelin – watak baru yang sering dilihat, dan juga Sir Finley yang turut menjadi tumpuan. Kami juga mempunyai mechagnome – ini ialah Stormcoil yang merupakan jurutera kapal dalam sinematik dan anda akan melihat lebih banyak tentangnya dalam jalan cerita Faelin.

Chadd: Kami mempunyai banyak skin hero ‘cool’; yang disediakan untuk anda dapatkan dan terokai di dunia bawah laut untuk pelbagai watak.

Bolehkah anda menerangkan proses mencipta expansion ini dan apakah inspirasi di sebalik produksi?

Valerie: Salah satu idea utama kami ialah melihat orang pergi ke dalam air dan melihat tempat di bawah laut dari alam Warcraft. Zin-Ashari menonjol sebagai lokasi yang sangat penting dari segi sejarah. Tetapi di Hearthstone, kami mempunyai keupayaan untuk meneroka tempat baru dan melihat sisi baru dari kawasan yang berbeza.

Perkara lain adalah untuk membawa Sir Finley. Disebabkan dia adalah seorang Murloc, dia amat hebat dalam air, tetapi kami tidak pernah melihat dia benar-benar beraksi di bawah air. Semua makhluk bawah air benar-benar menyerlah, terutamanya Naga. Ini amat menarik apabila kita mendapat tahu tentang Naga, yang pernah menjadi Night Elf dan menggunakan sihir untuk mendatangkan bencana ke atas Azeroth.

Chadd: Saya rasa perkara terbaik tentang expansion ini tetapi kurang dibincangkan ialah keyword baru, Dredge. Contohnya, apabila kad kami berada di bahagian bawah dek, Dredge boleh menjadi keyword yang bagus untuk mendapatkannya. Ia boleh menambah elemen baru pada bahagian bawah dek kita. Contohnya kad terhebat anda ialah Azsharan Sweeper, jika dia berada di bahagian bawah dek, anda boleh mendapat kelebihan yang besar.

Apa yang datang dahulu, tema atau keyword bagi expansion?

Chadd: Apabila mula-mula mencipta expansion ini, tema utama ialah titik permulaan dan itulah inspirasi yang kita gunakan untuk membina mekanik agar sepadan dengan tema. Semasa brainstorming untuk sebuah expansion yang bakal berlangsung selama berbulan-bulan, proses ini mengambil masa kira-kira setahun atau lebih.

Selepas itu baru kita fikirkan mekanismenya. Kami mula berfikir tentang jenis mekanisme yang boleh mempengaruhi expansion. Dasarnya, kita cenderung untuk sentiasa mencari tema dahulu dan kemudian memikirkan keyword. Kami mencuba banyak perkara yang berbeza dan memilih yang terbaik pada masa itu.

Semua keyword terkini mengikut tema ‘dunia bawah laut’, adakah ada keyword lain yang mungkin sudah dibuat tetapi dibatalkan?

Chadd: Saya sebenarnya mahukan pelbagai versi Colossal. Adakah ia boleh berfungsi sebagai minion tambahan dalam badan utama? Atau mengisi banyak ruang di atas papan? Dredge, Colossal dan Dragon telah wujud sejak awal pembikinan, tetapi cara ia berfungsi memerlukan banyak kajian untuk akhirnya diselesaikan.

Tujuan Dredge nampaknya adalah untuk mengekalkan “keseimbangan”. Bagaimana ia memberi kesan kepada meta semasa?

Chadd: Dredge dapat mengubah arah permainan untuk dek yang anda miliki. Satu matlamat utama adalah untuk kita meneroka dunia bawah laut ini dan mencari apa yang tersembunyi di bawah permukaan dan membawanya ke dasar . Dari sudut keseimbangan, saya fikir ini akan mewujudkan elemen menarik yang pemain dapat optimumkan dengan playstyle mereka.


Bagi mereka yang tertarik dengan Hearthstone, game ini kini tersedia di PC, Mac, dan juga mobile Android dan iOS. Anda boleh layari laman web rasmi di SINI untuk maklumat terkini tentang expansion di atas.

*Temu bual ini telah disunting untuk memudahkan pemahaman pembaca.*

Muat turun Disini!!!
Hearthstone
Developer: Blizzard Entertainment
Release Date: 2013-03-11
Microsoft Windows
Hearthstone adalah permainan kad koleksi digital secara percuma dikembangkan dan diterbitkan oleh Blizzard Entertainment. Pada asalnya subjudul Heroes of Warcraft, Hearthstone membina siri Warcraft yang sedia ada dengan menggunakan unsur-unsur, watak-watak dan peninggalan yang sama.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: hearthstoneinterviewVoyage of the Sunken City
Previous Post

ANIME FEST – Acara ala-ala COMIC FIESTA mini akan datang MEI ini!

Next Post

Gameplay Battlefield Mobile didedahkan, nampak lebih garang daripada 2042

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Gameplay Battlefield Mobile didedahkan,  nampak lebih garang daripada 2042

Gameplay Battlefield Mobile didedahkan, nampak lebih garang daripada 2042

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd