Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Interview Cuisineer – Pisang goreng atau Goreng Pisang? [BIC23]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 25, 2023
in Action, Artikel, Berita, Indie, Pameran/Expo, PC, Steam, Temuramah
0 0
0
Interview Cuisineer – Pisang goreng atau Goreng Pisang? [BIC23]
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai salah satu game indie paling dinanti-nantikan pada 2023, Cuisineer oleh BattleBrew Productions merupakan game aksi roguelike yang mencabar anda untuk mendapatkan makanan dalam cara paling sukar: iaitu dengan bertarung dalam dungeon. Lebih menarik lagi, makanan yang dipaparkan dalam game ini diinspirasikan oleh hidangan Asia Tenggara seperti Singapura, Malaysia, Indonesia dan banyak lagi.

Secara am, kita bermain sebagai Pom – seorang wira yang harus menyelamatkan kedai makan keluarganya yang dibebani hutang. Berbekalkan spatula dan teh boba, Pom mesti meneroka dunia berbahaya untuk menemui bahan berharga yang dia perlukan bagi memasak resipi lazat yang akan membuatkan pelanggan kembali lagi. Itulah naratifnya secara ringkas.

Alang-alang melawat Busan Indie Connect Festival 2023, kami mengunjungi booth Cuisineer dan sempat menemu bual Lydia Rosette Teo selaku Game Designer untuk game tersebut. Apakah yang berlaku di sebalik tabir? Jom kita lihat lebih dalam dalam temu bual ini.

Soalan pertama, Cuisineer telah menerima banyak anugerah di pelbagai acara. Apakah perasaan anda mendapat semua pujian itu sedangkan game masih belum dilancarkan?

Lydia: Ia benar-benar satu penghormatan yang besar dan kami berharap boleh mencapai jangkaan orang ramai apabila game dilancarkan. Kami sangat teruja untuk itu!

Masakan Asia Tenggara telah menjadi cara yang baik untuk menjana hype dalam media sosial. Adakah anda telah memasukkan sebarang permintaan daripada media sosial untuk ditambah pada menu sejak itu?

Lydia: Belum lagi tetapi siapa tahu apa yang berlaku pada masa hadapan. Mungkin jika ramai yang berminat, kita mungkin ada DLC makanan.

Kredit: BattleBrew Productions

Jadi sekarang soalan penting, adakah ia bernama Goreng Pisang atau Pisang Goreng?

Lydia: Awak tanya saya soalan itu, sekarang saya agak… tiba-tiba saya ragu diri sendiri. Goreng pisang kan?

Jadi, apa jawapan awak? *ketawa*

Lydia: Goreng Pisang? Oh tidak! Adakah saya akan kena cancel? *ketawa*

BattleBrew Productions

Memandangkan studio anda diperoleh oleh Marvelous/XSeed, adakah anda rasa rantau Asia Tenggara mempunyai banyak potensi untuk game besar?

Lydia: Oh sudah tentu. Saya rasa apa yang menyedihkan ialah orang ramai tidak pergi dan melihatgame yang boleh anda temui di rantau Asia Tenggara. Tetapi ada begitu banyak gameyang menakjubkan, begitu ramai orang yang hebat dan anda hanya perlu melihat sedikit lebih mendalam untuk menemui beberapa game yang sangat hebat.

Adakah anda mempunyai apa-apa mesej tentang Cuisineer?

Lydia: Anda boleh wishlist kami, kerana game ini akan dikeluarkan tidak lama lagi dan banyak berita menarik. Ingat, apabila game ini keluar, jangan bermain jika lapar ya.

BattleBrew Productions

Soalan terakhir – apakah ciri terbesar yang anda rasa paling menarik tentang Cuisineer?

Lydia: Oh. Bagi saya secara peribadi, ciri yang paling besar… Saya tidak boleh kata, itu mungkin spoiler. Tetapi saya rasa ciri kedua terbesar yang saya suka secara peribadi ialah masakan dan restoran. Melayan pelanggan dan memasak makanan yang lazat adalah perkara yang membuatkan saya seronok.


BattleBrew Productions

Maka, tamatlah interview pendek kami tentang Cuisineer! Ribuan terima kasih kepada Lydia Rosette Teo kerana sudi menjawab soalan kami. Bagi mereka yang berminat, Cuisinner akan keluar tahun ini di platform PC melalui Steam!


Untuk info lanjut tentang game lain di BIC 2023, anda boleh melayari pautan di bawah:

<Info Busan Indie Connect Festival 2023>

  • Laman web rasmi: ​https://bicfest.org
  • Twitch: https://www.twitch.tv/jonnindie
  • Instagram: https://www.instagram.com/bicfest_official
  • Facebook: https://www.facebook.com/BICfestival
  • Twitter: https://twitter.com/BIC_Festival
  • Naver POST: http://naver.me/5pNb2IKH
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BIC 2023Cuisineerinterview
ShareTweetSend
Previous Post

One Punch Man: World – Gameplay baru “Vs Bos, multiplayer, & eksplorasi”

Next Post

TAGCC Akan Kembali Pada 23- 24 September 2023! Ini Info Penuh Acara!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
TAGCC Akan Kembali Pada 23- 24 September 2023! Ini Info Penuh Acara!

TAGCC Akan Kembali Pada 23- 24 September 2023! Ini Info Penuh Acara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd