Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Injustice: Gods Among Us Ultimate Edition kini PERCUMA di PS4, XB1 & PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 19, 2020
in Artikel, Berita, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Injustice: Gods Among Us Ultimate Edition kini PERCUMA di PS4, XB1 & PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, NetherRealm Studios dan Warner Bros. Interactive mengejutkan ramai gamers di seluruh dunia dengan menghadiahkan Injustice: Gods Among Us Ultimate Edition secara percuma untuk pelantar PlayStation 4, Xbox One dan PC. Game ini percuma untuk masa yang terhad, jadi pemain PS4 boleh pergi ke PlayStation Store untuk menebusnya. Sekiranya anda pemain PC, anda harus pergi ke halaman permainan di Steam dan menuntut salinan anda tanpa sebarang kos. Saya mengesyorkan agar anda melakukannya secepat mungkin, kerana promosi ini akan berakhir dalam beberapa hari.

Be a hero while playing with friends and family. Injustice: Gods Among Us is available for free now on @Xbox, @PlayStation, and PC until June 25! #playathome #playtogether pic.twitter.com/8KP8nOJC9D

— Warner Bros. Games (@wbgames) June 19, 2020

Warner Bros. Interactive akan menawarkan promosi ini di semua pelantar sehingga 25 Jun. Oleh itu, peluang terakhir anda untuk mendapatkan Injustice: Gods Among Us Ultimate Edition secara percuma adalah pada hari Khamis minggu depan. Malangnya, game ini tidak ditawarkan secara percuma untuk PlayStation 3 atau PlayStation Vita.

Injustice: Gods Among Us Ultimate Edition memberi anda akses ke semua kandungan dalam permainan asas. Oleh kerana ia adalah versi yang lebih baik, anda juga berpeluang mendapatkan 6 watak tambahan, 30 skin istimewa dan 60 misi baru daripada S.T.A.R Laboratories. Selain itu, NetherRealm mempunyai pelbagai game lain selain daripada Injustice. Mortal Kombat 11 adalah game terbaru oleh NetherRealm , yang kini dikeluarkan untuk PlayStation 4, Nintendo Switch, Xbox One, dan PC. Untuk baca ulasan kami, sila klik di sini. Ingat ya kawan-kawan! Jangan lupa tebus Injustice: Gods Among Us Ultimate Edition yang percuma sekarang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FreeInjustice: Gods Among UsInjustice: Gods Among Us Ultimate EditionNetherRealm StudiosPercumaWarner Bros. Interactive
Previous Post

AAA game? Tadehal lah! Ini review Acer Nitro 5 kami yang dilengkapi pemproses 10th gen serta kad grafik GTX 1660 Ti!

Next Post

Info pertama tentang Far Cry 6 didedahkan! Tema ‘Narcos’?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Info pertama tentang Far Cry 6 didedahkan! Tema ‘Narcos’?

Info pertama tentang Far Cry 6 didedahkan! Tema 'Narcos'?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd