Wah dari minggu lalu kita dikejutkan dengan pelbagai permainan seperti Marvel Super War, Marvel Avengers dan Final Fantasy VII Remake yang akan membuka booth di GameStart 2019 dan memberi peluang kepada peminat untuk mencuba demonya, kali ini sekali lagi GameStart Asia mengumumkan bahawa booth CD Projekt Red dan Epicsoft Singapore memberi peluang kepada peminat untuk tontonan eksklusif permainan mereka yang akan datang iaitu Cyberpunk 2077!!
https://www.facebook.com/GameStart.Asia/photos/a.699487240104743/2459100120810104/
Iya! GameStart 2019 yang akan berlansung hujung minggu ini di Suntec Convention Centre Halls dan Cyberpunk 2077 merupakan debut pertama untuk Asia selepas tontonan permainanya di E3 2019 dan Gamescom! Jadi orang Asia anda sememangnya bertuah!
Cyberpunk 2077 adalah permainan video peranan yang akan dibangunkan dan diterbitkan oleh CD Projekt, dan akan hadir untuk platform Google Stadia, Microsoft Windows, PlayStation 4, dan Xbox One pada 16 April 2020.
Jadi apa lagi? Jangan lupa dapatkan tiket anda di laman web rasmi GameStart 2019! Ramai-ramai kita memeriahkan GameStart pada hujung minggu ini, pebagai acara, tetamu jemputan, game demo, booth dan korang inilah peluang untuk pratonton secara depan-depan untuk Cyberpunk 2077!!! Jangan lupa janji temu kita nanti!
@gamersantaimy
Discussion about this post