Selepas Dragon Ball FighterZ, francais Dragon Ball memiliki reputasi yang sangat tinggi. Dan kelihatan Bandai Namco ingin meneruskan prestasi ini dalam game Dragon Ball Z: Kakarot. Ini bukan game genre figthting semata-mata, tetapi ia membenarkan pemain menjelajah dunia dan memainkan semula kejadian-kejadian dalam hidup Goku (untuk kali yang ke berapa agaknya?)
Tarikh Keluaran Dragon Ball Z: Kakarot
Belum ada tarikh yang diumumkan lagi, tetapi anggaran sekitar musim panas 2020 untuk PC, PlayStation 4 dan Xbox One.
Demo E3 2019
Demo ini telah menunjukkan satu pandangan menyuluruh yang bagus untuk skala dan pertempuran game ini. Pemain kelihatan diberikan kebebasan untuk menjelajah, dengan keupayaan untuk terbang dan kadang kala berjalan. Pertempuran pula kelihatan seperti game Dragon Ball Z sebelum ini, tetapi ianya boleh terjadi dimana sahaja dalam game, bukan ditempat tertentu sahaja.
Apakah Jenis Permainan Dragon Ball Z: Kakarot
Ini adalah game action-RPG tetapi ia juga game fighting. Ketika terbang menjelajah dunia sebagai Goku, ia akan terasa seperti game 3rd person. Ketika bertempur, kamera akan bertukar perspektif dan di luar pertempuran, anda bebas mengembara dan melengkapkan misi sampingan.
Kelainan game ini adalah ia menitik beratkan progression RPG. Kepermainannya adalah selari dengan jalan cerita anime bermakna Goku tidak bermula dengan kebolehannya yang paling kuat.
Siapakah Pembangun Dragon Ball Z: Kakarot?
CyberConnect 2. Ini adalah studio yang terkenal dalam penghasilan game-game fighting anime seperti .hack dan Naruto: Ultimate Ninja. Terutama sekali Naruto, ini adalah game fighting yang sangat seronok dan dijangkakan Kakarot akan mendapat manfaatnya. Dan ini juga studio yang bertanggungjawab untuk Asura’s Wrath.
https://youtu.be/Z9uywJ5wn6U
Jalan Cerita Kakarot Mengikuti Anime Dragon Ball Z
Dan lagi. Jalan cerita anime sudah banyak kali dijadikan sebagai tunjang game Dragon Ball Z. Mungkin kerana kekurangan bahan? Tetapi ini juga akan dihargai oleh peminat-peminatnya. Bersedialah untuk membelasah Raditz, mengumpulkan mutiara naga dan berlawan dengan remaja syaitan Pikor.
Game ini kelihatan seperti open world tetapi sandbox nya tidaklah besar. Setiap kawasan dipagarkan oleh kemajuan jalan cerita; sama seperti kebolehan-kebolehan Goku.
Goku Boleh Memancing
Game sampingan dimana Goku boleh memancing menggunakan ekornya adalah satu penghargaan daripada anime asalnya pada tahun 1980an, dimana Goku melakukan aksi yang sama. Cuma dalam game ini, Goku sudah tidak memiliki ekor, dan dia memakainya semula untuk…memancing.
Sumber: PCGamer
@gamersantaimy
Discussion about this post