Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Info eksklusif mobile MMORPG Diablo Immortal dijelaskan! Bersama Caleb Arseneaux & Wyatt Cheng daripada Blizzard!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 18, 2020 - Updated on December 22, 2020
in Android, ARPG, Artikel, Berita, Eksklusif, MMO, Mobile, Multiplayer, Pandangan Pertama, Temuramah
0 0
0
Info eksklusif mobile MMORPG Diablo Immortal dijelaskan! Bersama Caleb Arseneaux & Wyatt Cheng daripada Blizzard!
Share on FacebookShare on Twitter

Blizzard telah membikin satu projek yang memang tiada siapa jangka dan kini memfokuskan sepenuh perhatian pada pasaran “mobile gaming” dengan Diablo Immortal, sebuah permainan versi mudah alih berdasarkan francais popular milik syarikat. Namun sejak pengumumannya pada hujung 2018, Blizzard memilih untuk mendiamkan diri mengenai perkembangan semasa projek ini.

Di sini saya ada berita baik! Bermula hari ini, Diablo Immortal akan memulakan “Technical Alpha“, dan berkat temuramah eksklusif bersama Lead Producer, Caleb Arseneaux, dan Lead Game Designer, Wyatt Cheng, kami memperolehi sejumlah info yang perlu anda tahu tentang Diablo Immortal!

Kiri: Caleb Arseneaux / Kanan: Wyatt Cheng

Jalan Cerita

Dibangunkan dengan kerjasama antara Blizzard dan NetEase, Diablo Immortal akan berlangsung lima tahun selepas peristiwa Diablo 2, dan akan menceritakan apa yang berlaku setelah Worldstone hancur, lalu menyambung ke peristiwa yang memulakan Diablo 3.

Diablo Immortal Technical Alpha membawa pemain ke alam Sanctuary yang bahaya, di mana pelbagai wira akan bekerjasama untuk mengumpulkan serpihan Worldstone dan menghalang Skarn, atau nama samarannya “The Herald of Terror“, yang ingin menghidupkan semula Lord of Terror. Jalan cerita akan disajikan melalui watak yang tidak boleh dimainkan (NPC), dengan jalan cerita baru yang bertambah beransur-ansur melalui kemas kini.

Watak-watak seperti Tyrael, Malthael, Leah dan Deckard Cain akan tampil dalam cerita, bersama dengan pemburu iblis Valla dan Josen daripada Heroes of the Storm. Untuk musuh, Baal dan Skarn akan membuat penampilan. Seperti biasa, Diablo Immortal menampilkan raksasa baru untuk pemain berlawan serta beberapa raksasa ikonik dengan reka bentuk yang diperbaharui.

Mengapa jalan cerita berlangsung antara Diablo 2 dan 3? Mengapa bukan antara 3 dan 4? Blizzard menjelaskan bahawa ada banyak perkara yang boleh diterokai. Diablo 2 dan 3 mempunyai jarak tempoh 20 tahun, dan Blizard tidak pernah membincangkan apa yang berlaku selama 20 tahun itu.

Watak-Watak & Abiliti

Dibina semual daripada awal, Diablo Immortal memperkenalkan abiliti dan teknik baru yang belum pernah dilihat dalam mana-mana permainan Diablo. Enam kelas terkenal akan hadir iaitu Barbarian, Demon Hunter, Monk, Necromancer, Crusader dan Wizard, di mana pemain dapat kawal dalam pelbagai cara baru.

  • Barbarian: adalah kelas berasaskan kekuatan, dan menggunakan senjata yang besar dan kuat untuk membunuh musuh. Serangan seperti Hammer of the Ancients dan Ancient Spear akan membantu menewaskan musuh dengan cepat dan cekap.
  • Monk: menggunakan serangan sepantas kilat yang tertumpu pada mobiliti dan kelajuan.
  • Wizard: mempunyai pelbagai sihir, termasuk serangan meteor, ledakan kilat, dan kekuatan untuk teleportasi di medan perang.
  • Demon Hunter: memanfaatkan serangan jarak jauh, dan menggunakan panah untuk membunuh musuh. Pemain boleh mempelajari banyak serangan berasaskan panah, termasuk kemampuan yang dapat “stun” dan “knock back” musuh.
  • Crusader: hampir mirip dengan Paladin. Crusader berpakaian perisai dan berperanan untuk mempertahankan serangan musuh dengan statistik defensifnya yang tinggi. *akan keluar dalam kemas kini akan datang*
  • Necromancer: akan menghidupkan yang mati untuk bantu bertarung dengan musuh. *akan keluar dalam kemas kini akan datang*

Beberapa kelas lain juga akan dikeluarkan pada masa depan tetapi buat masa ini, maklumat tentangnya dirahsiakan. Setiap kelas adalah percuma dan pemain tidak perlu keluarkan duit untuk memiliki kelas kegemaran mereka. Ini termasuk kelas baru untuk kemas kini akan datang.

Setiap kelas mempunyai empat abiliti, yang amat berbeza dan unik serta abiliti Ultimate, yang akan menambah lagi kekuatan tertentu yang dimiliki oleh watak. Menurut Blizzard, rancangan mereka adalah untuk setiap kelas mempunyai 14 kemahiran,  di mana pemain dibenarkan menggunakan lima pada satu masa yang sama semasa bermain.

Abiliti dapat digabungkan untuk menjadikan gameplay lebih menarik. Sebagai contoh, Wizard dapat membekukan musuh dengan ais sebelum menembakkan pancaran bernama Ray of Frost ke dalam kristal. Apabila digunakan secara berasingan, Ray of Frost dan kristal ais hanya dapat membunuh satu musuh, tetapi jika Ray of Frost ditembakkan pada kristal, ia boleh dipantulkan kepada beberapa arah untuk menyerang sejumlah musuh.

Serangan projektil dan jarak dekat juga lebih mudah dikawal di mana kebanyakan serangan mempunyai zon arah. Ini amat berguna ketika pemain cuba lakukan kombo yang dijelaskan di atas.

Customization, Sistem Paragon & Peralatan

Customization, dan “loot” adalah elemen penting di Diablo Immortal. Peralatan harus dikumpulkan daripada mayat musuh yang baru mati atau dibeli dengan mata wang dalam permainan. Untuk pertama kalinya dalam gameplay Diablo, sistem Item Ranking memberi peluang kepada pemain untuk menjadikan peralatan yang “rare” dan “legendary ” sebagai bahan-bahan untuk memperkuatkan peralatan kegemaran mereka.

Apabila mendapat barang di Diablo Immortal, pemain boleh membawanya ke tukang besi. Jika tidak mahu barang tersebut, anda boleh menyimpannya sebagai “crafting material“. Jika pemain menyukai item tersebut, pemain boleh menggunakan sumber daripada barang lain dalam simpanan dan menggunakannya untuk meningkatkan item kegembiraan.

Jika anda meningkatkan tahap sesebuah barang tetapi tidak mahu menggunakannya lagi, pemain boleh membuangnya untuk mendapat semua bahan yang pernah digunakan. Bahan ini kemudian boleh digunakan pada barang seterusnya. Oleh itu, tidak ada sumber yang bazir atau hilang, kerana semua akhirnya akan dimasukkan ke dalam peralatan yang anda gunakan sekarang.

Memang luas pilihan customization, termasuk Gem yang dapat disoket untuk meningkatkan statistik asas peralatan dan Legendary Gem yang memberikan macam-macam kesan hebat. Fitur Charm juga kembali ke Diablo Immortal, dan memiliki slot sendiri serta memberikan antara satu hingga lima bonus unik.

Item Legendary baru juga berpotensi untuk mengubah setiap abiliti yang dimiliki oleh watak anda. Antara kesannya adalah mengubah bagaimana kemahiran menyasar musuh, menyalurkan jenis tenaga elemen baru, dan bahkan menambahkan kesan baru melalui pilihan senjata. Antara item Legendary yang disahkan ialah:

  • Flamespite – Mengubah anak panah kepada bom tangan ketika menggunakan Strafe.
  • Winter’s Remorse – Mengubah bebola api Scorch kepada Frozen Orb.
  • Frozen Orb – Mengubah bagaimana Exploding Palm menyasar musuh dan melakukan damage.
  • Storm Bringer – Hammer of the Ancients meninggalkan serangan kilat yang kuat pada lokasi khusus.

Skill Tree pula menampilkan fitur Paragon Tree, yang menawarkan kepada para pemain pelbagai atribut dan keistimewaan untuk meningkatkan kekuatan selepas tahap maksimum (level cap diturunkan daripada 60 hingga 45 untuk Technical Alpha).

Sistem Paragon mempunyai pokok-pokok berbeza dan setiap pokok fokus pada sejenis gaya permainan tertentu. Anda boleh melaburkan mata dalam pokok yang berbeza, di mana pemain boleh meletakkan semua mata dalam satu pokok atau membahagikannya kepada pokok-pokok berbeza. Pada bila-bila masa pemain tidak berada dalam pertempuran, anda boleh menukar pokok mana yang aktif dalam tempoh masa tertentu.

Aspek Multiplayer

Satu lagi perubahan besar untuk gameplay adalah jumlah pemain dalam multiplayer. Sebelum ini, hanya empat pemain sahaja boleh bermain bersama di Diablo 3. Tetapi Diablo Immortal membolehkan sebanyak sepuluh pemain pada satu masa yang sama untuk melawan musuh. Pertempuran berskala besar ini hanya istimewa untuk kawasan-kawasan tertentu.

Blizzard ingin meningkatkan pengalaman sosial supaya pemain merasa diri sebahagian daripada komuniti. Terdapat beberapa cara dan berikut adalah beberapa contoh yang diterapkan dalam Diablo Immortal. Pemain boleh berinteraksi dengan pemain lain di hub, menyertai guild yang hebat, dan kemudian mengambil bahagian di Market untuk membeli barangan terhad yang harganya berubah bergantung tahap populariti.

Satu contoh lain ialah selang setiap jam atau setiap dua jam, sebuah kereta kuda berhantu akan melalui zon Cemetery. Semua pemain di zon ini dapat berkumpul dan menyerang kereta kuda tersebut. Ketika menyerang, pelbagai jenis loot akan keluar. Sekiranya anda berjaya menghancurkan kereta kuda ini dan menewaskan semua musuh sebelum ia sampai ke penghujung zon, maka anda boleh mendapatkan lebih banyak loot.

Di zon Bilefen pula, ada sebuah acara PvP Free-for-All. anda boleh pergi ke sana setiap beberapa jam dan semua pemain di kawasan itu akan bertarung sesama sendiri untuk memenangi ganjaran harta karun. Terdapat pelbagai jenis acara seperti ini di setiap zon lantas menjadikannya aktiviti yang bagus untuk pemain saling berinteraksi dan bekerjasama.

Player Hub, 8 Zon Unik & Instanced Dungeons

Westmarch akan bertindak sebagai hub untuk pemain akses kepada semua keperluan penting. Kita akan bertemu dengan pemain lain, menyertai Guild, atau menjelajah Bounty Board untuk misi.

Di luar Westmarch, pemain dapat menjelajah enam Open World Zone termasuk Bilefen dan Library of Zoltun Kulle. Masing-masing dipenuhi dengan misi yang tidak dijangka dan menampilkan Zone Trial unik yang membuka acara dan hadiah istimewa. Pemain boleh memilih untuk “party” atau menjelajah seorang ketika memasuki penjara bawah tanah dan semakin sukar cabarannya, semakin besar ganjarannya. Elder Rift dan Challenge Rift juga tersedia untuk pemain cuba berulang kali bgi mereka yang ingin mendapatkan lebih banyak loot epik.

  • Wortham: Wortham adalah jiran New Tristram, yang dibakar oleh Maghda pada permulaan awal cerita. Diablo Immortal bermula di bandar kecil ini. Pemain akan tiba di sebuah dermaga dan harus menjelajah hutan untuk pergi ke pusat bandar ketika mula mencari serpihan Worldstone.

  • Dark Wood: Dark Wood telah menjadi semakin berbahaya pada tahun-tahun berikutnya. Kejahatan lama kini kembali di dalam hutan dan bersiap sedia untuk mencabar mereka yang berani melangkah masuk.

  • Library of Zoltun Kulle: Sebuah repositori Horadrim terkena di gurun Kehjistan. Di dalam perpustakaan, terdapat artifak dan rahsia-rahsia kuno milik Horadric. Selami rahsia di dalam lokasi ini untuk mencari serpihan lain Worldstone.

  • Bilefen: Bilefen dipenuhi dengan raksasa, entiti gelap, dan makhluk-makhluk pelik. Entiti jahat ini lah yang menyukarkan lagi laluan pelancong untuk keluar masuk daripada pelabuhan.

  • Tamoe Mountain: Gunung berbatu dan berbahaya ini adalah rumah bagi Rogue Monastery of the Sisterhood of the Sightless dan di kaki bukit pula terletak Ivgorod, rumah untuk para sami.

  • Ashwold Cemetery: Berhampiran dengan tempat kelahiran Queen Asylla, Ashwold Cemetery adalah tempat jenazahnya dikuburkan setelah mati di tangan suaminya, King Leoric. Berhadapan dengan mayat hidup, dan – jika anda bernasib baik – temui Haunted Carriage yang melintasi tanah perkuburan.

  • Shassar Sea: sebuah sarang iblis telah terbentuk di Shassar Sea. Di sini kita akan mendapat pertolonga Valla dan Josen untuk menghapuskan iblis.

  • Frozen Tundra: adalah sisa-sisa Mount Arreat yang besar, yang kini menjadi kawah beku setelah kehancuran Worldstone. Yang tinggal hanyalah para Barbarian yang masih berjuang untuk bertahan hidup.

Selain daripada Open World Zone, Diablo Immortal hadir dengan tujuh “Instanced Dungeon“. Instanced Dungeon membolehkan sehingga 4 pemain mendapat pengalaman pertempuran yang lebih intim lengkap dengan musuh berbahaya dan loot yang banyak. Walaupun musuh boleh respawn di zon luar, musuh tidak akan respawn di Instanced Dungeon sehingga ia selesai.

  • Kikuras Rapids: Sebuah sungai yang merentasi hutan dan penuh dengan raksasa. Elakkan diri daripada musuh dan daripada lemas ketika anda berusaha untuk kekal hidup di atas rakit kayu.

  • Tomb of Fahir: Bertarung dengan labah-labah, zombie, dan mumia yang untuk menemui bilik yang mengandungi harta karun di dalam.

  • Forgotten Tower: Sejenis kaum pelik kini menetap di Forgotten Tower. Melalui ritual berdarah, mereka telah menghidup semula Countess yang sekarang memerintah Darkwood.

*antara Instanced Dungeon yang disahkan*

Untuk kandungan “end-game” Diablo Immortal, ia direka supaya pemain menyelesaikan misi di beberapa Rift, dungeon dan juga menghabiskan masa melakukan Bounty. Ia disusun sedemikian supaya ada variasi dan ini tercermin dalam kedua-dua aktiviti dan juga sistem permainan seperti Battle Pass. Dalam Battle Pass, ia memberi anda beberapa misi di mana kita akan diarahkan ke sejenis lokasi dengan sebab yang kukuh.

Technical Alpha

Semua pemain kini dijemput ke Technical Alpha! Sekiranya anda bersedia untuk memerangi malapetaka, muat turun Diablo Immortal daripada Google Play Store™ dan bantu mempertahankan umat manusia!

Keperluan minimum untuk peranti:

  • CPU – Snapdragon 710/Hisilicon Kirin 810 dan lebih tinggi
  • GPU – Adreno 616 / ARM Mali-G52 dan lebih tinggi
  • RAM – RAM 2GB dan lebih tinggi
  • Versi: OS Android 5 (Lollipop) dan lebih tinggi

Diablo Immortal adalah percuma untuk dimuat turun, dan akan merangkumi beberapa jenis mikrotransaksi. Bagi yang risau untuk bermain di peranti tablet, jangan risau kerana permainan juga menyokong resolusi tablet. Aspek ratio tidak berubah dan permainan juga kekal lancar kerana fideliti-nya yang tinggi.

Ramai juga yang tertanya jika Diablo Immortal boleh dimainkan menggunakan alat kawalan (controller) dan kalau ia akan dilancarkan sekali di PC, tetapi Blizzard menjelaskan bahawa untuk Technical Alpha, mereka ingin memfokuskan pada pelantar mudah alih. Untuk sesiapa yang berharap, pilihan ini masih dalam pertimbangan untuk masa depan.

Ini baru permulaan sahaja! Diablo Immortal Technical Alpha adalah ujian awal yang bantu memberi data dan maklum balas yang berharga kepada pasukan pembangunan data, bagi menjadikan permainan lebih stabil semasa tarikh pelancaran. Walaupun tidak mempunyai tarikh pelepasan rasmi, ia tidak mustahil untuk melihat Diablo Immortal dilancarkan pada tahun ini, kerana permainan ini nampaknya sudah jauh dalam pembangunan. Bagi mereka yang ingin tahu lebih lagi, sila layari laman web rasmi Blizzard atau menavigasi ke halaman Diablo Immortal di Google Play Store untuk segala maklumat terkini.

Video Gameplay

Muat turun di sini
Diablo Immortal
Publisher: Blizzard Entertainment
Developer: Blizzard Entertainment
Release Date TBC
Android, iOS
Diablo Immortal adalah permainan ARPG hack dan slash dalam siri Diablo yang direka untuk online multiplayer pada peranti mudah alih. Dikembangkan oleh Blizzard dan NetEase, permainan ini diumumkan pada akhir 2018 dan akan dilancarkan di Android dan iOS.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BlizzardCaleb Arseneauxdiablo immortalMobileneteaseTechnical AlphaTemuramahWyatt Cheng
Previous Post

Ulasan lengkap askesori Asus ROG Phone 3! Kunai 3 Gamepad, TwinView Dock 3 & macam-macam lagi!

Next Post

Terminator: Resistance – Enhanced membawa visual yang lebih baik dan kemas kini keseimbangan ke PS5

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Terminator: Resistance – Enhanced membawa visual yang lebih baik dan kemas kini keseimbangan ke PS5

Terminator: Resistance - Enhanced membawa visual yang lebih baik dan kemas kini keseimbangan ke PS5

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd