Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai – Musuh kita bakal hadapi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 7, 2023
in Action, ARPG, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai – Musuh kita bakal hadapi!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Square Enix telah mendedahkan butiran lanjut tentang judul aksi RPG akan datang, Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai, terutamanya tentang musuh-musuh kuat daripada Dark Army yang menentang yang menentang Dai dan para sahabatnya.

Dalam Story Mode, pemain boleh mengalami semula pertempuran ikonik dan kalahkan komander Dark Army dengan tangan sendiri! Tetapi siapakah yang kita bakal hadapi? Berikut adalah maklumat tentang musuh paling elit dalam Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai:

Hadlar

Hadlar mengetuai Enam Legion daripada Dark Army. Seorang pahlawan yang bangga, dia lebih suka bertarung di barisan hadapan dan sering mencabar anak murid Avan banyak kali. Hadlar bertarung secara jarak dekat menggunakan senjata Hell’s Claw yang memanjang dari penumbuknya, dan juga melancarkan serangan sihir! Teknik unggulnya, Extreme Heat Spell “Kasizz”, membakar semua dalam laluannya!

Crocodine

Crocodine mengetuai Furfang Legion. Dengan badan fizikal sebesar titan, Crocodine adalah pahlawan sejati yang mengutamakan keberanian dan kesetiaan. Dia seorang pahlawan jarak dekat yang mahir, dan menggunakan badannya yang besar dan senjata Vortex Axe untuk menewaskan pihak lawan. Crocodine bukan sahaja pahlawan jarak dekat yang menakutkan, malah juga boleh melumpuhkan lawannya menggunakan Heat Breath dan mengecas auranya untuk melepaskan Beast King Anguish Blast.

Flazzard

Jeneral Flazzard mengetuai Blizzblaze Legion. Tubuhnya yang unik dicipta melalui sihir terlarang dan terdiri daripada api di satu sisi dan ais di sisi lain. Dia seorang yang kejam dan zalim, dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memperoleh kemenangan. Flazzard akan menyerang Dai dan rakan-rakannya menggunakan serangan kuat campuran api dan ais. Skil unggulnya, Five Finger Flares melepaskan sihir Kafrizz lima kali dan mempunyai daya kemusnahan yang melampau.

Mystvearn

Mystvearn mengetuai Shadow Legion. Sentiasa bersembunyi di bawah jubahnya, tiada seorang pun yang pernah melihat wajah sebenar Mystvearn. Mystvearn menghancurkan musuhnya dengan serangan Dark Aura Power dan tiada siapa lagi yang lebih mahir memanipulasi aura gelap selain dia. Mystvearn mahir dalam teknik seperti Dark Puppetry Aura Hand dan Dark Puppetry Aura Decimation Field yang menggunakan aura gelap untuk melumpuhkan pihak lawan.

Baran

Jeneral Baran mengetuai Dragon Legion. Seperti Dai, dia adalah Dragon Knight, tetapi matlamatnya adalah untuk memusnahkan umat manusia. Seorang yang mahir dengan kedua-dua pedang dan sihir, Baran memiliki kebolehan tempur yang luar biasa. Apabila Baran berubah kepada bentuk “Dragonoid”, dia boleh melepaskan skil Gigabreak untuk memusnahkan musuh-musuhnya dengan satu serangan yang dahsyat.


Infinity Strash : Dragon Quest The Adventure of Dai bakal dikeluarkan pada 28 September 2023 untuk PS5, PS4, Nintendo Switch, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Baca segala liputan kami tentang siri Dragon Quest The Adventure of Dai di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon QuestInfinity Strash: Dragon Quest The Adventure of DaiThe Adventure of Dai
ShareTweetSend
Previous Post

Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name – Kenali Akame & Daidoji Faction!

Next Post

Bertemu Juara-Juara Yu-Gi-Oh World Championship Series 2023! Cara bina dek, rahsia menang & banyak lagi! [Interview eksklusif]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Bertemu Juara-Juara Yu-Gi-Oh World Championship Series 2023! Cara bina dek, rahsia menang & banyak lagi! [Interview eksklusif]

Bertemu Juara-Juara Yu-Gi-Oh World Championship Series 2023! Cara bina dek, rahsia menang & banyak lagi! [Interview eksklusif]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd