Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Infinity Strash: DRAGON QUEST The Adventure of Dai – Apa di dalam “Story Mode?”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 21, 2023
in Anime, ARPG, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Infinity Strash: DRAGON QUEST The Adventure of Dai – Apa di dalam “Story Mode?”
Share on FacebookShare on Twitter

Bakal dikeluarkan pada 28 September 2023, judul ARPG Infinity Strash : Dragon Quest The Adventure of Dai telah mengumumkan info baharu tentang “Story Mode“, yang merupakan mode paling penting dalam game ini. Bagi peminat yang membesar dengan manga ataupun anime Dragon Quest The Adventure of Dai, mungkin korang gembira untuk dengar bahawa kandungannya memang banyak.

Secara am, game ini akan mengikuti kisah siri animasi Dragon Quest The Adventure of Dai di mana kita akan memulakan pengembaraan daripada saga pengenalan Dai sehingga ke “Battle Sovereign Rock Castle“! Menurut info yang diberi Square Enix, pengembaraan Dai akan bermula di Dermline Island, yang terletak di hujung selatan peta.

Jika anda tidak pernah membaca manga atau menonton anime, jangan risau kerana dalam “Story Mode”, pemain boleh mengalami segala pertarungan penting, melihat perkembangan watak dan setiap pertembungan epik yang dialami oleh Dai dan rakan-rakan, ketika mereka mengembara untuk menjadi wira sejati!

Kredit: Square Enix

Supaya game kekal autentik kepada anime, segala adegan penting daripada siri anime – telah direka semula dalam versi lebih moden tapi kekal ikonik (animasi lebih lancar dengan visual berwarna-warni). Bagi mereka yang mungkin menghadapi cabaran, Square Enix menambah ‘Story-Focus Mode,’ yang memberi tahap kesukaran lebih rendah.

Dalam Story Mode, peperangan dengan askar Demon Lord akan menjadi semakin sengit apabila pemain semakin maju dalam naratif Infinity Strash. Di sini, “Bond Memories” diperkenalkan dan berfungsi sebagai ciri penting yang menguatkan watak. Bond Memories boleh diperolehi dengan majukan diri dalam Story Mode dan menyelesaikan “Temple of Recollection”.

Kredit: Square Enix

Apabila memakai Bond Memories di atas watak, pelbagai abiliti mereka akan ditambah baik. Apabila meningkat level, jumlah slot peralatan turut akan bertambah – untuk memuatkan lagi banyak item.

Bond Memories dibahagikan kepada tiga jenis: Silver, Gold, dan Platinum. Efeknya akan semakin meningkat apabila pemain semakin hampir Platinum dan mempunyai kesan unik. Berikut adalah beberapa contoh:

  • A Sliver of Pride: Adegan di mana Popp bertindak balas kepada soalan Crocodine di Romos Castle. Keupayaan untuk meningkatkan kuasa sihir.
  • The Thirst for Victory: Merupakan petikan daripada Flazzard yang menerangkan matlamat untuk menang dalam apa jua keadaan. Memory ini meningkatkan kebolehan serangan fizikal.
  • Dai’s Air Slash: Adegan ini menunjukkan Dai menggunakan teknik Avan Style Sword, ‘Air Slash.’ Selain damage tambahan, kuasa Air Slash juga meningkat.
  • Justice Itself is My Enemy: Saat apabila Hyunkel, yang kecewa dengan keadilan dancdidorong oleh kebencian. Memory meningkatkan HP dan pertahanan!
Kredit: Square Enix

Infinity Strash : Dragon Quest The Adventure of Dai bakal dikeluarkan pada 28 September 2023 untuk PS5, PS4, Nintendo Switch, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Baca segala liputan kami tentang siri Dragon Quest The Adventure of Dai di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon QuestInfinity Strash: Dragon Quest The Adventure of DaiThe Adventure of Dai -
ShareTweetSend
Previous Post

Singgah Booth ROG x Genshin Impact di AniManGaki 2023! Peluang Menangi Hadiah Khas dan Banyak Lagi!

Next Post

BoBoiBoy Galaxy 2 Bakal Ditayangkan pada Disember 2023! Kembalinya Wira Galaksi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
BoBoiBoy Galaxy 2 Bakal Ditayangkan pada Disember 2023! Kembalinya Wira Galaksi!

BoBoiBoy Galaxy 2 Bakal Ditayangkan pada Disember 2023! Kembalinya Wira Galaksi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd